Harapan Seorang Lelaki Bernama Papa

7:13:00 am Yana Yani 16 Comments

Lelaki seperti yang kebanyakkan antara kita orang perempuan sedia maklum adalah agak misteri dalam pelbagai segi. Terutama dalam menyatakan rasa kasih sayang mahu pun harapan.

Kadang nampak macam mereka tak peduli walau hakikat sebenarnya otak mereka sarat dengan pelbagai benda untuk kebahagian anak dan juga isteri.

Semua lelaki dalam dunia ni pada YY seolah-olah mempunyai misi hidup yang serupa iaitu action speaks louder than words. Tak terkecuali Papa Afif dan Aisyah (^_^)


Tak bercakap tapi apa yang dilakukan sudah cukup untuk menzahirkan perasan sebenar mereka terhadap orang yang mereka kasih dan sayang. Kena ada jiwa seni baru faham. Hehe!

Baru-baru ni ketika kami di dalam kereta tanpa arah tujuan, kedengaran muzik lagu yang agak familiar di pendengaran YY tapi kurang mengingati siapa penyanyinya.

MyChintaHati tiba-tiba bersuara, "Afif dengar lagu ni. Papa bagi lagu ni untuk Afif"

Amboi! Untungnya Afif! Mama ni tak pernah sekali pun Papa dok tujukan lagu. Tiba time anak, dapat pula! Ni yang bikin jealous ni!

Tapi the moment YY hayati lagu yang didendangkan, YY sedar bahawa MyChintaHati sedang menyampaikan harapan dia sebagai seorang insan bernama Papa dalam cara tersendiri.

Satu, kasih yang abadi 
Tiada tandingi dia yang satu 
Dua, sayang berpanjangan 
Membawa ke syurga kasihnya ibu 

Tiga, lapar dan dahaga 
Rela berpayahan setianya ayah 
Empat, mudah kau ketemu 
Berhati selalu beza antara 
Kasih dan kekasih 

Ibu, ku ingat dahulu 
Menyisir rambuku, kemas selalu 
Ayah, menghantar ke sekolah 
Bergunalah ilmu bila dewasa 

Sayang dengar lagu ini 
Untuk kau sandarkan buat pedoman 
Jangan manis terus ditelan 
Pahit terus dibuang
Itu bidalan, harus kau renungkan 

Andai, kau beroleh bahagia 
Ingat itu bukan untuk selamanya 
Andai, kau dalam sengsara 
Ingat itu bukan untuk selamanya 

Hidup ini sementara

Habis lagu yang dipopularkan oleh Aris Ariwatan tu, YY tiba-tiba rasa sebak. Terlalu banyak perbezaan kami tapi harapan kami terhadap anak-anak adalah sama rupanya.

Bezanya YY sentiasa menzahirkan berbanding MyChintaHati yang memilih cara berbeza. Bagi anak-anak, cara ini mungkin agak sukar dimengerti terutama pada usia semuda Afif dan Aisyah.

Mungkin akan ada satu ketika atau berpandukan titipan ini, Afif dan Aisyah akan mengerti betapa tingginya harapan seorang lelaki yang mereka panggil Papa. Mungkin.

It wasn't an easy task untuk seorang perempuan bernama Mama menjelaskan sesuatu yang dipandang keruh oleh si anak lelaki tapi tidak si Papa. Wish me luck (^_^)


--------------------------------------

Cerita ni tak ada kena mengena dengan cerita di atas. Saja nak selitkan sikit kisah anak dara sejak YY kena bebel manja dengan MummyDearie sebab jarang bercerita mengenai Aisyah.

This one goes out to you, Kak Ton! (^_^)


Time ni kitorang sebenarnya nak keluar. Tapi tak ingat ke mana. Masa tu terasa comel pula dok tengok Afif dan Aisyah dok galas beg memasing. Beria YY suruh mereka posing.

Afif memang hantu kamera, jarang dia kata tak nak bergambar. Mesti akan ada aksi yang dia akan buat. Berbeza dengan Aisyah. Siap marah bila YY suruh dia posing.

Tengoklah kening tu, dah macam Degawan!


Wei! Mana kau nak pergi tu? Nantilah! Mama belum habis nak snap gambar ni! Aisyah! Come back!


Tak apalah kalau kau tak nak bergambar. Mama nak tayang gambar Mama posing manja dengan Papa biar Kak Ton muntah merah, hijau, coklat, semua color keluar! Hehe!

