Lelaki Ini Adik Aku

1:38:00 pm Yana Yani 31 Comments

Minggu ni agak free tapi tak dapat nak mengadap blog disebabkan line internet yang semput semacam. Ingatkan daku sorang, rupanya ramai mengalami masalah sama (^_^)

Anyway hari ni YY nak bercerita mengenai adik lelaki YY yang belum pernah diceritakan di dalam blog ni secara details. Tak tahulah pasal apa kurung cerita pasal dia. Sebab dia lelaki kot (^_^)

Syafie atau lebih mesra dengan panggilan Abang Cik, merupakan anak tunggal lelaki dalam keluaga kami. Paling brilliant berbanding tiga orang kakak atau dua orang adik perempuan dia. Hehe!

Disebabkan dia merupakan anak lelaki tunggal, maka harapan ke atas dia usah ceritalah wei! Memang sikit punya tinggi menggunung dari segala genap segi.

Malahan nama dia pun Mak YY ambil berdasarkan nama keturunan Imam Syafie iaitu Mohamad Idris Syafie. Punyalah tinggi harapan parent YY pada dia.

YY dulu sangat rapat dengan dia disebabkan dia mempunyai adik yang hanya beza 11 bulan dari dia. Masa Mak sibuk dengan Annur, YY sibuk pula dengan Syafie.

YY sangat berbangga mengatakan bahawa tangan YY inilah yang melatih dia berjalan tanpa jemu pada setiap petang selepas pulang dari sekolah. Priceless bila teringat moment dia melangkah (^_^)

Hari ini, bila dia berdiri di depan mata, rasa macam tak pecaya lelaki ini adalah adik YY. Banyak sungguh perbezaan yang YY tak perasan sejak mempunyai keluarga sendiri.

Dia dah semakin bijak berkata dan matang dalam pelbagai perkara. Walau dari sudut lain dia masih lagi lelaki yang sama suka memancing, memasak dan bergurau.

Dia juga merupakan pakcik kesayangan Afif. Malahan apa sahaja yang dia lakukan sering dikagumi Afif walau hanya membuat pedang dengan menggunakan kertas (^_^)

Sekarang dia berada di Permatang Pauh meneruskan pengajian dalam electrical. Baru-baru ni dia menghantar gambar dia sebagai seorang speaker dalam satu acara.


Nampak tak betapa handsome dan machonya adik lelaki YY ni. Hehe! Puji adik sendiri pula ye. Tapi kalau kita tak puji, sape lagi dak? (^_^)

Syafie sejak belajar di sana agak aktif terlibat dengan pelbagai acara yang rata-rata memerlukan dia bertemu atau bergaul dengan pemimpin setempat.


Dia juga pernah menerima jemputan untuk menjadi pemimpin pelapis bagi pihak kerajaan dan juga pembangkang. Kedua jemputan dia tolak mentah-mentah.

Dengan berseloroh YY kata, "Kalau camtu kita tubuhkan parti kita sendiri!"

"Cukup-cukuplah dengan perpecahan Melayu sekarang" jawab dia bersahaja. Terkesima YY dengan jawapan dia yang ada unsur sarcastic tu.

Terbaru apabila dia memberi respond mengenai penyebaran gambar seorang kanak-kanak yang cedera parah yang dikatakan akibat pergaduhan parent dia.


YY memang mengenali dia sebagai seorang yang suka melahirkan pendapat dengan cara yang sarcasm. Siapa yang tak mengenali mungkin beranggapan berbeza.

Cuma one thing for sure, YY memang nampak perubahan dia dari seorang budak lelaki yang lambat berjalan sehingga menjadi seorang lelaki yang lebih tinggi dari YY.

Tiap kali dia jumpa YY, dia mesti kata, "Syafie confuselah Long, Syafie semakin tinggi ke atau kau yang semakin pendek?"

Ayat yang layak bagi penyepak terbang. Hehe!

Anyway buat lelaki yang aku gelar adik, Along doakan kau berjaya di dunia dan akhirat. Apa sahaja jalan yang kau pilih, Along yakin kau dah finalized dari segala segi.

Along antara orang kuat yang akan terus menyokong. Kalau salah tetap daku akan duku kepala kau. Dan mungkin mogok tak nak masak untuk kau lagi (^_^)

Ingat harapan Mak dan Abah yang nak kau jadi Imam dalam solat mereka bermula dari sekarang sehingga mereka sudah pun menjadi jenazah.

