Minggu Yang Sibuk! (^_^)

12:27:00 pm Yana Yani 8 Comments

Rasa macam dah berzaman tak membebel dekat sini. Biasa tiap-tiap malam mengadap laptop walaupun giliran aku mengadap menatang ni agak malam sikit.

Laptop aku walaupun dah dihantar ke hospital, aku tak tahu khabar berita dia. Entah sakit dia boleh pulih atau dia tak dapat diselamatkan langsung. Biarlah dia berehat dekat hospital. Hehe!

Minggu ni busy aku tahap melampau! Mana taknya, ada manager baru masuk office. Biasanya bila orang baru, semangat dia pun baru. Target dia adalah ke arah ISO pula tu!

Apa menatang ISO tu pun aku tak tahu. Biasa dengar, tapi tak pernah nak ambil tahu. Apa yang pasti, semangat dia tinggi walau orangnya tak tinggi mana pun! Hehe!

Aku pula, barulah betul-betul namanya berkerja! Sedar tak sedar dah pukul 6 petang. Selama ni entah apa aje aku buat. Rasa macam lambat benor masa berlalu.

Well, kita tunggu dan lihat ajelah! Manalah tahu kot dia memang betul-betul boleh buat perubahan pada company yang dah setengah dekad aku berkhidmat ni.


One thing for sure, aku bukan kaki kipas! Hehe!

-----------------------------------------------

Balik rumah pula aku sibuk dengan rutin sebagai seorang isteri dan Mama. Nak pula musim hujan ni, kain baju lambat kering. Bila dah kering, dia punya longgokan tu sikit punya tinggi. Kalah Everest!

Minggu ni memang minggu melipat kain baju aje

Tak suka buat benda ni, tapi terpaksa juga buat! Bilalah kau nak besar Aisy oi, Mama nak turunkan ilmu melipat kain baju pada kau pula ni!

Tapi untung jugalah Encik suami sudi nak menolong basuh kain baju siap dengan pakej sidai dan angkat kain baju diampaian lagi! Padahal aku tak pernah suruh pun. Dia dengan rela hati membantu.

Apapun aku akui kalau aku balik penat dari kerja, tengok kain baju dah siap bersidai memang senyum sampai ke telinga. Tapi senyuman tu hilang bila part nak melipat kain. Malas okay!

Alahai Yana, semua benda kau malas. Apa yang kau rajin? Hehe!
 
-----------------------------------------------

Kalau dulu Afif tak sabar nak tunggu cuti sekolah, sekarang ni pula dia asyik tanya bila nak sekolah. Dia kata dia bosan dekat rumah pastu rindu nak main dengan kawan-kawan.

Dulu time nak kejutkan dia pergi sekolah, sikit punya susah. Penat nak kejutkan dia pula. Kali ni terbalik. Sekali panggil aje dah bangun! Terus masuk bila air pula tu! Ini sudah bagus!

Aisy pula yang susah nak bangun tidur. Aku gegarlah katil macam mana pun, dia tak akan bangun! Angkat dia bawa terus masuk bila air, baru dengar suara dia. Tu pun dia cakap, "Juk!" (sejuk)



Minggu ni aku lambat masuk kerja sebab Aisy lah! Eleh Yana, bukan kau memang selalu masuk lambat ke? Hehe! Lupa pula!

Sebenarnya semua yang ni atas adalah alasan kenapa aku dah lama tak update blog aje! Hehe! Boleh aje kalau setakat nak post satu atau dua entry tu.

Tapi kalau dah tahap kemalasan tinggi melangit, memang tak boleh kata apalah. Blog walking pun dah lama tak buat ni. Sorry ye kengkawan. Penyakit malas tengah menyerang ni! Hehe!

Sebelum mengakhiri bebelan aku pada hari ni, meh layan omputih seorang ni nanyi lagu rock. Jiwang mamat omputih. Siap feeling habis tu!

Apapun aku suka! Dah handsome cam Paul Walker! Hehe!

Klik sini kalau nak tengok ye (^_^)

8 comments:

  1. hehehehehhe..kathy pun paling malas nak melipat kain sis..nasib baik anak2 dah besar boleh tolong melipat..hehehhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah untung ada anak besar-besar
      sikit sebanyak, diorang menolong juga kan
      hehe =)

      Delete
  2. rutin seorang ibu,jika bg pd seorang suami, mungkin ada yg belum tentu boleh buat..terima kasih buat .. ibu..isteri sedunia

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah...touchingnya dengar statement ni
      terima kasih kembali but insan bernama lelaki
      atas semangat yang diberikanlah kami wanita
      mampu mengharunginya =)

      Delete
  3. rutin seorg mama , wpun sibuk tapi membahagiakan bila buat utk org tersayang ... saya sgt malas nak lipat baju ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kan...tanggungjawab tai seronok sebenarnya
      give me five!
      saya pun cukup malas lipat kain baju

      Delete
  4. musim2 ujan cmni kitorg sidai dlm umh jer..bergantungan pakaian dh mcm kedai bundle dh umh tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe....saya pun kadang-kadang buat cam gitu
      tapi encik suami tak suka
      wahaha...cam kedai jual baju kata dia =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...