Masa Berkualiti Bersama Keluarga

1:20:00 pm Yana Yani 16 Comments

Kebiasaannya weekdays YY memang sibuk sepanjang hari dengan pelbagai skop tanggungjawab yang berbeza. Masa bersama dengan keluarga memang boleh dikira dengan tangan.

Nak dijadikan cerita, sepanjang minggu lepas Aisyah asyik dok ajak bersarapan dekat kedai. Disebabkan YY bekerja dan Afif bersekolah, so hasrat Aisyah tu sukar nak dipenuhi.

Bila dah jadi Mama ni kan, anak dok minta apa memang sentiasa dok teringat. Tak tenteram rasa kalau tak dipenuhi especially kalau benda yang diminta itu mampu dari segi kewangan.

Disebabkan itu weekend adalah masa yang paling dinanti sepanjang minggu! Sebab time ni YY boleh meluangkan masa berkualiti bersama keluarga especially anak-anak (^_^)

So as promised, Sabtu baru ni YY ajak Afif dan Aisyah bersarapan di luar. MyChintaHati bekerja, tak dapat join sama. Hanya kami tiga beranak aje hari tu.

Kami ke Restoran Selera Santai Ummi yang terletak di Jalan Musran, Rantau Panjang, Klang. Restoran ni terletak tak jauh dari rumah kami dan pernah masuk dalam rancangan JJCM TV3.

Kami dah pernah bawa MyChintaHati punya parent ke sini. Even YY punya parent pun dah pernah merasa makan di sini. Diorang semua cakap sedap. YY suka roti canai dia (^_^)


Aisyah adalah manusia paling seronok walau pagi tu entah berapa kali dia dok tanya mana Papa dia. Tapi YY tak bagi jawapan pun sebab tiap kali tanya, dia jawab sendiri (^_^)

"Papa mana? Papa teje ye? Aya! - Papa mana? Papa kerja ye? Alah!" dialog ni memang dia ulang entah berapa kali sehingga makanan yang dia order sampai.


Afif pula macam biasa. Pandai sangat dok beritahu YY camne nak dapatkan nice shoot. Ada bakat jadi model ke apa ni? Hehe! Anak oh anak! (^_^)


Sampai aje makanan yang dipesan, apa lagi, moh makan! Bismillah (^_^)


Aisyah ni pula kalau tak ada Papa dia bukan mainlah "baik" sangat! YY nak makan pun tak tenteram sebab dia tersangat "baik". Masa macam ni mulalah dok teringat kekasih hati yang bekerja (^_^)

Selalu kami makan bergilir disebabkan sifat "baik" Aisyah. Tu tengoklah, elok minum dekat meja, minum dekat kerusi. Belum cerita dia berlari sana sini. Tak tenteram jiwa dan raga dibuatnya.

Nak cepat punya pasal sebab dok risau. YY makan dengan tak mengunyah dengan betul. Main sumbat aje! Manalah badan tak seperti tertelan gajah lately (^_^)


Anyway, harga makanan dekat sini affordable jugalah kalau nak dibandingkan dengan restoran Mamak. Kalau Mamak, memang tak akan dapatlah dengan harga ni.

Paling best, no GST! Hehe!

Lately nak berbelanja fikir seribu kali sebabkan takut dengan GST! As at now, belum nampak keuntungan dalam poket YY seperti yang dikatakan oleh Pak Menteri (^_^)


Lepas dah kekenyangan, kami balik ke rumah. Sempatlah juga main dua tiga round dengan bebudak ni sebelum bersilat di dapur. Penat dok fikir nak masak apa tengahari tu.

Boleh pula terfikir nak makan nasi impit dengan kuah kacang. First time sejak berkahwin YY buat kuah kacang! Silalah gelak pada sape nak gelak. Tapi memang hakikat!

Dahlah resipi main hentam aje! Luckily semua yang rasa kata SEDAP! Diulang sekali lagi buat yang kurang pendengaran atau mungkin rabun tahap kronik, SEDAPPPP okay! (^_^)


Aisyah dan Afif makan bertambah-tambah sebab hari tu dapat makan lain dari lain. Biasa menu lebih kurang sama aje sebab Mama diorang reti masak menu yang sama aje. Hehe!


Mak dan Abah YY datang petang tu pun kata sedap. Tu yang buat rasa kembang semacam dibuatnya. Rasa macam diawangan pun ye juga bila dipuji gitu. Bangga beb!

Mulalah rasa macam nak nyanyi, I am flying without wingsHehe!

Anyway Mak dan Abah datang sebab nak bagi buku yang mereka beli di Pesta Buku Antarabangsa PWTC khusus untuk cucu-cucu kesayangan. Banyak sungguh dibelinya!

Terima kasih Mak Abah (^_^)


Afif dan Aisyah memang terujalah dapat buku yang banyak tu. Siap dah buat jadual buku mana nak dibaca sepanjang minggu ni. Tukang baca of course lah YY!

YY pun suka juga melayan diorang membaca sebab boleh feeling macam masuk pertandingan bercerita. Buku tulis melompat, YY melompat. Buku tulis menjerit, YY menjerit! Syok! (^_^)

Lagipun ni salah satu cara nak tarik minat anak-anak YY membaca. Kalau baca sebiji macam apa yang buku tulis, alamat mereka tak akan fokus mendengar. Kalau ada aksi, barulah tak bergerak!

So begitulah cara YY menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga.

