Bila Selangor Bercuti (^_^)

12:04:00 am Yana Yani 14 Comments

Aku sebenarnya ada banyak benda nak cerita dalam blog ni. Tapi kita buat berperingkat ye. Korang tahu ajelah aku ni kalau dapat bercerita tak main cerita sikit-sikit. Mesti panjang berjela. Hehe!

Anyway, kita mulakan dengan cerita yang paling latest dulu iaitu time penduduk di negeri Selangor bercuti sempena hari Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuffin  Idris Shah Al-Haj. 

Pagi kami dimulakan dengan aktiviti riadah di Taman Tasik Shah Alam. Tapi banyak tempat tak boleh pergi sebab padang becek. Maklumlah sekarang ni musim hujan.

Pun begitu ianya tidak merubah langsung kecerian Afif, Aisy dan Anis. Seperti biasa ke mana sahaja kami pergi, Anis pasti akan "diheret" sama tapi itupun selepas mendapat apparoval Abah. 


Sempat juga aku posing dengan Anis. Terasa macam diri ni muda belia walau hakikatnya tak berapa nak muda pun! Hehe! Sedar diri sikitlah Yana oi!

Tapi cer korang tengok gambar dekat bawah ni, memang nampak sebaya kan, kan, kan?  (^_^)



Sebenarnya kami tak lama dekat sini sebab banyak tempat tak boleh pergi. Sana becek, sini becek rasa tak selesa. Tapi sebab utamanya adalah matahari dah terpacak! Panas terik!

Tapi sempat lagi berposing! Hehe!


Dalam hati dah pasang niat nak pergi pekena ABC Special Frado yang popular dekat Seksyen 2 ni. Kalau tak silap kedai ni pernah masuk JJCM.

Malangnya aku tertinggal kamera dalam kereta, kalau idak confirm aku dah tunjuk gambar ABC yang popular tu dekat korang. Hehe! Poyo sungguh aku ni.

Time tengah dok sedap pekena ABC, terserempak dengan Mak, Abah, Angah dan Dayah. Diorang sebenarnya on the way nak ke hospital bawa Dayah yang tak berhenti rasa sakit.

Tapi singgah makan dulu sebab mak buyung time tu teringin pekena CoolBlog! Layankanlah, kang time pantang tak dapat dah! Hehe

Kitorang sebenarnya memang amat berharap Khaira lahir 11.12.13, tapi dia nak keluar hari lain pula!

Petang pula kami ke Pantai Remis untuk ke sekian kalinya. Agak kerap juga kami ke sini kebelakangan ni. Sebab utama adalah Encik suami nak urat kaki.

Kalau tak, usah mimpilah! Ajaklah macam mana pun, dia jawab malas!

Tiap kali kami ke sini, mesti Afif dok minta macam-macam. Biasanya aku buat tak tahu aje tapi kali ni tertewas babe

Afif berjaya mengepau aku! Nasib baik Aisy kecil lagi, idak mesti dia pun sama. Benda yang Afif mintak tu boleh tahan juga mahalnya. RM10 satu! 


Konon nak bagi adil dan saksama, aku belilah dua! Tapi Aisy tak pandai main. Afif yang seronok lebih sebab bukan sahaja dapat satu, tapi dua! Seronok kau ye!



Apapun tiada yang lebih bermakna bagi aku seorang Mama bila dok tengok anak-anak seronok. Itulah yang membahagiakan aku. Hilang segala masalah! Hehe!


We had a really great time hari tu. Apa yang pasti keseronokan bila habiskan masa cuti dengan keluarga memang priceless (^_^)

14 comments:

  1. Tiada yang lebih bahagia. Tengok gambar Yana sekeluarga pun kita rasa bahagia sama...

    ABC Seksyen 2 tu memang popular. Anak belajar kat area situ dulu pun selalu citer. Sampai dia dah habis belajar, Kak Azie tak sempat nak pegi rasa. Uishhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak azie
      ABC tu memang sedap plus glamor...hehe
      cer lah rasa sekali sekala =)

      Delete
  2. lama tak g lepak sini... kalau g sini..mia main buai xnak balik..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya agak kerap juga...
      bebudak suka main kat taman permainan tu
      samalah...kalau dapat main memang tak mahu balik
      nasib baik time tu becek...hehe

      Delete
  3. tak pernah sampai lagi...wah,seronoknyer..kathy tak ke mana2 sis..cuti ni stay rumah jer..asyik hujan je,nak pergi mandi manda pun tak dapat :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ada juga berjalan-jalan walau hujan
      antara benda yang wajib dilakukan bila cuti...hehe
      apapun kami memang seronok hari tu =)

      Delete
  4. muda lagi mamanya.. nampak sebaya dengan anak.. betul tu, tiada yang membahagiakan selain dari melihat anak-anak gembira..

    ReplyDelete
    Replies
    1. muda tak mudalah, dah masuk 3 dekad dah hidup ni. hehe!
      anis tu bukan anak saya, tapi adik saya
      tapi kalau orang tanya anak ke adik, saya jawab anak...hehe

      kan, anak happy kita pun happy =)

      Delete
  5. hai yana..cantik view kat tasek ni..sambil dok melepak hirup udara segar sekali kan..bawak anak2 beriadah dapat mengeratkan lagi kasih sayang satu family kann!..
    pulak tu pekena dengan ABC prgh mau tak bestnya hehe..;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai kak roha! tasik buatan manusia tu
      memang agak kerap ke sini
      tu lah sekali sekala suh diorang berlari berkejaran
      bagi kuar segala peluh, sihat sikit dak? hehe

      part ABC tu paling marvelous
      akak tahu sikit punya berzaman buat permintaan
      baru itu dapat! =)

      Delete
  6. eh..anak 3 nak masuk 4 pulak..jap , pcl kompius dan kelam mata nih Yana..sila bg pencerahan sket haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...apalah PCL ni
      saya baru dua orang aje anak okay
      yang besar sikit selalu bawa ke hulu ke hilir tu, adik saya!
      anak saya kecil lagi, tapi cam nak tambah lagi ni =)

      Delete
  7. waaah, kemain seronok dapat bercuti ye..
    kak, akak dari tanjung karang ker?.. kalau gitu, sama lah dengan mama, mama pun dari sana.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok, memang seronok! hehe
      idaklah! saya asal klang. tapi tanjung karang tu
      kampong saya =)

      ooo, asal tanjong karang rupanya
      jauh mama merantau ye

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...