Masih Sukakan Bunga

2:06:00 pm Yana Yani 42 Comments

Minat YY pada bunga bukanlah satu rahsia. Rasanya kebanyakkan rakan maya YY juga mengenali YY kerana ketaksuban YY terhadap bunga. Sampai YY tukar wajah blog ni pun sikit punya ramai yang perasan pasal bunga tak ada. Hehe!

Bunga memang satu benda yang mendatang kebahagian pada YY. Tengok aje bunga walau dalam bentuk gambar sekalipun, terasa seronok sangat. Silap haribulan boleh melompat-lompat macam budak kecik dapat gula-gula. Pendek kata, apa sahaja tentang bunga memang turn me on!

Identiti sukakan bunga tu memang YY bawa walau ke mana sekali pun. Sebab tu di persekitaran YY, YY pastikan akan ada bunga walau hanya sedikit. Bagi yang tak faham, memang akan menyampah dengan ketaksuban YY. Tapi inilah diri sebenar insan yang dikenali sebagai Yana Yani di alam maya ni.

Kerana Terlalu Sukakan Bunga
Cuba kira berapa banyak bunga ada di meja pejabat YY ni (^_^)

Datang rumah YY nampak bunga, memang semua tu kerja YY kecuali bahagian di luar rumah. YY tak rajin bercucuk tanam. So hak yang bahagian luar rumah tu memang seratus peratus kerja tangan MyChintaHati. YY hanya pemerhati dan pemuja yang setia pada bunga tersebut. Tapi dia kering ke apa ke, tak pernah ambil tahu. Hehe!

Disebabkan keliling dah banyak sangat bunga, MyChintaHati syorkan untuk bawa YY lari dari imej bunga di blog ni terutama disebabkan perkataan Diari itu sendiri yang dikatakan kurang sesuai dan tidak menampakkan kematangan disebabkan YY banyak juga mengulas topik serius. Kata dia nak orang percaya cerita kita, harus bermula dengan keadaan blog tu sendiri.

Sebagai seorang pembaca setia blog ni dan juga merangkap penyumbang dana ke arah penambaikan blog, maka pendapat MyChintaHati tetap YY ambik kira. Even feedback korang mengenai keadaan blog ni juga memainkan peranan penting dalam perubahan blog ini.

Walau ianya tidak menampakkan lagi ciri seorang ibu seperti yang dikatakan oleh Kak Kathy R'bain dan Dik Sal, kandungan isi dalam blog ini masih seperti yang korang kenali dulu. YY tetap akan bercerita perihal dua beradik yang makin havoc lately dan juga aktiviti bersama mereka. Cumanya sekarang YY ada masalah dengan laptop menyebabkan agak sukar untuk YY bercerita. Bagi YY, takde gambar, tak rasa meriah cerita yang ingin disampaikan.

Mujur dekat kamera YY masih ada banyak gambar yang belum sempat di transfer ke laptop yang rosak aritu. So gambar yang ada dalam kamera ni boleh digunakan untuk bercerita dalam beberapa entry. Cumanya nak kena tunggu bila ada peluang dan ruang sebab YY terpaksa berkongsi dengan MyChintaHati.

Sementara menunggu tu, YY akan bebel cerita lain yang mana YY sempat. YY masih ada sembilan blog yang belum direview. So tunggu ye bagi siapa yang belum direview tu.

Apa yang pasti, YY masih lagi seorang insan yang sukakan bunga. Full stop (^_^)

42 comments:

  1. best kan bila tengok bunga..saya pun suka gak..=)

    ReplyDelete
  2. Saya suka bunga tapi rumah saya takde bunga..sekian,terima kasih,

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksudnya mar tak taksub seperti saya.
      sekian terima kasih =)

      Delete
  3. Hehe.. Tu la.. Nampak lain... Tapi ok je sy rasa... Sesekali je blog YY cerita pasal isu semasa... Tapi selebihnya memang macam diari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok lah kan cikgu MF
      sebenarnya dapat banyak maklumat positif
      lega jugalah...apapun terima kasih ye
      sebab selalu menyokong saya
      nanti saya sampai blog cikgu...la ni tak sempat

      Delete
  4. Assalam.
    Kenal di blog pula kita...

