Riadah Di Taman Tasik Shah Alam

7:02:00 am Yana Yani 18 Comments

Cerita ni sebenarnya dah agak lama, tapi YY nak juga bercerita disebabkan hanya sekarang berpeluang untuk bercerita. Tak apalah dak, janji cerita (^_^)

Taman Tasik Shah Alam terletak di Seksyen 14, Shah Alam dan merupakan taman rekreasi yang popular. Ia berhampiran dengan Kompleks PKNS dan Taman Tema Air Wet World.

Taman rekreasi ini mempunyai keluasan 43 hektar dengan pelbagai landskap dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain. Pendek kata sesuai sangat buat aktiviti kekeluargaan di sini.

YY dan keluarga memang kerap melakukan aktiviti riadah di sini. Even dalam blog ni entah berapa kali YY dah bercerita. Tinggal rajin dengan tak aje nak selongkar entry lama (^_^)

Walaupun dah kerap ke sini, masih ada juga bahagian di taman rekreasi ini yang belum pernah kami terjah. Kalau dah biasa dekat situ, dekat situ ajelah. Tak pernah tukar tempat.

Cuma hari tu MyChintaHati bawa ke bahagian yang berbeza dari kebiasaannya.


Afif pada mulanya tak suka ke bahagian ini sebab dia kata permainan tak banyak. Tapi lepas dia dah mula rasa selesa dengan environment baru tu, dia adalah orang yang paling seronok.

Nak snap gambar dia pun susah sebab dia terlalu seronok bermain.


Selalu kalau ke sini YY hanya duduk memerhati Afif dan Aisyah bermain. Lepas tu balik bila mereka dah puas bermain. Tapi kali ni buat pertama kalinya kami mengelilingi tasik.

Baru melangkah beberapa tapak, dah terasa semput.

Terasa macam jauh sangat dah berjalan. Sekali bila toleh ke belakang, baru beberapa langkah rupanya. Adeh! Jenuh nak habiskan pusing ni!


Seriously banyak sangat YY berhenti duduk hari tu. Tak larat nak berjalan. Termengah-mengah dibuatnya. Mungkin juga disebabkan penyakit yang YY hidapi.

Tapi tiap kali berhenti, tiap kali tu lah posing. Hehe!


Selalu dok letak gambar anak-anak aje. Kali ni sumbat banyak sikit gambar empunya blog. Manalah tahui kot ada yang terperasan lepas ni, silalah tegur.

Minta autograph sekali ye. Hehe!


Bila tengok balik gambar, terasa kelakar pun ye juga. Barulah perasan yang YY ni suka sengih sikit punya lebar. Sekali pandang dah macam iklan ubat gigi! Hehe!

Disebabkan kerap sangat berhenti. Afif dan Aisyah jadi bosan. Diorang main berlari aje tinggalkan YY yang kepenatan di belakang. Afif kata kalau banyak sangat berhenti, besok pun tak sampai!

Dah pandai buat sarcasm statement dah budak seorang ni rupanya (^_^)


Mujurlah MyChintaHati faham walau dia tak kata apa-apa. Tapi tak tahulah kot dia pun penat, tak cakap aje. Cover macho depan bini dan anak-anak! Hehe!

Terlanjur dah dok lepak ni kanmeh kita posing gedik lagi Sayang. Kita kasi bakar itu Kak Ton a.k.a MummyDearie punya perasaan.

Wahaha! Gelak jahat sikit!


So begitulah cerita kami beriadah di Taman Tasik Shah Alam. Bukan selalu mempunyai peluang dan ruang untuk beriadah bersama keluarga macam ni (^_^)

Malam tu yang pastinya, semua tidur tak ingat dunia sebab kepenatan tahap ketinggian Gunung Everest. Penat sungguh! Tapi yang pasti ia tetap aktiviti yang menyeronokkan.

Will definitely do it again and again!

