Ciri Keperempuanan Aisyah (^_^)

7:39:00 am Yana Yani 17 Comments

Hari ni YY nak bercerita tentang anak dara YY. Lagipun ada orang dok bertanya pasal bakal menantu dia yang berjuta punya nilai hantaran. Dah lama tak dengar cerita katanya (^_^)

Anyway Aisyah kalau diihat dari segi karakter macam lelaki. Ligat semacam! Nasib baik dia pakai skirt or gaun. Tu aje yang buat dia nampak perempuan.

Tangan kaki dia memang jenis tak diam. Terlompat sana, terlompat sini. Mungkin disebabkan atas dia Abang. Faktor paling relevan yang boleh difikirkan.

Kadang ada orang hak yang "jenis pandai jaga anak" dok kata macam-macam. Menambahkan lagi kecelaruan hati YY yang boleh dikategori mudah sentap. Tapi nak buat camne.

The fact is diorang tak tahu betapa jenuh YY ni nak mengajar anak dara jadi anak dara. Kadang pening kepala, susah hati pun ye sebab bimbang tak mampu kawal perasan bila orang mengata.

Kalau main pun, dia nak main apa sahaja yang Abang dia main. Lori, kereta and even Ultraman. Gaduh kat rumah pun pasal benda tu aje.

Tapi makin dia besar ni, makin nampak pula ciri keperempuan dia. Anak patung yang dia tak pernah peduli sebelum ni adalah mainan dia sekarang. Kalau boleh ke mana aje nak bawa anak patung.

Ada sekali tu masa YY sedang sibuk melakukan aktiviti biasa di hujung minggu, YY terperasan ada anak patung yang diletakkan kemas di atas katil.

Curious dengan keadaan tu, YY pun tanya siapa yang letakkan anak patung dalam posisi sebegitu. Tiba-tiba Aisyah bersuara, "Shh! Baby tido ya Mama!"

Alahai, comelnya dia buat gitu (^_^)


Baru-baru ni pula, dapur YY bersepah dengan segala macam jenis anak patung. Sampai nak berjalan pun susah. Bila macam tu rupa rumah, memang dah boleh agak siapa punya kerja.

Aisyah main memang akan selerakkan semua jenis mainan yang dia ada berbanding Afif yang hanya keluarkan apa yang dia nak sahaja.


Di sudut lain pula ada anak patung yang diletak bersebelahan di dalam "rumah". Cara anak patung tu diletakkan siap dengan bantal, selimut dan anak patung buat YY rasa touching.

Ada insan kecil memerhati selama ni rupanya. Sweet (^_^)


Sambil dok leka cuba ambil nice shot, tetiba ada dengar suara kecil menjerit ke arah YY. "Mama! Anan acau baby ya! - Jangan kacau babylah!" kata dia dengan kening berkerut.

"Mana pula Mama kacau. Mama tengok aje" jawab YY cuba cover line (^_^)

"Cana itit, baby nak atan - Sana sikit, baby nak makan" kata Aisyah sambil dok leka mengacau something pada piring mainan dia.


"Adik buat apa tu?" tanya YY walau hakikat dah tahu dia nak buat.

"Bubur. Baby anis nak atan - Baby menangis nak makan" jawab Aisyah bersahaja.

Adegan seterusnya buat YY bertambah melting!

Alahai anak. Walau most of the times nampak kebrutalan dia dalam hampir setiap situasi, rupanya ada juga sifat kewanitaan yang tersembunyi.


Rasa nak menangis pun ada. Entah akan ada peluang atau tidak untuk YY melihat situasi yang sebenar di satu ketika nanti.

Ya satu hari nanti dengan izin ALLAH semstinya dia juga akan merasai apa yang YY rasai sebagai seorang Mama. Perasan yang sukar dijelaskan tapi wujud.

Bila tengok keadaan tu, one thing for sure, girls will always be girls. Indah betul perasaan yang ALLAH ciptakan pada kaum wanita ni kan?

Kecil lagi dah pandai menzahirkan perasaan rasa kasih dan sayang. Ni kalau Wan dia nampak dia dok buat apa, mesti kata dia dah boleh kahwin. Hehe!

Lepas dia dah penat main, dia pun mula minta susu botol menandakan dia nak tidur.


Apapun Aisyah tetap anak Mama walau ada banyak sangat lidah-lidah yang kadang berjaya menghiris hati Mama sikit demi sikit. By the way, salah ke Mama mudah sentap?

Siapa tak sakit hati bila bila orang yang dikata tu anak sendiri dak? Ke memang Mama aje? (^_^)

Apapun Mama percaya karakter setiap manusia boleh berubah. And as usual, Mama memilih untuk berdiam walau kadang tak mampu. Mama percaya, silent is always the best solution.

----------------------------------------------

Sedikit selingan (^_^)

Korang rajin dak post video dekat Instagram atau Facebook? Kalau jawapannya adalah ya, YY nak ajak korang melakukan kerja amal untuk Syria.

Senang aje cara nak participate dalam program ni, korang hanya perlu sebut "Nahnu ma'akum/ نحن معكم" yang bermaksud KAMI BERSAMA-SAMA KAMU pada akhir video.