    Wanita n bunga tak boleh di pisahkan..hehe

    Kak ati pun suka juga ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam kak ati!
      terima kasih singgah sini ye kak =)
      hehe...betul juga kan

      Delete
  5. Perempuan dan bunga..manalah dapat dipisahkan...hehehe....

    ReplyDelete
  6. saya pun suka bunga kak! yay, kita serupa!!!hehehe.takpelah, takde ciri mak-mak, rasa muda remaja sikit

    pelik kan kita ni, bola minat, bunga pun suka..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...muda remaja gitu kan
      tapi rasa memang akak muda remaja pun..wahaha

      ha'a lah kan, kamu tak cakap
      akak pun tak perasan...hehe
      ni sekarang akak pun dah start follow liga...dulu tak =)

      Delete
  7. saya suka la blog baru YY ni..nak tahu tak dulu masa template lama nun saya buka blog YY ada sekali dua je header tu keluar..yang hari lain memang tak pernah keluar header..kosong je..tapi kali ni saya buka blog ni tak sampai 6 saat loading siap semua..terbaik la..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa...nape diana senyapkan aje
      patut jarang nampak ke sini...hehe
      tak apa, tak apa..ni dah buat improvement
      thanks to kak kathy sebab merealisasikan =)

      Delete
  8. hai kak YY. saya Amy. hehe. selamat berkenalan.

    tak sempat pula tengok template lama. kak YY sama macam umi kita. suka sangat bunga. kat luar rumah semuanya umi kita tanam. hehehe. boleh la geng

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak kenal kamu sape
      akak dah penah beberapa kali ke blog kamu
      cuma lately tak sempat nak ke sana

      yeke? bezanya umi kamu suka tanam
      akak suka tengok aje...hehe

      Delete
  9. Hehehehe.. Just pendapat dr seorang pembaca DSM sejak sekian lama. Kathy sama macam Mar, suka bunga tapi kat rumah takde bunga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak mengapa...pendapat pembaca perlu diambil kira
      cuma buat masa ni, kita larikan sikit imej bunga tu
      apapun terima kasih sebab menyokong saya sejak dari mula
      kalau tak kerana sokongan akak, tak tak ke mana

      Delete
  10. Suka juga tgk bunga2 yg mekar n cantik.. Tapi kalau bab hiasan atau pilihan baju ka, memang elak bunga2.. ;)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita boleh dikatakan semuanya ada bunga
      memang pendek cite, minah bunga! hehe

      Delete
  11. Bunga memang cantik. Boleh hilang stress kalau tengok bunga.

    Jom join give away di blog Sofia :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...tu yang saya perlukan banyak bunga
      ianya bertujuan menghilangkan stress...hehe

      ada giveaway ke? insya allah..sempat nnt join ye

      Delete
  12. Hai, senanglah! Senanglah majlis nanti. Tak payah masuk checklist pasal bunga-bunga atas pelamin ke, atas dulang hantaran ke, pada sirih junjung ke, duit hantaran ke...semua beres dikerjakan dek bakal besan!

    Kita tak suka bunga langsung tau! Kalau tercium bau bunga, kita pitam ^_^ Makanya kalau pergi rumah kita memang takda bunga di mana-mana. Tapikan kita ada hajatlah tahun depan nak bercucuk tanam pulak. Jealous tengok orang tanam pokok hidup subur tapi kita tanam cili layu menyembah bumi.

    Errr...patut ke tahun depan kita jadi lebih feminin dengan mencintai bunga-bungaan, YY?

    Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. la...pakai perunding prkahwinan dah la
      hulur aje duit, taulah diorang buat bendanya
      dah nama mak pengantin, mesti kena kurang kerja =)

      pelik betul MD ni tau, cium bau bunga pun pening
      padahal itulah satu kenikmatan...hehe
      eh sebut pasal tanam, orang tua kata
      time period tak boleh tanam...mati pokok

      tapi kalau bukan period pun mati juga
      memang sah tangan tu tak boleh menanam
      p beli pasar ajelah MD wei...hehe

      saya rs MD memang feminin sebab
      suka sangat pakai baju kelawar =)

      Delete
    2. Okeylah saya ikut nasihat YY. Kalau dah cukup feminin pakai baju kelawar, tak payahlah saya susah hati nak mencintai bunga bagaikan...

