Mana Lebih Seram?

1:47:00 pm Yana Yani 40 Comments

Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba dok tanya mana lebih seram. Apa kes?

Bukan apa korang wei, sebenarnya YY nak ceritakan pencetus kepada soalan ni dan juga bersempena kepercayaan masyarakat kita yang sering mengaitkan kejadian mistik dengan malam Jumaat. Malam ni kan malam Jumaat. Hehe!

Semalam nak dijadikan cerita, MyChintaHati tak dapat nak fetch YY seperti kebiasaannya sebab dia ada urusan lain. So Abah YY dengan rela hati menawarkan diri untuk fetch YY cumanya lewat sedikit. YY pun tak ada hal sangatlah sebab tak payah berebut naik lif.

Sambil menunggu tu YY terbaca Twitter yang membawa YY ke link page Facebook di bawah ni.

#9TO5 -Tak ada siapa suka kerja overtime. Termasuk aku. Tapi sejak aku kembali single, keinginan untuk sama-sama...
Posted by Creepyposta on Wednesday, 7 October 2015

Tengah khusyuk membaca tu tiba-tiba goose bumps. Segala yang diceritakan tiba-tiba mampu dibayangkan. Dah lah meja YY betul-betul mengadap meeting room yang sememang sentiasa dibiarkan gelap. Bila dah gelap tu, kita boleh nampak refleksi bayang sendiri pada dinding cermin tu.


Elok jantung yang asalnya berdegup normal tiba-tiba menjadi pantas. Cepat-cepat meninggalkan meja tanpa langsung memandang dinding cermin di depan YY. Menyesal tak sudah baca cerita seram seperti ni. Orang yang garap cerita ni pun sempat YY menyumpah.

Mungkin pada orang lain tak seram, tapi bagi seorang yang penakut seperti YY, membaca cerita seram seperti itu memang menyeramkan sebab suasana cerita tu dibina oleh kita sendiri berdasarkan pembacaan berbanding dengan menonton di mana jalan cerita adalah hasil khayalan orang lain.

So menjawab soalan mana lebih seram, memang YY akan cakap membaca cerita seram. Lagi satu apabila kita mendengar bunyi tapi tak nampak kelibat. Seriously tu memang seram! YY pernah alami keadaan itu ketika YY berusia lebih kurang 11 tahun.

Masa tu kami sekeluarga pulang ke kampung selepas Mak habis pantangkan adik lelaki YY. Nak dijadikan cerita malam tu hanya tinggal Mak YY, Angah, Dayah dan Syafie yang masih baby. Mak dah lama tidur, mungkin sebab penat menyusukan Syafie time tu. Tinggal kami tiga beradik yang masih leka menonton TV.

Ianya bermula apabila Dayah yang berusia empat tahun ketika tu menunjuk ke arah cermin tingkap yang bersebelahan ruangan menonton TV dan bertanya, "Apa yang putih-putih tu?"

YY toleh ke arah tempat yang dia tunjuk tapi tak nampak apa-apa. YY menoleh kembali ke arah TV sambil menjawab ringkas soalan Dayah, "Kucing tu"

"Tapi kucing tak terbang. Dia terbang" jawab Dayah. Jawapan Dayah tu buat YY tiba-tiba senak perut.

Serentak dengan itu tiba-tiba kami dengar dengan jelas bunyi ketak ketuk dapur gas cuba dihidupkan. Dayah dan Angah mula ketakutan dan berpelukan sesama sendiri. Kami kemudiannya berusaha mengejutkan Mak yang tidur diruangan yang sama. Tapi dia langsung tak sedar.

Mana Lebih Seram?
Macam inilah lebih kurang rumah lama Atuk dulu

Walau perasaan takut menghantui diri, YY cuba memberanikan diri ke bahagian dapur. Lampu dihidupkan dan YY menjengah ke dapur. Tak ada apa-apa. Selagi YY cuba menenangkan adik-adik dengan mengatakan bahawa ianya hanya angin walau hakikatnya YY tahu bukan.

Tak lama selepas itu lampu bahagian atas rumah terbuka dengan sendiri. Kami juga boleh dengar dengan jelas orang berlari di bahagian atas dan kemudiannya disusuli dengan bunyi orang membasuh kaki di bahagian luar rumah. Demi adik-adik YY pasang kesemua lampu dalam rumah Atuk.

Takutnya tuhan aje yang tahu. Bayangkan perasaan YY yang terpaksa berlagak berani demi adik-adik. Adik-adik YY kata muka YY ketika itu langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi takut. Padahal jantung YY berdegup macam nak pecah! Kalau seorang, sumpah YY lari tak cukup tanah!

Mujur kami tak nampak sebarang kelibat. Hanya bunyi yang membuatkan tidur malam kami sangat terganggu. Keesokkan harinya, bila diceritakan kepada Mak Abah dan juga orang lain, tak ada seorang pun yang percaya apa yang kami ceritakan. Yang pasti ianya memang benda paling menakutkan pernah YY alami.

