Harapan Seorang Lelaki Bernama Papa
Lelaki seperti yang kebanyakkan antara kita orang perempuan sedia maklum adalah agak misteri dalam pelbagai segi. Terutama dalam menyatakan rasa kasih sayang mahu pun harapan.Kadang nampak macam mereka tak peduli walau hakikat sebenarnya otak mereka sarat dengan pelbagai benda untuk kebahagian anak dan juga isteri.
Semua lelaki dalam dunia ni pada YY seolah-olah mempunyai misi hidup yang serupa iaitu action speaks louder than words. Tak terkecuali Papa Afif dan Aisyah (^_^)
Tak bercakap tapi apa yang dilakukan sudah cukup untuk menzahirkan perasan sebenar mereka terhadap orang yang mereka kasih dan sayang. Kena ada jiwa seni baru faham. Hehe!
Baru-baru ni ketika kami di dalam kereta tanpa arah tujuan, kedengaran muzik lagu yang agak familiar di pendengaran YY tapi kurang mengingati siapa penyanyinya.
MyChintaHati tiba-tiba bersuara, "Afif dengar lagu ni. Papa bagi lagu ni untuk Afif"
Amboi! Untungnya Afif! Mama ni tak pernah sekali pun Papa dok tujukan lagu. Tiba time anak, dapat pula! Ni yang bikin jealous ni!
Tapi the moment YY hayati lagu yang didendangkan, YY sedar bahawa MyChintaHati sedang menyampaikan harapan dia sebagai seorang insan bernama Papa dalam cara tersendiri.
Satu, kasih yang abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua, sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga, lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat, mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
Ibu, ku ingat dahulu
Menyisir rambuku, kemas selalu
Ayah, menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang
Itu bidalan, harus kau renungkan
Andai, kau beroleh bahagia
Ingat itu bukan untuk selamanya
Andai, kau dalam sengsara
Ingat itu bukan untuk selamanya
Hidup ini sementara
Habis lagu yang dipopularkan oleh Aris Ariwatan tu, YY tiba-tiba rasa sebak. Terlalu banyak perbezaan kami tapi harapan kami terhadap anak-anak adalah sama rupanya.
Bezanya YY sentiasa menzahirkan berbanding MyChintaHati yang memilih cara berbeza. Bagi anak-anak, cara ini mungkin agak sukar dimengerti terutama pada usia semuda Afif dan Aisyah.
Mungkin akan ada satu ketika atau berpandukan titipan ini, Afif dan Aisyah akan mengerti betapa tingginya harapan seorang lelaki yang mereka panggil Papa. Mungkin.
It wasn't an easy task untuk seorang perempuan bernama Mama menjelaskan sesuatu yang dipandang keruh oleh si anak lelaki tapi tidak si Papa. Wish me luck (^_^)
--------------------------------------
Cerita ni tak ada kena mengena dengan cerita di atas. Saja nak selitkan sikit kisah anak dara sejak YY kena bebel manja dengan MummyDearie sebab jarang bercerita mengenai Aisyah.
This one goes out to you, Kak Ton! (^_^)
Time ni kitorang sebenarnya nak keluar. Tapi tak ingat ke mana. Masa tu terasa comel pula dok tengok Afif dan Aisyah dok galas beg memasing. Beria YY suruh mereka posing.
Afif memang hantu kamera, jarang dia kata tak nak bergambar. Mesti akan ada aksi yang dia akan buat. Berbeza dengan Aisyah. Siap marah bila YY suruh dia posing.
Tengoklah kening tu, dah macam Degawan!
Wei! Mana kau nak pergi tu? Nantilah! Mama belum habis nak snap gambar ni! Aisyah! Come back!
Tak apalah kalau kau tak nak bergambar. Mama nak tayang gambar Mama posing manja dengan Papa biar Kak Ton muntah merah, hijau, coklat, semua color keluar! Hehe!