      Eh, kalau anak sendiri kahwin lagi afdal kalau dapat bantuan penuh dari pihak perempuan. Kita belanjalah majlis grand sikit, makanan grand sikit dah budget bunga semuanya besan nak tanggung buat sendiri tak tidur malamkan! Alahai...untungnya macam ni ^_^

      Delete
    3. minta maaflah ye...hantaran memahal buat apa kan
      saya besok jadi tukang tengok aje
      tak ada maknanya nak join sama dok menghias...hehe
      tapi kalau pihak lelaki nak buat, saya takde hal =)

      eh MD cop nak tanya
      kalau MD memalam pakai baju kelawar. habis kelawar pakai baju apa plak?
      sambil garu kepala tanya ni =)

      Delete
  13. Tengok bunga mesti hilang stress.. Bunga ni macam terapi bagi aiza..

    ReplyDelete
  14. suka jugak.. tapi kalo nak kasi hadiah tamo la bunga..
    romentik mmg romentik tp tatau nak buat apa lepas tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahaha! abis nak apa?
      akak walau suka bunga, takat ni
      belum penah ada sorang pun bagi akak bunga =)

      Delete
  15. aida pun suka bunga.
    especially roses :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak ada spesifik, asal bunga aje
      memang saya suka sangat dah! hehe

      Delete
  16. akak suka ungunya lavender dan tulip...eceh tak beragak bunga nak omputih je hahaha, tapi bunga tahi ayam pun menarik hati jika ditanam banyak2 dulu2 kat rumah kampng, arwah mak & arwah ayah akak rajin tanam bunga, semuanya hidup subur...sekarang takde dah bunga yang dorang tanam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik bunga lavendar dengan tulip tu
      saya ni tak kisah, semua jenis bunga saya suka
      bunga taik ayam tu kalau kembang, nampak cantik
      bau dia aje yang tak menyenangkan...tapi kalau rupa dia, cantik aje =)
      memang susah nak nampak bunga tu sekarang

      Delete
  17. Suka bunga jugak tapi bunga ros putih... obses sangat... termasuk bunga anggerik.... ehhh boleh kata memang suka bunga laaa.... bunga taik ayam yang takde bau tu pun.......!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau camtu kitamlebih kurang samalah
      akak pun semua bunga akak suka
      cuba akak tak ada minat khusus...asal bunga aje akak suka =)

      Delete
  18. saya juga sukakan bunga dan menanam . hampir 90 peratus pokok di depan dan belakang rumah my kakak ni adalah dr tgn saya tapi bab nak menyiram bila tak hujan tu mmg malas beb ! ... yg lbh ptg bagi blog adalah keringanannya utk loading dan isi niche nya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya vee...saya suka tengok aje
      tanam tu minta maaflah memang tak akan buat kecuali terpaksa =)
      mesti banyak bunga dekat rumah vee kan
      niche blog ni masih belum jelas...hehe. yang pasti memang blog personal

      Delete
  19. Dulu mekja takde la minat sangat pada bunga ni. jiwa rock katanya. Hahaha, tapi sejak dua tiga menjak ni bila dah terniat nak berubah jadi feminin sikit rasa suka tengok bunga-bungaaaan.

    Dan kalau boleh, nak jea rasanya terima sejambak bunga sempena konvokesyen tengah tahun nanti. Huhuhhu

    Mungkinkah tercapai hasrat dihati itu? Dan siapakah yg bakal memberinya????? Auwwww, berdebar2 rasa hati. kuikuikui

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi permintaan! hehe
      moga tertunailah ye. akak dulu sendiri beli
      sendiri bagi pada diri sendiri. haha
      jadilah. merasa juga dapat sejambak bunga =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...