Sayang, pandang kamera Sayang! Say cheese! (^_^)

16 comments:

  1. Lagu aris ariwatan tu kalau kitaa hayati memang sebak. Encik hubby pun suka sangat dengar lagu tu. Mungkin ada makna bagi seorang ayah seperti mereka.

    ReplyDelete
  2. memang begitulah seorang papa/ ayah/ abah / bapak.. tidak menzahirkan sayang mereka secara terang-terangan,,

    ReplyDelete
  3. Sebagai ayah yg sayangkan keluarga adakala perasaan tu mmg selalu tak dapat nak di tunjuk. Maklumlah lelaki kan macho hehee.. Tapi jauh di sudut hati klu buat apa2 mesti seluruh keluarga dah ada dlm perkiraan dan wawasan. Semoga Hubby YY dan seluruh keluarga sentiasa diberkati kehidupan, ceria dan sukses selalu... aamiin.. :)

    ReplyDelete
  4. Lelaki,majoriti nya tak pandai nak tunjuk rasa kasih sayang, especially pada anak anak,tapi mereka amat amat sayangkan anak...percayalah.:)

    ReplyDelete
  5. jom2 kita tayang gambar kita dengan cik abam masing..Biar MD jeles tengok..dia kan tak boleh inteprem gambar dia dengan cik abam dia..heheheh

    ReplyDelete
  6. sikap spesies lelaki ni memang macam tu kak yana.. itu yg sweet kununnya tuu..

    ReplyDelete
  7. lelaki lebih banyaj menyatakan perasaan melalui tindakkan manakala perempuan pula dengan perkataan. Sebab tu di ciptakan lelaki & perempuan berpasangan. Melengkapi.. Insya Allah anak dapat merasa & mendengar kasih sayang tu. amboi kak diana kempen tayang asben ker? hahahaha... ni nak kena buat photoshoot pengantin basi balik ni nak tayang hahahaha

    ReplyDelete
  8. Aduhai...rasa macam nak pitam tetiba. Kalau muntah ni, memang habis keluar semua makanan dari minggu lepas. Gambar mesra tu boleh tahan lagi walaupun memualkan tapi bab statement sayang tu, alolololo...rasa nak hai...entah ler.... *_*

    Amboi, Diana tu sanggup dia nak mengecilkan hati Kak Ton/Kak Diba ni dengan bergambar manja dengan suami tercinta lepas tu tunjuk dalam blog. Yalah tunjuklah...Kak Ton kan dah tunjuk gambar comel Kak Ton dalam blog hari ni ~_^ Jealouslah tu tak secomel Kak Ton!

    Ahah, macam ni lah baru best baca. Entri yang atas tu macam serius tapi okeylah I feel you~gamaknya anak-anak kita pun senasib dapat Daddy yang kurang tunjuk kasih sayang tapi still nak bertekak katanya beliau lagi sayangkan anak-anak berbanding Mommynya ni...

    Aisyah oh Aisyah! Memang comel betul menantu Mommy ni. Nak aiskrim tak? Mehlah datang rumah Mommy belanja makan. Makpak tak mau bawa jadi bodyguard tau, habis duit Mommy nanti belanja dia orang :)

    Si bakal menantu besan kita (aka awaklah tu, awat berkerut dahi berfikir!) pun suka bawa beg sangkut belakang macam ni. Penuh dengan kereta mewah lagi. Dari bangun pagi sampai tidur pun terlentang dengan beg galas kadang-kadang. Jenuh betul!

    ReplyDelete
  9. Mmg sstgh lelaki sukar dimenegertikan... Tak semua bnda diorg luahkan .

    ReplyDelete
  10. geram tgk aisyah ni.. senyum dah mcam sis.. anak mama katakan..
    gambar last, ok sweet sangat..hehe...
    comel jugak sis pakai shawl.. hehe

    ReplyDelete
  11. Ada lelaki yang jenis mcm YY katakan ni.. tapi ada gak jenis yang lagi sayangkan anak daripada isteri..

    ReplyDelete
  12. sesetengah lelaki memang macam tu agaknya,sukar dibaca apa sebenarnya dalam hati

    ReplyDelete
  13. Hihihi bukan main lagi muka Aisyah marah. Tetap comel. Abang best,...maintain bergaya :)

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...