Akhirnya Basikal Telah Berjaya Dimiliki!

5:49:00 pm Yana Yani 31 Comments

Mana-mana parents dalam dunia ni pasti nak kan yang terbaik untuk anak mereka. Kalau boleh semua benda nak diadakan untuk anak-anak tersayang. Itulah luahan sayang secara zahir.

Even benda yang tak mampu pun, akan cuba diusahakan.

YY sebenarnya dah lama bercadang nak belikan kedua putera dan puteri YY ni basikal. Malahan YY pernah tulis dalam 5 Barang Yang Daku Ingin Beli di Lazada meluahkan hasrat hati.

Tak lama lepas keluar entry tu, menang pula voucher, MyChintaHati ajak kami anak beranak pergi beli basikal. Kebetulan hari tu hari Ahad, jenuh dok cari kedai yang basikal buka hari tu.

MyChintaHati kata pada Afif, "Tawaran hanya dibuka pada hari ini sahaja. Tak ada kedai buka, maka tiadalah basikal" kata dia dengan senyuman bersifat menyakat!

Alhamdulillah, rezeki Afif dan Aisyah. Akhirnya basikal telah berjaya dimiliki!

Memang teruja mereka berdua beradik ni bila dapat basikal. Kalau boleh ke mana aje mereka pergi nak bawa basikal. Pendek kata, sampai ke tempat tidur pun nak peluk basikal!

Gambar di bawah ni YY ambil sebelum kami bergerak ke majlis perkahwinan sepupu YY pada minggu terakhir Mac. Nampak tak betapa terujanya diorang berdua.

Especially budak Aisyah tu.


Aisyah punya excited bukan main lagi! Satu taman boleh dengar suara dia. Mulut dia riuh berbunyi menggambarkan betapa seronoknya dia tiap kali berpeluang pegang basikal.


Malangnya, dia tak pandai kayuh.

Letak dia dekat situ, dekat situ ajelah dia. Tak bergerak langsung. Jenuh dok mengajar. Tak berjalan juga basikal tu. Asyik dok suruh YY or MyChintaHati tolak.

Bila kami dah penat ditambah dengan malas nak melayan dia menolak sampai ke hujung taman, Aisyah mengambil pendekatan untuk menolak sendiri.

Lantak kaulah Aisyah wei! (^_^)


Berbeza dengan Afif yang mempunyai sifat kelelakian yang memang kita especially orang perempuan sedia maklum suka bebenda pelik macam ni.

Afif sejak berusia setahun lebih dah mampu mengayuh basikal. Basically dia hebat dah bab kayuh basikal. Cuma bila suruh dia buka roda tambahan dia boleh cerita pasal itu dan ini.

Accident, kaki patah, masuk wad, mati, bla, bla! Yang peliknya, manalah korang dapat mulut talkative ni bebudak wei (^_^)


Afif ni, tiap kali nak kayuh basikal, ada aje yang dia belek dulu. Lagaknya dah macam bawa motor nak pergi racing. Tayar dia check, rantai, handle, break, pendek kata semualah!

Entah apa yang dibeleknya YY pun tak tau. Lantak kaulah!


Afif dah berapa kali jatuh basikal dengan kecederaan yang boleh tahan jugalah. Ada mintak MyChintaHati belikan peralatan keselamatan, dia boleh kata, "Moso!" (^_^)

Anyway lepas dah puas dok main basikal, kami pergi ke kenduri perkahwinan sepupu YY dekat Meru. Boleh pula kami sesat. Nampak sangat tak pernah pergi kan. Hehe!

Dapat bawa balik banyak ole-ole.


Afif bila Mama kata gambar nak masuk dalam blog, baru dia senyum. Hehe!


Aisyah pula, blog tak blog kata dia. Aku tengah sibuk dengan gula-gula yang banyak ni. Terasa seperti diva pulak nyahHehe!


Begitulah cerita mengenai basikal. Kesimpulannya, tiada parents yang nak anak dia berduka. Sakit yang si anak rasa, sakit lagi hati parent itu menanggung.

Kalau orang tanya pada YY apakah nikmat ALLAH yang bernilai yang pernah YY nikmati, no doubt YY akan kata anak-anak. Merekalah segalanya (^_^)

P/S - Blogger Syira Lokman sedang menganjurkan Giveaway PROJEK APRIL by Syira Lokman. Siapa yang belum sertai, cepat-cepat ye. Giveaway ni berlangsung selama tujuh hari sahaja! (^_^)

31 comments:

  1. Best la anak dara dan anak teruna tu dpt basikal baru. Seronok juga kat kawasan rumah sis mcm xbanyak keta,boleh anak² mengayuh dgn riang rianya. Heheheheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah rezeki diorang kak
      hari minggu biasa kurang kereta expeciall belah petang
      kalau tak, penuh juga. tapi tak susah diorang main
      kawan diorang pun ramai, semua berbasikal plak tu. ada aje racing kat sini tiap petang =)

      Delete
  2. alorh.. tak rock la lelaki naik basikal tayar tiga.. hehe.. hopefully abg dpt keyakinan nak bawak basikal tayar dua & aisyah tak lagi menolak basikal.. tak beshhh la naik basikal kena tolak.. ^_^

    p/s : mungkin ada belah2 kak yana ni talkactive kot.. mungkin.. mungkin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak cakap gitu juga gee...dia bantai dok cite itu ini
      letih nak melayan...lantaklah. sooner or later, boleh juga dia buat roda tu
      si aisyah, tak tahulah nak kata apa. mungkin dia takut =)

      p/s-akak laki bini memang boleh tahan talkative, tapi tengok situasi. anak-anak akak tak!

