GST: Kekejaman Kerajaan Pemerintah?

9:18:00 am Yana Yani 18 Comments

Hari ini hari kedua kita semua memasuki era di mana dikatakan sebagai satu titik permulaan bagi "kekejaman kerajaaan pemerintah" disebabkan alphabet G.S.T.

Rata-rata melahirkan amarah di media sosial dalam pelbagai bentuk. Obviously rakyat Malaysia termasuk YY sendiri masih belum benar faham penggunaan atau fungsi GST.

Pun begitu, YY cukup yakin peniaga merupakan penentu sebenar dalam jatuh dan naik sesuatu harga barangan keperluan harian dengan menjadikan kerajaan sebagai kambing hitam.

YY begitu curious secara jujurnya.

Benarkan GST Membebankan? Untuk seorang yang mempunyai kefahaman rendah mengenai ekonomi, alphabet G.S.T itu sendiri sudah kedengaran menggerunkan.

Disebabkan sifat ingin tahu itulah YY terjumpa status seorang anak muda yang dikenali sebagai MatRodi yang juga merupakan seorang blogger di Bringing Sense Back.

Apa yang diperkatakan membuka sedikit kebutaan minda YY walau jelas ia hanyalah pandangan peribadi beliau tentang isu yang begitu hangat pada suku kedua tahun 2015 ini.

YY share status beliau di sini tanpa sebarang tokok tambah untuk maklumat sesiapa sahaja yang mempunyai perasaan serupa seperti YY iaitu ingin tahu.

Korang boleh memilih untuk meneruskan pembacaan atau sebaliknya. Tapi kalau korang boleh membaca novel cinta setebal 600 muka surat, YY confirm korang tak ada masalah membaca info tersebut (^_^)

Nasihat YY yang juga rakyat Malaysia seperti korang, BACALAH. Ambil tahu.

Pelbagaikan sumber maklumat korang. Bukan hanya fokus menerima dari satu sumber maklumat sahaja yang kadang buat kita lari jauh dari landasan sebenar.

Tidak rugi untuk kita mengambil tahu hak kita sebagai pengguna dan paling penting sebagai seorang rakyat MALAYSIA yang merdeka (^_^)

P/S - Pandangan di bawah merupakan bahagian kedua dari pada sudut pandangan penulis. Sekiranya berminat membaca pandangan beliau yang pertama, boleh klik sini. Semoga bermanfaat.

------------------------------------------------

Mengikut teori, barangan yang sudah mengenakan cukai SST sebelum ini tidak seharusnya dinaikkan harganya. Ini kerana cukai SST 10%-16% akan digantikan dengan GST 6%.

Jika ada barangan yang boleh naik, ia adalah barangan dan servis yang sebelum ini tidak mengenakan cukai SST. Itupun, kenaikan tersebut tidaklah sampai 6% kerana ada komponen kos barangan tersebut yang tidak semestinya naik.

Tetapi sebagaimana yang kita tahu, sebilangan besar peniaga Malaysia adalah peniaga yang begitu cekap dari segi mengira kos mereka. Sebab itu apabila harga minyak naik 5 sen sekalipun, harga barangan mereka akan naik dalam masa satu malam.

Malangnya kecekapan ini tidak terjadi apabila harga minyak turun berpuluh sen. Oleh yang demikian kita tahu, di akhirnya peniagalah yang menentukan perlaksanaan GST. Baik buruk imej kerajaan bergantung bagaimana peniaga memahami dan melaksanakan cukai ini.

Malangnya kerajaan terlalu bersangka baik dengan peniaga-peniaga di Malaysia. Walaupun kebanyakannya adalah peniaga yang jujur, ramai juga yang 'opportunis'. Sebab itu kerajaan tidak sepatutnya memberikan gambaran ‘semuanya indah’ dengan pengenalan GST.

Sebaliknya, mereka perlu memberi amaran kepada orang ramai bahawa terdapat kemungkinan harga barang akan naik. Jika kerajaan sedikit licik, mereka boleh sahaja ‘play the victim card’ dengan mengalihkan amarah rakyat kepada peniaga yang mengambil kesempatan.