Kau mungkin menolak untuk menjadi pemimpin parti politik, tapi kau sememangnya naturally born as a leader dalam keluarga kecil kita (^_^)

Sayang kamu. Muah ciked (^_^)

P/S - Blogger Syira Lokman sedang menganjurkan Giveaway PROJEK APRIL by Syira Lokman. Siapa yang belum sertai, cepat-cepat ye. Giveaway ni berlangsung selama tujuh hari sahaja! (^_^)

31 comments:

  1. alhamdulillah...kata org tua2..sejuk perut ibu yg mengandungkannya :)

    ReplyDelete
  2. Satu-satunya anak lelaki, haruslah harapan ibubapa tinggi menggunung, YY. Seriously, muka Syafie ni ada iras YY. Nama pun adik beradik ya. Ni macam saya dengan kakak sulunglah. Sebab ramai sangat adik beradik, saya ni dijaga bukan macam adik tapi macam anak. Sebab itulah kami rapat sampailah ke tua sekarang ni *_*

    Alhamdulillah, tercapai hajat ibubapa YY nak melihat anak lelaki tunggal berjaya. Moga dia akan terus berjaya dalam kehidupannya di dunia dan akhirat kelak.

    P.S. Bab perangai suka melontar pendapat secara sarcasm katanya, bukan ke itu ikut ciri-ciri kakak sulungnya? Ayok....nak lari balik rumah dululah sebelum kena duku, hempuk dan seangkatan dengannya *_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? dak lah, saya lagi cantik! sungguh! =)
      lebih kuranglah sebab mak dalam pantang masa tu dia kecik lagi, belum sampai setahun
      so banyak saya yang menjaga walau bukan semua
      bila dah berkeluarga kurang sikitlah sebab banyak dok fokus keluarga sendiri
      tapi manja dia tu masih sampai sekarang dengan along dia ni =)

      insya ALLAH, amin. mudah-mudahan

      p/s - yeke? mana ada. saya jujur melahirkan pendapat okay! lahhh...awat lari semacam tu. MD oooo MD, nantilah. belum habis cakap lah. ishhh...ishhh

      Delete
  3. Cantik nama dia.. Gudluck utk syafie.. Blh la booking jd adik ipar ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak saya yang dok bersungguh nak bagi nama tu =)
      hehe...bab hati dan perasan saya tak masuk campur kak..hehe

      Delete
  4. studi kat PP erk.. dekat dah ngan I.. nak number..HHAHAHAHAAA..
    gurau ja Along..ehhh!! hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. PP tu merujuk permatang pauh ke? ha'a denkat uitm sana
      kamu dekat mana? nombor? amboiii
      boleh...PM ye...hehe

      Delete
  5. Okje kagum dengan lelaki yg berkarisma, ada pendirian .......Sure bangga seluruh keluarga dengan Syafie ni. Tahniah !

    Yelah kejap jer masa berlalukan...yg kecik semakin besar, yg besar semakin tua ....
    Namanya pun adik beradik sikit sebanyak mesti ada iras yek

    ReplyDelete
    Replies
    1. the only hero OKje, mestilah bangga. samalah cam OKje dengan SA kan. dia pun the only bujang, harapan mestilah tinggi dak

      ada ke iras OKje? mana ada. saya lagi lawa apa

      Delete
  6. Alhamdulillah.. saya mendoakan agar Abang Cik terus sukses... aamiin.. :)

    ReplyDelete
  7. pak cik kesayangan afif ye.. ank tunggal lelaki pula tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a mar. kalau belah saya lah
      kalau belah mychintahati dia ada ramai pakcik

      Delete
  8. singgah blogwalking ^_^
    Salam Perkenalan dari nisa

    http://wanhanisahwanmat.blogspot.com/2015/04/giveaway-projek-april-by-syira-lokman.html

    ReplyDelete
  9. Bagus along ni..terharu saya baca kata2 semangat berunsur bangga seorang along kepada adik kesayangannya ni.. insyaAllah Shafie bakal jadi insan hebat kerana dia ada ramai yang menyokongnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...sape tak bangga dengan saudara kandung kan cikgu AN
      lagipun bila teringat saya antara orang yang membesarkan dia
      lagilah rasa lain macam sikit. sakit tu lain macam tau kalau ada orang usik dia
      dah macam perasan yang sama dengan anak sendiri =)

      aminn...terima kasih cikgu ye =)

      Delete
  10. masa depannya cerah . dgn kerektor yg sebegitu , campak kat mana pun pasti dia blh survive ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya ALLAH vee
      itulah yang kami sekeluarga harapkan

      Delete
  11. alhamdulillah..
    selamat maju jaya buat beliau

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah...bangga akak menengoknya moga shafei terus berjaya didunia dan akhirat

    ReplyDelete
  13. Tak tahu nak komen apa. Hehe, mungkin ni kot. Bertuah keluarga kak Yana utk memiliki seorang lelaki ' as naturally born as a leader' dalam keluarga. Sebab bukan semua keluarga bertuah sebegitu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tak tahu nak komen apa, tapi komen bernas juga
      rezeki tiap keluarga kan gee
      ALLAH tahu apa yang terbaik =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...