Sepanjang tiga dekad menghirup udara di atas muka bumi ALLAH ni, YY belajar bahawa tiada yang lebih penting dalam kehidupan ini kecuali hubungan kekeluargaan.

Sedar atau tidak, keluargalah yang membentuk jati diri kita (^_^)

16 comments:

  1. best kan masa bersama keluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul! tak ternilai dibandingkan yang lain kan

      Delete
  2. Siapalah agaknya yang rabun kronik tu yerk, YY....

    Eh, tak! Saya tak terasa pun cuma bertanya jerk *_* Yalah, kalau dah semua kata sedap, memang sedaplah tu tak payah nak guna capital letter lagi! Kalau ya pun rasa nak terbang, hati-hatilah ya. Dah kata takda sayap, nanti jatuh terjelepuk ke lantai bak nangka busuk, siapalah yang susah. Hahaha!

    Tak sangka si Aisyah ni 'baik' sangat budaknya. Ni nanti kalau dah besar, mesti jadi bersopan-santun. Yalah, kecik-kecik dah puas jadi baik, kan :) Jadi mak-mak ni memang selalu sangat makan tercekik walaupun takda tulang tau. Anak-anak saya tu kira dah kurang baiknya tapi kalau time makan memang segala penyakit datang kat saya sorang jerk!

    Tapi, itulah yang jadi kenangan terindah kita untuk bekalan hari tua nantikan.....


    ReplyDelete
    Replies
    1. wahaha...ada orang terasa rupanya!
      tak...tak maksudkan kak ton okay! sorry ler kalau terasa...hehe
      saje aje bagi capital letter, bagi nampak memang SEDAP! hehe

      dia memang "baik" sangat kak ton wei!
      berapa kalilah dok cite perangai terlampau "baik" dia tu
      dia jenis suka explore dan tak serik, ari ni jatuh kat sini, besok buat lagi! pening tau!
      hehe...betullah tu. main telan aje! nak cepat katanya

      ye...SETUJU! masa di atas tak akan berulang
      tapi kenangan tu akan diseret sampai MATI =)

      Delete
  3. Ingat anak saya je tak tau diam.. Aisy pun sama jugak ekk. anak saya sekarang ni baru mula belajar makan banyak benda. dulu tak nak makan. semalam try suap pau inti kari ayam. makan pulak dia.. nasi je tak berapa nak makan lagi. Best kalau anak2 nak makan ni..seronok bawak pergi makan cuma letih sikit la bila yang tak reti diam macam anak saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. "baik" juga anak saya ni suria. dia mulut kurang bercakap tau
      tapi tangan, ALLAH! perlukan kesabaran tahap gunung everest! hehe
      tapi makan dia tak memilih macam abang dia. semua benda dia makan
      senang sikitlah kalau bab makanan

      yup! setuju sangat tu. penat hilang sebab diorang aje =)

      Delete
  4. I sekarang belajar jadi 'mak' dengan anak buah.. hehe..
    bukan apa, seronok layan budak2 walaupun penat..

    ReplyDelete
  5. Wahh seronoknya.. sedap pulak tengok roti tuuu.. lapar pulak jadinya ni huhu.. :D

    ReplyDelete
  6. Masa berkualiti dgn family ni, lebih utama dari cari duit...bagi saya la...

    Restoren tu kat Rantau Panjang, Klang eh? Boleh la saya cari...saya area Setia Alam...mana lah tau weekend boleh cuba terjah...takde GST...haha

    ReplyDelete
  7. Besarnya roti canai. Puas hati kot makan. Kalau saya kat tempat tu, confirm tak habis pun sepinggan. Maklumlah, tangki kat dalam kecil. Hehe.. Alhamdulillah, minat membaca dalam diri anak-anak telahpun diterapkan sejak mereka kecil. InshaAllah moga-moga Afif & Aisyah bila besar nanti dapat membanggakan kak Yana sebagai ibu yer.

    Hari ini masak kuah kacang, esok-esok makin advance buat kuah lain pula ye. Sebab tu ada pepatah cakap, "Air tangan ibu adalah yg terbaik dlm dunia ni!" ^__^

    ReplyDelete
  8. sama la dengan aisyah saya..tak reti dok diam..kejap nak duduk kat ibu kejap nanti nak duduk kat ayah..kejap nanti turun dari kerusi la..dah kenyanglah..nak air batulah..adeii
    cayalah YY masak lontong tu bersama kuah kacang 1st trial dah sedap..tahniah..
    menu setiap tahun buat..emmm..

    ReplyDelete
  9. best luangkan masa macam ni.tapi pastikan tak ada org leka ngan henfon

    http://kucenmaster.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. betul masa bersama keluarga itu lebih membahagiakan...

    akak memang takkan keluar dengan anak2 je jika tanpa en.azmi,jenuh nak mengejar rasanya,pernah sekali itupun bawa hero2 je,tuan puteri tinggal kat rumah,itupun dah huru-hara akak dibuatnya..hehehe

    ReplyDelete
  11. Setuju,...setiap detik yg kita luangkan bersama family, tak kisahlah suka ke duka ke, itulah yg berharga :) YY, tolong baca buku utk akak boleh? ;)

    ReplyDelete
  12. Wah... Bestnyer spend time dgn family. Moment berharga bawa anak² ke mana². Anak² kathy yg dah remaja ni xnak lagi ikut mak ayah berjalan. Hhehhe. Lebih rela duk rumah je diorg.

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...