Dalam hal ini, tidak ada salahnya jika mereka belajar daripada Pakatan Rakyat yang melaksanakan polisi tidak popular dengan menyalahkan kerajaan persekutuan. Hakikat bahawa kerajaan Selangor dan Penang yang cukup gemar menjual tanah negeri atas alasan dianaktirikan oleh kerajaan persekutuan membuktikan kelicikan mereka.

Ini sememangnya strategi yang ‘low-class’ tetapi kerajaan juga tidak mendapat nasihat yang bijak. Jadi apa salahnya menjadi ‘low-class’ jika tidak mampu menjadi ‘high-class’?

Berbalik kepada GST; kerajaan mempunyai masa selama 18 bulan untuk menyediakan rakyat kepada sebarang kenaikan harga. Kempen yang sepatutnya diguna pakai adalah terdapat barang yang akan naik. Ini adalah barang yang tidak mengenakan cukai SST sebelum ini.

Bagi barangan yang sudah sedia tertakluk dengan SST, sepatutnya harga barang tersebut mestilah turun kerana kadar SST adalah 6-10% yang mana lebih tinggi berbanding dengan GST 6%.

Mengambil kira perangai orang Malaysia yang ‘mudah dan cepat lupa’, tidak ada salahnya jika GST diperkenalkan dengan ‘positioning’ bahawa ia akan menaikkan kos sara hidup. Sepanjang 18 bulan itulah sepatutnya kerajaan mendedahkan penyelewengan sebilangan syarikat yang menipu memasukkan cukai SST ke dalam harga barangan tetapi tidak disiarkan di dalam resit.

Senarai syarikat-syarikat yang ‘under-declared’ jualan bagi mendapatkan kadar cukai yang rendah juga wajar disiarkan. Ini sekaligus menguatkan alasan mengapa cukai SST perlu dimansuhkan dan digantikan dengan GST.

Kejatuhan harga minyak yang mendadak sepatutnya menjadi rahmat kepada pengenalan GST. Ini membuka mata kepada rakyat bahawa terdapat peniaga yang memang tidak akan menurunkan harga barangan waima apa yang berlaku sekalipun. Mereka ini wajar diboikot dan kerajaan boleh menggunakan alasan ini untuk memberi amaran kepada orang ramai untuk lebih berwaspada apabila GST berkuatkuasa.

Tetapi malangnya, seorang menteri telah terperangkap dengan saranan memboikot barangan sesuatu bangsa. Tindakan perlu diambil bagi peniaga yang melakukan jualan pra-GST. Peniaga yang membuat jualan 'pra-GST' seharusnya dikenakan audit menyeluruh kerana secara terang-terangan memperlekehkan polisi kerajaan.

Mereka ini secara tidak langsung menanamkan benih ke dalam minda orang ramai bahawa kerajaanlah yang menyebabkan harga barangan naik. Adalah lebih cantik jika tindakan ini digerakkan oleh penyokong atau ahli politik parti pemerintah. Ini penting untuk menunjukkan bahawa penyokong kerajaan juga tidak suka barang naik.

Bukankah ahli UMNO sahaja berjumlah 3 juta orang? Di manakah mereka semua? Barisan kabinet juga tampak seperti tidak bekerja dalam pasukan. Pengenalan GST bukanlah tanggungjawab Kementerian Kewangan dan KPDNKK semata-mata. Ia adalah polisi yang memerlukan kesemua menteri menjawab, bersemuka dan menerangkan kepada orang ramai kerana GST tertakluk bagi kesemua sektor kementerian.

Setakat ini, GST seolah-olah dilihat seperti polisi Ahmad Maslan. Adakah ini strategi barisan kabinet? Atau menteri-menteri yang lain risau untuk menjadi lebih tidak popular? Sebenarnya ada pelbagai lagi cara bagi mendapatkan ‘buy-in’ daripada orang ramai. Kerajaan tidak semestinya melakukan kesemua perkara yang disebutkan di atas.