Sayang, pandang kamera Sayang! Say cheese! (^_^)
inshaallah
ReplyDelete=)
DeleteLagu aris ariwatan tu kalau kitaa hayati memang sebak. Encik hubby pun suka sangat dengar lagu tu. Mungkin ada makna bagi seorang ayah seperti mereka.
ReplyDeletememang begitulah seorang papa/ ayah/ abah / bapak.. tidak menzahirkan sayang mereka secara terang-terangan,,
ReplyDeleteSebagai ayah yg sayangkan keluarga adakala perasaan tu mmg selalu tak dapat nak di tunjuk. Maklumlah lelaki kan macho hehee.. Tapi jauh di sudut hati klu buat apa2 mesti seluruh keluarga dah ada dlm perkiraan dan wawasan. Semoga Hubby YY dan seluruh keluarga sentiasa diberkati kehidupan, ceria dan sukses selalu... aamiin.. :)
ReplyDeleteLelaki,majoriti nya tak pandai nak tunjuk rasa kasih sayang, especially pada anak anak,tapi mereka amat amat sayangkan anak...percayalah.:)
ReplyDeletesikap spesies lelaki ni memang macam tu kak yana.. itu yg sweet kununnya tuu..
ReplyDeletelelaki lebih banyaj menyatakan perasaan melalui tindakkan manakala perempuan pula dengan perkataan. Sebab tu di ciptakan lelaki & perempuan berpasangan. Melengkapi.. Insya Allah anak dapat merasa & mendengar kasih sayang tu. amboi kak diana kempen tayang asben ker? hahahaha... ni nak kena buat photoshoot pengantin basi balik ni nak tayang hahahaha
ReplyDeleteAduhai...rasa macam nak pitam tetiba. Kalau muntah ni, memang habis keluar semua makanan dari minggu lepas. Gambar mesra tu boleh tahan lagi walaupun memualkan tapi bab statement sayang tu, alolololo...rasa nak hai...entah ler.... *_*
ReplyDeleteAmboi, Diana tu sanggup dia nak mengecilkan hati Kak Ton/Kak Diba ni dengan bergambar manja dengan suami tercinta lepas tu tunjuk dalam blog. Yalah tunjuklah...Kak Ton kan dah tunjuk gambar comel Kak Ton dalam blog hari ni ~_^ Jealouslah tu tak secomel Kak Ton!
Ahah, macam ni lah baru best baca. Entri yang atas tu macam serius tapi okeylah I feel you~gamaknya anak-anak kita pun senasib dapat Daddy yang kurang tunjuk kasih sayang tapi still nak bertekak katanya beliau lagi sayangkan anak-anak berbanding Mommynya ni...
Aisyah oh Aisyah! Memang comel betul menantu Mommy ni. Nak aiskrim tak? Mehlah datang rumah Mommy belanja makan. Makpak tak mau bawa jadi bodyguard tau, habis duit Mommy nanti belanja dia orang :)
Si bakal menantu besan kita (aka awaklah tu, awat berkerut dahi berfikir!) pun suka bawa beg sangkut belakang macam ni. Penuh dengan kereta mewah lagi. Dari bangun pagi sampai tidur pun terlentang dengan beg galas kadang-kadang. Jenuh betul!
wah..romantiknya
ReplyDeleteMmg sstgh lelaki sukar dimenegertikan... Tak semua bnda diorg luahkan .
ReplyDeletegeram tgk aisyah ni.. senyum dah mcam sis.. anak mama katakan..
ReplyDeletegambar last, ok sweet sangat..hehe...
comel jugak sis pakai shawl.. hehe
Ada lelaki yang jenis mcm YY katakan ni.. tapi ada gak jenis yang lagi sayangkan anak daripada isteri..
ReplyDeletesesetengah lelaki memang macam tu agaknya,sukar dibaca apa sebenarnya dalam hati
ReplyDeleteHihihi bukan main lagi muka Aisyah marah. Tetap comel. Abang best,...maintain bergaya :)
ReplyDelete