Selebihnya ikut kreativiti korang. Kalau tak mampu membantu dengan wang tunai, bagaimana dengan membantu memberi mereka senyuman dengan hanya melihat video nukilan kita dak?

Maklumat lanjut boleh klik pada gambar di bawah


17 comments:

  1. rasanya setiap ibu pun akan mudah sentap jika orang memperkatakan tentang anak mereka,jika berkata yg elok pastilah merasa bangga,jika yang tidak elok memang akan sentap dan sedikit sebanyak akan merobekkan hati si ibu dalam diam.. apatah lagi jika anak itu dibanding2kan,lagi tersiat-siat hati si ibu dibuatnya.

    InshaAllah...akan ada perubahan pada Aisyah nanti,jiwa perempuan itu lembut,pasti Aisyah akan jadi wanita yang hebat nanti

    ReplyDelete
  2. bleh jd pembantu mak esok2

    ReplyDelete
  3. Teringat masa kcik2 dulu. ..suka main dengan anak patung :-))...
    Bila melihat keletah anak kecil hati terdetik..cepat benar mereka membesar kan..

    ReplyDelete
  4. aloh bestnya ada anak perempuan... mmm sb aku rasa anakku ganas sangat..oh.

    ReplyDelete
  5. Wahh sweet gegurlnya hiii.. baguslah mcm tu.. syukurlah.. tahniah buat YY sekeluarga.. salam ceria selalu.. :) :)

    ReplyDelete
  6. Rasanya kathy pun cepat sentap gak sis. Walau yg bercakap tu encik hubby abah diorang sendiri namun sebagai ibu tersentuh juga hati ini. Hehehhehe.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah. syukur nikmat Allah. kata-kata orang yg merendahkan semangat kita, kena tolak ke tepi ^_^

    ReplyDelete
  8. alo sweetnya,yelah kan anak perempuan..aisyah pelat sikit la ye..

    ReplyDelete
  9. Don't bother apa orang cakap kak Yana. Kita tak boleh puaskan hati semua orang kan, macamlah dorang jugak boleh puaskan hati kita. Sepatutnya kita saling encourage; itu baru kawan sebenar. Kalau asyik cakap kita itu ini; paham2 la sapa dorang ni & jenis apa dorang ni semua.

    Yang penting, Kak Yana and sekeluarga hidup bahagia.. ^_^

    ReplyDelete
  10. Wah...cepat juga Aisyah dapat mengenali identiti diri... bagus tu, satu tanpa positif!
    Bila dah jadi ibu, barulah dapat merasai apa yg ibu kita rasai dulu... itulah karma!

    p/s: YY memang nak tukar template ke? Kalau nak...sila pm di FB ya!

    ReplyDelete
  11. naluri perempuan tu ada, dia tgh belajar nak kenal identiti.. biasalah lincah sikit kan..
    ignore la org lain tu.. sibuk ja nak mengata anak org.kena anak sendiri baru tahu

    ReplyDelete
  12. Brutal tu ikut siapalah agaknya ya. Kalau tengokkan makpak dia, macam mak je terlebih brutal masa kecil-kecil dulu. Huahaha.... Gurau ya, YY. Sila jangan sentap. Tak hantar nanti wang 14 juta *_* Eh, napa tak tanya nilai matawang dulu :)

    Memang terserlahlah kewanitaan Aisyah ni bila dia nak. Betul tu, kalau atok tengok, memang dah boleh kahwinkan pun. Bakal menantu pun dah ada katanyakan..... Hahaha....nak gelak dulu. Kalau tak katup mulut, memang selalu masuk lalat bila masuk sini tau *_*

    Aisyah pelat lagi eh, YY? Time pelat ni lah best berborak ramah dengan anak. Antara faham dengan tidak. Kalau dulu, di rumah saya ni Abanglah tukang menterjemahkannya. Susah tau adakalanya perkataan pelat si Adik tu. La ni dah okey, dia bantai membebel pulak!

    Memang mak-mak betullah si Aisyah ni. Confirm jadi ibu mithali satu hari nanti. See, I kalau pilih menantu memang bukan calang-calang punya. Hahaha... gelak lagi ^_^

    ReplyDelete
  13. Bila dah jd ibu ni, apa kita nk buat pun mesti, letak anak no satu kan?

    Feel free to visit n follow superchombi.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. Pompuan sekarang tak boleh lagi lembik lembik YY....biar ligat sikit hihi.....so tak delah kena buli ngan laki hihi...
    Dah namanya pompuan YY....naluri pompuan tu tetap ada, main ngan patung, nak jadi ibu....
    Betul kata MD time ginilah tgh syok layan.....esok dah besar, banyaklah alasan depa ni

    ReplyDelete
  15. tak perlu bimbang lah yana . follow je apa kerektor dia . bila dia masuk sekolah dan bercampur dgn kwn perempuan , dia akan jadi feminin juga ... krisis identiti pada budak ni biasa lah . Bila dah besar nanti , mrk blh berfikir dan berubah sendiri ...

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...