Saya percaya terdapat lebih ramai bijak pandai di luar sana yang boleh memberikan cadangan yang jauh lebih bernas. Tetapi melihatkan kempen ‘pacak billboard kartun GST’, lagu GST oleh kastam dan mantera ‘harga barang tidak naik’ oleh sesetengah menteri membuktikan kerajaan mempunyai masalah mendapatkan nasihat dan strategi yang tepat.

Bagaimana masih ada yang percaya bahawa kerajaan sekarang begitu licik dalam melakukan konspirasi liwat kepada idola mereka sedangkan polisi sebagus GST ini tidak mampu diatur dan dicatur dengan lancar?

18 comments:

  1. Hmmmm...speechless.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...takpe kak, kita hak bersuara walau hanya lima tahun sekali =)

      Delete
  2. akak pun taktau nak komen apa,sepatutnya cukai perkhidmatan dah tiada,tapi semalam member pergi pizza,cukai perkhidmatan masih ada,malah setiap makanan yg dijual juga dikenakan gst.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pening dah sebenarnya benda ni
      dah hujung bulan pun masih ada banyak isu berbangkit
      ni lah jadi kalau ianya dilakukan tanpa pertimbangan sewajarnya

      Delete
  3. betul tu sis YY.. mulanya terfikir kan, knapa selepas dimansuhkan SST harga tak turun.. dari dulu lagi, kenaikan harga barang adalah sebab peniaga yang terlalu 'pandai' mengira dan mengambil kesempatan.. baru2 ni i ada bincang dgn boss pasal ni, dia pun abaikan pasal harag turun ni sebab katanya supplier dah charge mahal, kita kena ikut.. habislah macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah QA, entah mana silapnya
      tapi obviously peniagalah penyebab dalam hal ni
      kerajaan pula seem tak mampu kawal peniaga
      contoh paling mudah isu top up lah! ish...geram sungguh rasanya!

      Delete
  4. Tulisan yg menarik oleh penulis tu.
    Dan saya setuju, sebenarnya kerajaan di kambing hitamkan oleh peniaga yang tamak dan rakus.
    Saya tidak lah pula mengatakan kerajaan betul 100%, tetapi apa yang mereka buat itu, secara polisinya, utk kepentingan negara.Tapi sikap rakyat yang malas membaca, dan terus suka "jump into conclusion" , menyebabkan peniaga yg licik itu terlepas. Saya suka komentar beliau tentang Ahmad Maslan itu. :)

    ReplyDelete
  5. Itulah kelemahannya. Kita nak tunggu dan lihat sahaja bagaimana perlaksanaan GST ni akan dilakukan. Kalau banyak kelemahannya yang berpunca dari peniaga, kerajaan haruslah tahu cara untuk mengatasinya. Sungguhpun kita boleh komplen, kita boleh tak mahu beli kalau takda hitam putih peniaga ada hak mengenakan GST pada barangan tertentu, sampai bila. Lama-lama kita sebagai pengguna pun jadi penat nak mengadu tapi takda tindakan susulan yang diambil.

    Sebenarnya kita pun memang dah lama 'hadam' SST tu kan tapi sebab dah lama sangat, sampai tak perasan dan tak kisah pun lagi!

    ReplyDelete
  6. GST sememangnya baik utk kemajuan negara dan diakui seluruh dunia. Cuma masalah kita ialah ia dilaksanakan pada waktu keadaan ekonomi rakyat sedang tak menentu dan keadaan kepimpinan politik tengah tak popular. Kebanyakkan rakyat bukan tak boleh faham tetapi tak nak faham sbb tak sukakan sikap pemerintah yg dianggap mcm bagus.. wallahualam. Sebahagian msykt ada yg anggap GST ni disebabkan putrajaya tengah sakit, kerajaan sudah kurang dana serta perlu menampung projek2 yg sedang sakit.. lagi memburukkan bila statemen Tun Mahathir menghentam kepimpinan PM dgn projek 1MDB... lagi sekali wallahualam.