Menurut pakar psikologi yang YY tonton bari-baru ini dalam rancangan National Geography mengenai perasaan seram, ianya wujud disebabkan faktor seperti mainan minda atau lebih tepat khayalan. Kalau orang tak cerita tempat tu seram, kita tak akan rasa seram. Tapi kalau orang cerita tempat tu seram, kita automatik rasa seram.

Mungkin ada benarnya juga apa yang diperkatakan. Sebab tu definasi seram bagi setiap indvidu adalah berbeza. So pada korang, mana lebih seram?

40 comments:

  1. Kathy ada juga pengalaman seram masa zaman kanak-kanak dan remaja.. Masa tu memang seram juga. Tapi dah tua ni rasa seram makin kurang. . Cuma lebih seram pada syaitan bertopeng manusia je. Hehehehhe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin bebudak ni sebab kita sering dimomokkkan
      jangan p sana, jangan p sini
      nanti ada momoklah, apalah

      hehe...betul juga akak cakap tu
      syaitan bertopeng manusia tu sangat bahaya

      Delete
  2. Memabca dan menghayati buku yg seram memang seram tapi kalau live terdengar atau terserempak mestilah lagi seram sebab dah kita dpt mendengar/nampak benda yg menyeramkan itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish...janganlah terserempak
      saya baca dan tengok cite seram pun
      dah rasa seram semacam kak
      terserempak? uishhh....tatut!

      Delete
  3. ok..x nak komen sebab akak penakut...hehehehehe...experience akak bangun dari koma selama sebulan buatkan hijab akak terbuka dan namoak segalanya dalam ICU...itu paling takut..nak jerit ke nak menangis dah x tau sebab kalau jerit...confirm org x dengar..leher akak bertebuk...so orang tak akan dengar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun penakut
      uishh...apa yang akak nampak! seramnya cite akak ni
      segalanya tu yang tak boleh blah tu
      habis tu sebulan tu hadap ajelah ye kak?
      meremang bulu roma baca cite akak ni

      Delete
  4. aduh...saya pula yang terbayang-bayang cerita ni..huhu..malam ni kena tidur awal la nampaknya..hihi..

    ReplyDelete
  5. Sayakan setakat tengok cerita seram, saya tak seram sangat. Tapi kalau melalui situasi yang sama macam dalam cerita, mungkinlah akan timbul perasaan seram tu. Kalau membaca pun saya lebih teruja membaca kisah seram tanpa rasa takut. Tapi yalah, dah otak kita dok ligat memproses kisah yang kita dah baca, mulalah perasaan seram tu timbul selepas itu. Sampaikan bunyi air menitik pun dah buat bulu roma meremang padahal memang betul pun air menitik aje sebab batang paip tak tutup ketat ^_^

    Anak-anak saya masa kecil dulu memang 'nampak' jugalah. Saya pernah cerita dalam blog kisah Adik ketakutan tutup mata ketika menunggu Daddy dalam kereta selepas senja di HUKM dan Abang yang nampak 'orang' selubung putih dengan mata je kat pasu bunga dalam rumah emak di kampung dulu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. so MD ni bukan kategori penakutlah ye
      saya ni penakut yang amat, lagilah berseorangan
      kalau ramai-ramai pun, terpaksa berlagak berani aje

      budak kecik hijab diorang masih terbuka kot
      anak-anak saya juga pernah alami benda yang sama
      saya pula jadi takut bila diorang dok tunjuk benda
      yang saya sendiri tak nampak

      Delete
  6. seram org tak sama.. betullah kan sis.. Masa sekolah dulu dok asrama, ada tgk kawan histeria kena rasuk.. Pada kawan yg lain ianya seram dan mereka masing2 muka dah lain, tapi I tak rasa apa2.. Apa yg I nampak cuma kawan yg dirasuk tu dok meraung-raung dan gelisah.. Dah jelas kawan tu dirasuk.. Tapi tak semena-mena bila kita dok sorang benda xda apa pun tpi tiba2 kita sendiri rasa seram.. Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang pasal kena rasuk ni kan
      saya pun sama dengan syida
      orang terjerit2..tapi saya macam tak ada perasaan
      pelik lagi adalah. rasa macam tak logik aje

      Delete
  7. berbalik pada soalan mana lbih seram antara baca atau tgk movie, pada saya baca lagi seram.. Biasanya penghayatan tu akan lebih pada bacaan dari menonton..tapi lainlah kalau baca sambil lewa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...baca tu sebab kita gunakan imaginasi sendiri
      baca tu macam buat kita ada dalam situasi tu
      tapi kalau tengok dia kurang sikit

      Delete
  8. Aiza pun penakut juga.. Tapi sekarang kerja syif terpaksa juga balik malam.. Banyakkan berdoa supaya dilindungi oleh Allah swt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? nak buat camne dak
      dah nama tugas..hadap ajelah

      Delete
    2. Itu la.. Terpaksa hadap juga la.. Hehe..