      Delete
    2. itu petanda bahawa mereka sangat bahagia! kan bila hati senang, mulut pun jadi banyak.. ^_^

      Delete
    3. yeke? tapi mungkin juga kan =)

      Delete
  3. CN follow sini 269 dari segmen http://www.cekgunorazimah.com/2015/04/giveaway-projek-april-by-syira-lokman.html

    ReplyDelete
  4. sama la lala ajar kayuh tak reti2.. tapi main basikal kecik dia dalam rumah jer.. berapa besar sgt ruang dia nak racing hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. basikal kecil tu pun aisyah tak pandai kayuh
      dia pandai main hak yang jenis tolak tu aje
      rumah kecil kami ni, nak main benda gitu kena main kat luar
      lantak ko la nak racing ke apa...hehe
      dalam rumah pun, mama bising lebih...hehe

      Delete
  5. Ingat lala jer tak pandai kayuh.. maisara pun tak retis jugak ke? takpe kebijaksanaan dia kat bidang lain

    ReplyDelete
  6. wow, teringat masa kecik2 dapat basikal.. diusung basikal kat katil tidur, takut abang ambik..hahaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...akak pun ttengok riak wajah diorang time dapat basikal
      teringat diri sendiri. tapi idaklah sampai usung ke tempat tidur
      kronik tu...hehe

      Delete
  7. Wahh tahniah.. mmg waktu yg sgt menyeronokkan bila dpt beskal weee.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan KK
      tetiba teringat zaman memula dapat basikal dulu

      Delete
  8. Anak lelaki sulung saya tak nak belajar naik basikal. Kita offer dia basikal katanya malas nak belajar mengayuh lagipun bukan dia nak mengayuh 'bila dah tua nanti'. Boleh kata gitu... Pengalaman tu yang rugi. Sekurang-kurangnya mesti ada pengalaman naik dan jatuh basikalkan.... Saya kata kat dia, rugi nanti pun dia kata tak kisahlah... Si Adik berbeza pulak. Semua pun dia nak kayuh. Sampaikan 'mutubike' berkuasa tinggi yang ada pun dia nak pi kayuh dengan kaki!

    Anak-anakkan, bila dapat penuhi kehendak hati mereka, puas tak tahu nak kata. Eh, kita as parents yang puas. Mereka apatahlagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia minat ke arah lain kot. cam anak saya ni memang suka outdoor aktiviti
      semua benda yang buat dia berpeluh tu dia suka
      saya memang biar aje, lagi elok dari dia ngadap laptop dengan tv

      tulah kan MD, kita rasa puas. diaorang pun pasti sonok

      Delete
  9. best dapat gembirakan hati anak2 kan..

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. budak mana tak suka dapat basikal cikgu
      mak budak pun suka =)

      Delete
  11. Naim satu masa dulu mmg hari nak main basikal..sekarang dah tak naik pula.. suka kalau anak main macam ni kan, mainan sihat ni.. taklah asyik menghadap gajet je.. tah apa2 kat dalam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bermusim kot, biasa budak gitulah
      takat ni afif boleh kata tiap hari main basikal
      dapat seround dua keliling kawasan perumahan ni, dia dah sonok dah
      tulah kan, saya memang limitkan bab gajet ni

      Delete
  12. Kalau okje jadi budak kecik pun suka dapat basikal hihi....Nanti lama lama terrer le Afif tu tak yah lagi pakai roda kecik.

    YY bukan setakat kenyang makan kenduri, balik penuh tangan bawak berkat yeh hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kite OKje, sape tak suka kan
      mau senyum meleret tak ingat. hehe
      tulah, mungkin dia belum sedia nak tanggalkan roda tu

      tulah pasalnya, OKje. rezeki kami aritu =)

      Delete
  13. sungguh teliti afif ni . nak jaga kselamatan lah mama ... heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dia memang karakter camtu vee
      agak teliti dalam semua perkara =)

      Delete
  14. yihaaa.. happylah dia...
    leh pusing2 taman

    ReplyDelete
  15. wah seronok lah afif dan aisyah dapat basikal ye...talkative tu mesti macam mama dorang kot hehehe

    betul tu yana kita sebagai ibu bapa ni kalau boleh apa yang anak minta semua nak bagi kan

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...