March Memulihkan Semangat!

5:02:00 pm Yana Yani 26 Comments

Alhamdulillah hari ni kita masih lagi mampu menghirup udara di atas muka bumi ALLAH ini. Despite pelbagai kekalutan sejak bermulanya 1 April, YY tetap bersemangat!

Yes, bulan March buat YY kembali bersemangat dan mampu memulakan kembali rentak dalam dunia blogging walau tidak sepantas dulu. Diharap April rentak akan bertambah pantas.

Anyway, YY masih lagi dalam proses membalas jejak mereka yang sudi meninggalkan komen di blog YY. Hutang masih belum langsai. Maafkan YY jika ada yang terlepas pandang.

Percayalah YY berusaha sedaya upaya untuk membalas jejak korang kerana hanya itulah cara YY mengucapkan terima kasih. Dapat pula YY ni jenis manusia baca bersungguh!

Kalau dibuatnya empunya blog membebel sikit punya panjang, memang berabad lamanya YY pun dekat rumah dia. YY tak reti nak komen tanpa memahami isi kandungan.

Walau tak dinafikan cara YY membaca adalah berdasarkan inteprestasi sendiri atau dari sudut fahaman sendiri. Mungkin akan ada kes orang tulis lain, YY faham lain. Hehe!

Tapi itulah manusia dak. Level kefahaman berbeza berdasarkan pelbagai faktor. Tapi itu yang pastinya buat setiap di antara kita UNIK! So sila berbangga dengan diri sendiri (^_^)

Anyway dikesempatan ni YY nak ucapkan ribuan terima kasih buat semua yang bertandang ke Diari Seorang Mama (DSM) sama ada yang meninggalkan jejak atau sebaliknya.

Berikut adalah senarai mereka yang aktif meninggalkan jejak sepanjang bulan March yang lepas. YY berjaya mengeluarkan 13 entry sepanjang bulan lepas.

Hak mana lebih tu, diorang dok pergi belek entry lama. Terima kasih tau (^_^)


Blog mereka YY dah senaraikan di dalam Gorgerous Blog List di bahagian side bar.

Tak lupa juga buat mereka yang tersenarai dalm Top 20 sepanjang 1 Aug 2014 sehingga 31 Jul 2015 nanti. Teruskan setia bersama DSM, akan ada small token untuk kesemua mereka nanti.

Blog mereka ada YY senaraikan di sini.


Sebelum mengakhiri bicara, YY nak galakkan semua yang membaca entry ini untuk menggunakan sepenuhnya kuasa sebagai pengguna atau pembeli.

Ingat formula ini, = (Harga barangan - SST 16%) + GST 6%

Tak ada resit bercetak, JANGAN BELI! Kita kasi ajar sikit peniaga yang tamak walau tak dinafikan terlalu ramai yang meniaga dengan jujur di luar sana.

Percayalah rezeki itu datang daripada ALLAH bukan dari manusia. Kalau ALLAH nak sempitkan, DIA akan sempitkan. Begitu juga sebaliknya.

Till we meet again korang. Assalamualaikum (^_^)

26 comments:

  1. lama tak drop komen..akhirnya dapat juga drop..tapi tak semua blog boleh camni..huhu..
    semoga YY terus menulis..
    itulah peniaga ni ada yang ambil kesempatan

    ReplyDelete
  2. tersenarai jugak nama kita kat situ hehehe.. takpe jangan push sangat. buat bila rasa selesa, Insya Allah apa kita buat lebih ikhlas

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...ada, antara supporter saya sejak dulu =)
      memang tak push sangat sebab hakikatnya memang tak mampu =)
      apapun terima kasih ye

      Delete
  3. Saya ucapkan jutaan terima kasih seikhlas hati kpd YY yg sanggup mengulangkaji entri RM dan menitipkan komen! Sungguh terharu dan kagum dgn semangat YY! Terus terang saya katakan...tak terbalas, hanya ucapan terima kasih yg mampu ku berikan! Anda sungguh hebat dan amat2 menghargainya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. segan plak bila BM kata camni
      tapi pada masa yang sama macam kena lambung pun ye...hehe
      tak ada apalah BM, tanda terima kasih saya untuk sokongan selama ni =)