    Cuma diharap perlaksanaan GST ni tidak membebankan dan telus utk kebaikan rakyat dan negara lah hendaknya. Nak tak nak, kita kena akur dan hadapi juga...

    ReplyDelete
  7. Bunda setuju denga DZ,

    Ramai diantara kita ini jenis rakyatt yang kurang membaca dan hanya ikut2an ajer orang lain buat... Sebaliknya kita perlu jadi rakyat yang bijak, jangan cepat melatah atau cepat emosi dalam satu2 isu...


    Lagi sekali bunda ulang kenyataan DZ, bunda tidak lah pula mengatakan kersjaan betul 100%...

    ReplyDelete
  8. sst dulu dikenakan pada jenis perniagaan tertentu sahaja . kesannya , ada yang buka company atas angin hanya semata2 nak masukkan keuntungan perniagaan mrk disitu utk elak bayar cukai lebih . company atas angin ni mmg susah kerajaan nak detect . ini diakui sendiri oleh seorg sahabat saya yg bapanya memiliki company berstatus holdings berhad . malah rakan niaganya juga melakukan perkara yg sama . begitu juga boss my anak buah yg buka company atas angin utk elak cukai . kerajaan tahu keadaan ini berlaku . tu sbb kerajaan tukarkan sst kpd gst krn gst menuntut semua jenis perniagaan perlu didaftarkan . jadinya , 'ikan2 besar' itu x dpt lari dr cukai lagi . mcm KK cakap , gst ni bagus utk pembangunan negara . Cumanya bila ramai rakyat yg dah pangkah gomen , pastu ada lak yang simbah minyak kat api , maka api pun makin marak lah ... saya lebih suka melihat kehadapan . setiap perubahan itu ada pro dan cons nya . kena berlapang dada lah ...

    ReplyDelete
  9. assalam yy
    betul tu
    stkat ni byk harga brg naik xda jupe yg turun
    sama sama jdi pengguna bijak..

    setuju dgn kata kata mummy D

    ReplyDelete
  10. Sekarang nie takut peniaga ambik kesempatan jer yana... Ramai dh yg dok kena.. Sesuka hati jer collect gst...padahal tak berdaftar... Harap pihak berwajib ambik tindakan sewajarnya la ttg perkara nie,,,

    ReplyDelete
  11. Pandangan peribadi sahaja... GST ini perlu kajian yg lebih mendalam dan masa sebelum ianya dilaksanakan. Mungkin dimulakan dengan beberapa barangan atau sektor tertentu sebagai perintis dan lihat kesan serta kepincangan utk penambahbaikan agar tidak berlaku ketidakpuasan hati dan keuntungan sebelah pihak. Lihat sahaja pasal isu topup sahaja sudah nampak kelemahan penguatkuasaan. Kerajaan tunduk tanpa mengikut kehendak rakyat.

    Teori memang bagus tapi adakah apabila dilaksakan ianya akan serupa? Inilah yg wajar diberi perhatian. Menteri pula hanya bercakap tanpa berfikir panjang dan bagaikan hanya nak lepaskan diri tetapi sebenarnya menjerat diri...

    Apa pun...kita rakyat marhain hanya mampu pot pet...tapi tiada siapa yg mendengar... Nak atau tidak, tetap kena hadapinya. Malaysia negara ku tercinta...

    ReplyDelete
  12. Okjelah salah sorang yg buta GST ni YY...dahlah buta malas pulak tu nak membaca....mmg masuk lubanglah jawabnya haha...
    Bila dah terlaksana barulah okje faham....mula tu rasa apalah sangat 6% GST dpd total bil. Rupanya jauh dpd sangkaan, mcm mcm agenda peniaga nak mengenakan kita, rakyat marhaen ni...
    Apa pun nak buat mcm mana, kita rakyat Malaysia....nak tak nak kenalah ikut...

    ReplyDelete
  13. Wah, hujahnya begitu jitu dan padu. Saya membaca seperti seorang pembaca berita. Buat masa sekarang, pendapat beliau boleh diterima akal dan logik. Akhirnya rasa macam dah terjawab apa itu GST sebenarnya.

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...