      Delete
    3. hehe...kesian aiza
      moga dipermudahkan perjalanan pergi dan balik kerja ye

      Delete
  9. Hehe.. Baca entry nih pun seram...

    ReplyDelete
  10. ehehehe CT memang elak la benda2 seram ni.. movie pun mmg xkan tngk citer antuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh samalah! tapi kalau berteman, tengok juga
      hehe

      Delete
  11. Asalamualaikum..singgah malam ni..jenguk blog yy

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam
      silalah kak yan...jenguklah apa yang patut
      iklan jangan lupa klik ye...hehe

      Delete
  12. Bunga paling tak suka..bunga taik ayam..walaupun cantik..erm baunya ..adoi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak yan ni komen lain entry ni...hehe
      saya dulu zaman kecik...bunga tulah suka buat main

      Delete
  13. bagi saya kalau tengok tv memang tak seram sebab saya memang selalu tengok filem hantau sampai jam 1-2 pagi sorang2 je kat ruang tamu...Tapi kalau membaca memang seram la..muka bayang macam2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan diana...baca tu dia punya level seram lain macam sikit
      tapi saya kalau tengok pun, tak berani sesorang...hehe

      Delete
  14. aida ni penakut no 1, YY.
    sgt sgt penakut.
    so dipendekkan komen, aida selalu rasa seram sendiri...
    kekadang sendiri gelakkan diri sendiri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni kronik punya penakut ni...hehe
      saya idaklah sampai gitu sekali

      Delete
  15. Ha..ha..ha... Biasalah tu.. Saya dulu pun macam tu juga... Dulu masa kecik di kpg.. Bila mlm2 balik dari mengaji .. Kemudian lalu bawah pokok kekabu... Semua orang akan lari kuat2.. Sedangkan pokok tu tak ada salah apa2 pun... Pokok tu nampak seram bila waktu malam je.. Siang ok je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah...lama tak nampak kat sini cik ekin =)
      tapi ada benarnya juga sebab kita dah sentiasa dimomokkan
      dengan cerita yang kita sendiri tak tahu kesahihan
      orang cakap seram aje, automatik kita pun rasa seram =)

      Delete
  16. creepy posta tu memang seram..kadang-kadang menyesal kalau scroll malam-malam, pastu terbaca..huhuhu.ni dah baca cerita kak YY, saya pun seram..membaca lagi seram sebab kita berimaginasi kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. seram kan? akak baru tahu pasal page tu
      tapi dah start jadi pembaca setia, cuma tak baca time malam aje..hehe
      akak pun sama pendapat macam sal, membaca memang lebih seram
      sebab suasana tu kita boleh bayang sendiri

      Delete
  17. bagi akak sama seramnya hahaha...

    akak ni kalau dalam keadaan orang lain takut akak akan jadi berani, dulu diasrama budak2 takut akak automatik jadi berani dan pelindung pada orang lain...ecehhh...pernahlah benda tu menyerupai akak masa kat asrama dulu, sebabnya pukul 5pagi akak sorang2 je mandi dekat bilik air,dia geram agaknya terus dia menyerupai akak, kawan akak yg jumpa masa tu...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..samalah kita kak wei
      saya jadi berani bila saya rasa saya terpaksa melindungi orang
      uishh...seram cerita akak ni
      kawan saya pernah cerita benda yang sama...tetiba meremang plak
      bulu roma ni kak wei

      Delete
  18. Emosi ketika membaca cerita seram ni memang boleh terbayang diminda... macam husband auni memang pengamal perubatan Islam.. sometime dia selalu cakap ada "benda tu" atau "benda ni" kat teratak bonda auni... kita yang tak nampak ni tetiba rasa macam ternampak benda tu...

    Jenis kita ni pulak lemah semangat baik punye... cuma tak pernah laa diserang histeria atau pengsan bila nampak "benda tu".... hahhaha nasib baik menaip time pagi ni... kalau taip tetengah malam teringat pulak "benda tu" berdiri baik punya depan pintu bilik auni kat teratak bonda....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? suami auni memang merubat orang ke?
      kira dia ada anugerah lah tu
      uishh...ko punya cerita buat akak seramlah
      dahlah memalam ni...meremang bulu roma jadinya

      Delete
  19. rasanya mak abah yy bkn tak percaya cuma tak nak yy n adik2 lagi takut nanti ... nasib baik baca masa maghrib . klu malam , ermmmm ... heheheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin jugalah vee
      bila kitorang tiga beradik cerita
      diorang dok berulang kata tak ada apa-apa
      kitorang pun jadi give up nak yakinkan...hehe

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...