      Delete
  4. Yana yani pun apa kurang di blog BKR. Skrg dah tersenarai pulak di sana. Tq yanayani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni nnati saya kasi bom lagi ye
      belum sempat nak mengebom lagi ni...hehe

      Delete
  5. 'Kalau dibuatnya empunya blog membebel sikit punya panjang, memang berabad lamanya YY pun dekat rumah dia' ~ rasa macam terlempang diri sendiri *_* Anyway, terima kasihlah YY sebab sudi juga tinggal jejak beribu lemon kat blog kita walaupun kita sedar diri memang susah awak nak khatam semua entri tu. Lap you so much *_*

    Harapnya YY kembali aktiflah datang bulan April ni. Suka tau singgah sini apatah lagi bila ada gambar ehem,ehem, ehem... Eh, bukan,bukan,bukan... bukan MyChintahati YY tu, gambar bakal besan yang nak hantaran 14 juta tu ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. oops, terasa ke? hehe...saya tak maksudkan sebaliknya tau!
      saya suka jer baca walau ambil masa berjam
      sebab saya jenis bukan main skip tanpa paham apa yang ditulis =)
      mesti khatam punya, lambat dengan cepat aje

      kali ni agak kurang cerita pasal aisyah lah
      tak tahu nak cite apa...hehe

      Delete
  6. Alhamdulillah tersenarai juga walaupun agak huru hara waktu berblog kebelakangan ni. T kasih YY. Tahniah juga buat rakan2 yg lain. Salam ceria bulan April buat YY sekeluarga.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...samalah saya pun KK
      terima kasih untuk KK kerana terus menyokong saya ye =)

      Delete
  7. gst ni byk peniaga yg ambil kesempatan . gomen lak kalut nak selesaikan satu demi satu ... saya ni lak , dulu masa x de byk komen kat blog , rasa down . bila dah byk komen , x terlayan nak blogwalking . tu yg kadang2 ada blog yg terlepas pandang . wpun mlm adalah masa khas utk saya blogwalking , tapi utk balas komen bagi 2 blog mmg mencabar mata yg selalu mengantuk awal ... hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...cam sama aje masalah kita ni vee
      cuma bezanya idak fofulor. ni kalau idak mau jenuh nak membalas...hehe
      takpelah dak, kita buat apa yang jkita mampu

      Delete
  8. tahniah buat kesemuanya
    saya pulak jns melekat kat satu blog kalau ralit dok mmbacanya..

    betul tu..
    skrg mmg simpan resit
    setakat ni yg ada gst id tesco n carefour..
    giant n mydin xda

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pun boleh jadi penyebabnya cik su
      tengok sape tukang cerita kan

      gst ni sampai nak masuk sebulan pun masih lagi tak jelas =)

      Delete
  9. Eh blog farah tersenarai jugak...heee... Thanks utk yana jugak always support farah walaupun bw farah tak serancak dulu... Mcm yana jugak la tgk seruu mood...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...mesti ada!
      penyokong kuat saya sejak dulu...
      terima kasih untuk farah juga ye

      Delete
  10. akak la tu dok belek entri lama..hahaha bukan apa akak pun kadang tu terlepas entri2 yg sebelum ni,jadi baca sekali harung la..itu yg terlebih sampai ke entri bulan sebelum tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...takpe kak
      saya hargai sangat akak punya afford tu
      bukan semua boleh buat cam gitu =)
      terima kasih tau kak! =)

      Delete
  11. Betullah setiap kita ni mmg unik....fahaman masing masing dlm membaca entri orang.
    Oh.....mak tersenarai jugak, alhamdulilah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, penulis mungkin maksudkan lain
      pembaca pula fahamkan lain
      so tak sama sebab obviously kita secara individu pun tak sama
      daya kefahaman berbeza =)

      mestilah! ni yang buat sayang lebih! muah ciked =)

      Delete
  12. Samalah kita kak Yana, pun merangkak-rangkak lagi nak giat semula berblog. Tapi itulah, masa tidak mengizinkan. Huhu.. InshaAllah moh ler kita sama2 bangkit yer.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...setelah dua bulan baru akak terperasan komen ko
      takpe, slow-slow
      takde lambat atau cepat, janji kita have fun ye dak? =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...