Tahukah Anda? (^_^)

12:57:00 pm Yana Yani 2 Comments

Dialah yang menggerakkan negara islam yang lain untuk membantu Bosnia & Herzogovinia ketika umat islam di sana disembelih oleh pengganas Serbia.

Dia jugalah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita” - Tun Mahathir.

Dia jugalah yang berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam Bosnia.

Dialah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.

Dia juga lah pemimpin islam yang Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

Dia jugalah yang mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.

Dialah yang digelar Maha Firaun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat islam serta mempertahankan islam dimata dunia.

Dialah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa-apa.

Dialah yang ketika saudara islam yang berlainan parti politik mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT untuk masuk ke dalam KAABAH.

Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun pernah memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya.

Siapa dia? Dialah...

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA yang keempat dan manusia yang dihormati oleh UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia.


Sumber: kaki bising dot com

2 comments:

  1. apa yang dia wat pada negara kita takan boleh org lain wat..tak sampai 30 tahun kita dah berjaya..pemimpin hebat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. beliau memang seorang pemimpin yang hebat...tiada tandingan (^_^)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...