P/S - YY belum berpeluang membuat kunjungan balas pada ketika ini. Insya ALLAH nanti sampailah YY. Jangan serik ke sini lagi ye (^_^)
 

18 comments:

  1. Bestnya... Lama tak merasa riadah cmni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun baru ni buat cikgu setelah sekian lama..hehe

      Delete
  2. sesekali beriadah macam ni memang seronok..dapat keluarkan peluh dan anak-anak pon seronok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu. penatnya, masya ALLAH
      hehe...tapi berbaloi! =)

      Delete
  3. Dah rapat dah tu, dah rapat. Lepas ni ambil gambar peluk dari belakang pulak. Pastu ambil gambar hembus angin kat tangan rapat ke telinga 'Sayanggggggg' sangat tulah ya ~_^ Jangan lepas ni kena kecam macam Johan dan isterinya. Hahaha.....

    Ni sebenarnya kes dengki nak suruh si comel MD ni keluar blog berpelukan dengan beloved-musyuk-musyuk-manja-ala-ala darling HD ke apa ni? Lain macam tamparannya terasa tau. Hahaha...

    Saya tak kisah sebenarnya bab gambar tu yang buat hati saya 'bergelora' ni bila tengok kecomelan si Aisyah. Awatlah budak ni comel sangat....Hai, Aisyah oooi... Mommy ni memang pandailah menilai bakal-bakal menantu nih...Oppsss!

    Eh, entri ni cerita pasal apa ek? Taman Tasik Shah Alamkan?

    Awat komen saya macam terkeluar tajuk je nih....Ni kes panas hatilah apalagikan ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...komen di atas adalah amat jelas ada unsur-unsur kejealousan tahap melampau!
      relaxlah kak ton, saya tak fofular pun ada orang nak kecam..hehe
      adeh...kelakau betul baca komen MD arini
      terasa nak gelak guling-guling walau dah banyak kali baca...hehe

      of courselah dia comel! kan ada baka Mama dia. tu pasal comel tu
      hehe...puji anak sendiri. kasi bako lagi orang tu =)

      Delete
  4. seronoknya dapat spend time dengan suami dan anak-anak kan sis? dulu masa anak kecil selalu juga bawa beriadah. tapi bila dah remaja ni kurang minat dah nak ikut abah dan ibu keluar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok sangat kak! bukan selalu pun kan
      walaupun serumah, kadang tu memasing ada hal memasing
      time camni aje boleh luangkan sikit masa

      eh betullah kak, budak kalau dah meningkat remaja
      kuar dengan mak bapak bukan satu keseronokkan lagi...
      selalu dengar org cite

      Delete
  5. Baru jer gi sini 2 minggu lepas ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? saya kerap juga ke sini
      nampak tegurlah ye...hehe

      Delete
  6. Lama tak exercise pun blh semput jgk kan.. tapi sis masalah kesihatan sama kan.. berjaya pusing 1 tasik kira ok lah tu.. aktiviti sihat.. duit pn tak habis sangat kan.. :)

    ReplyDelete
  7. Jahat gelak sikit kat suaminya...bergurau je.

    ReplyDelete
  8. sesekali best dapat beriadah macam ni..

    ReplyDelete
  9. Haha.. ini ke gamba yang dimaksudkan dlm entry MD? Ha bagusnya manja2 korang.. MD jeles la tu.. haha..

    Bila ada gambar manja3 ni kurang lak fokus yang lain. Bawa anak main kat shah alam ya kisahnya? Hah..

    ReplyDelete
  10. Fuhh lama rasanya saya tak menjejakkan kaki ke sini.. asyik lalu je skrng. Dulu tempat ni salah satu tempat bercinta hew heww.. maklumlah wife dulu student itm.. sinilah tmpat berjogging berjiwang hahaa.. :) :)

    ReplyDelete
  11. Mau tak terbakor.. Mesra tuwww.. Hak3.. Dah halal dah pon kak Yana kan, layanzzz kan aje Kak Ton tu.

    ReplyDelete
  12. dekat opis akak je tu..akak pun dah lama tak bawa anak2 ke sana, memang semput pun kalau pusing satu tasik tu,luas kot..hahaha akak pun sama semputnya..bujang2 dulu rajin joging kat situ dah beranak pinak ni memang takde dah

    ReplyDelete
  13. Bestnya! Dah lama akak tak berpeluang buat aktiviti riadah sebegini :)

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...