Nilai RM10 Pada Zaman Ini (^_^)

12:23:00 pm Yana Yani 10 Comments

Untuk seketika kita lari dulu dari cerita percutian aku dan family di Pulau Pinang. Aku nak cerita atau bincangkan satu isu yang mungkin agak serius pada zaman sekarang ni.

Kebelakangan ni isu kenaikan harga barang keperluan merupakan satu isu hangat. Isu ni dibangkitkan dalam perbualan harian sama ada kita sedari ataupun tidak.

Minggu ni Encik suami kerja shift pagi. Sebelum pergi kerja Encik suami pasti akan tinggalkan duit untuk kegunaan aku seharian di rumah.

Aku pandang sepi RM10 yang diselitkan bawah handphone aku. "Tak cukup ni" ngomel aku sendirian. Apapun aku percaya, mungkin hanya ni yang mampu ditinggalkan Encik suami.

Image daripada Bank Negara Malaysia
Biasa kalau Encik suami tak ada pada waktu pagi, aku pasti akan beli sarapan di luar. Aku tak begitu rajin nak buat sarapan bila Encik suami tak ada. Bagi aku, kos beli diluar lebih murah.

Harga sebungkus nasi lemak bersama dengan telur mata kerbau di tempat aku ni, RM2. Kalau beli dua bungkus, dah RM4. Masih ada balance RM6.

Mujur Afif tak minta ayam goreng, kalau tidak dah kena RM5 sebungkus.

Pergi kedai runcit pula cari ikan untuk dibuat lauk tengahari. Beli dua tiga ekor ikan kerisi dengan surat khabar dah RM5.40. Balance RM0.60.

Kira murah berbanding kalau beli ikan sardine dalam tin yang bersaiz besar. Makan sardine dalam tin pun sekarang ni dah dikategorikan makanan mewah sebab harga tin besar dah RM6 ke atas.

Itulah nilai RM10 pada zaman ni untuk orang seperti aku. Even kalau aku bekerja pun, nilai tu tak akan cukup menampung perbelanjaan seharian aku di tempat kerja.

Itulah dia cabaran yang terpaksa dihadapi oleh kita semua pada masa sekarang. Nilai duit terlalu tinggi! Dulu zaman aku sekolah menengah, nasi lemak baru RM0.50 sepinggan.

Kuih seketul RM0.20, besar! Makan seketul pun kenyang. Mak dulu bagi aku duit belanja antara RM1 ke RM2. Bergantung sama ada aku bawa bekal atau tidak ke sekolah.

Zaman tu belum sampai 2 dekad pun aku tinggalkan. Bebudak sekarang kena bawa sekurang-kurangnya RM10 untuk belanja sekolah pagi dan petang. Untunglah!

Tapi bila fikir balik, duit tu diorang tak boleh beli benda banyak pun. Harga makanan di kantin atau koperasi sekolah, lebih kurang sama macam harga di luar.

Mak kata zaman dia dulu, beli seketul kuih RM0.05 aje. Zaman sekarang, nilai yang sama nak beli gula-gula sebiji pun tak lepas. Cepat betul perubahan pada nilai ringgit.


Malangnya pendapat seisi rumah kami tetap takat tu aje. Bukan tak bersyukur, tapi terasa ralat!  

Anyway, ni hanya pendapat aku. Seorang rakyat yang pendapatnya hanya dinilai atau didengari setiap 5 tahun sekali. (^_^)

10 comments:

  1. begitulah realiti yang terpaksa kita hadapai sekarang ni.. duit rm10 tu tersangat kecil untuk membeli pelbagai keperluan.. bukanlah kita mengeluh atau kufur, tetapi berharap agar pihak yang berkenaan berfikir mengenai kesusahan yang terpaksa kita tanggung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan aiza, rendah sangat nilai RM10 pada dunia
      serba duit sekarang ni

      tulah pasalnya, mungkin diorang tak nampak
      atau pura-pura tak nampak

      Delete
  2. Betul tu ,jgn kata rm10..rm50 pun alahaii

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak, saya kalau RM50 tu boleh habis
      dalam masa tak samapi 1 hari

      Delete
  3. itulah dia harus kehidupan tang sekarang yana.. rm10 tu memang ciput je nilai dia rege sekeping top up je kan..dulu nilai rm 10 tu bole berhari..sekarang sekelip mata je huhu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak roha, nilai ringgit ni even
      kalau dibandingkan dengan 10 tahun dulu pun
      terlalu tinggi!

      Delete
  4. betul la tu sis..terlalu rendah nilai rm10 sekarang..kathy pun akui. encik hubby pun terpaksa naikkan harga sate sebab harga gula dan barang mentah dah melambung tinggi.kalau nak jaga hatipelanggan,kami pulak kebulur tak makan..huhuhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak, semua benda naik harga sekarang
      tak ada yang tak naik
      asal satu aje barang naik harga
      ianya akan effect hampir semua harga barang

      entah apa yang difikirkan oleh mereka yang berkenan
      bila naikkan harga sesuatu barangan

      kami sebagai rakyat amat terjejas!

      Delete
  5. Setuju dengan entry yana..sy yg suami istri bekerja pun trase dengan nilai wang yg tgi skrg nih...wlupun gji kitorg digabung still ckup2 mkn..xboleh nk kona sana kona sini..sbb tuh jrg bwk ank2 jln sbb memandangkan skang semua kos tgi..cthnye mcm yuran taska ank2..sblm nih utk 2 org rm460..yuran taska baru dah naik rm600 utk dua org..tuh bru yuran taska..blum lg kire mintak kereta..dlu rm60 pnuh tank tahan lima hari bekerja ulang alik..sekarang rm60 tank tak penuh dan tahan 4 ari sje..nsibla kan..skang semuanye nak naik tp gji msih ditakuk lme..bkn x bsyukur tp kne jugak fikir dr sudut tanggungan keluarga dan blanje lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita. saya dengan suami pun bekerja
      tapi tak cukup juga. sebab apa?
      sebab semua benda penting naik harga
      memang totally effect hampir kesemua orang macam kita

      kalau orang berduit mungkin tak terasa
      tapi kita, amat terjejas!

      yuran sekolah anak saya naik juga
      1 aje benda naik, hampir semua naik!

      merungut ke kita? taklah
      rasa tertindas aje

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...