Part I: Kami di Pulau Pinang! (^_^)

11:15:00 pm Yana Yani 16 Comments

Attention: Seperti biasa entry aku panjang berjela. Itupun aku dah separate ikut part I, II dan III. Panjang juga! Nak buat camne, hobi suka membebel panjang! 

Selamat Membaca! (^_^)

--------------------------------------

Sebenarnya perjalanan nak ke Pulau Pinang ni dah dikhabarkan pada aku sejak awal bulan Disember lagi. Tapi tiada keputusan rasmi dibuat oleh big boss a.k.a Encik suami

Aku main apply aje cuti. Kalau jadi, pergilah. Tak jadi duduk aje dekat rumah. Hehe! Sampai dah last minute aku masih tak dapat hidu lagi kesahihan status percutian kami.

Tapi semua orang aku dah beritahu ni! Bila orang tanya aje, dengan yakin aku jawab nak pergi Pulau Pinang. Kira malu besar jugalah kalau tak jadi. Hehe!

Malam Sabtu baru Encik suami cakap, " Esok kita pergi Penang tau" Aku rasa macam nak melompat bila dapat perkhabaran tu. Kira macam hadiah ulang tahun perkahwinan kami ni!

Lagipun dalam tempoh 3 dekad aku menghirup udara di atas muka bumi ALLAH ni, baru ni lah pertama kali aku menjejakkan kaki ke Pulau Pinang! Seronok tak terkata!

Malam tu kelam kabut aku sediakan segala kelengkapan. Paling penting booking Syafie sebab dia kena jadi tour guide kami. Lagipun dia sepatutnya balik ke Klang pada hari yang sama.

"Uish, Syafie dah beli tiket. Kata tak jadi! Arghh, tak kira, tak kira! Korang kena beli tiket Syafie!" Bengang gila dia bila tahu kitorang jadi pergi. Hehe! Sorry Syafie!

Perjalanan kami dimulakan seawal 10 pagi. Lalu highway, so jalan lurus aje. Tapi jem dibeberapa tempat. Ramai juga umat manusia bercuti seperti kami. Lebih kurang pukul 6 petang baru sampai.

Terasa jauh betul perjalanan! Letih tak terkata! Walaupun aku jadi co-pilot aje, letih juga okay dok pangku Aisy sepanjang perjalanan. Tapi nama pun bercuti kan, redha ajelah! Hehe!

Sepanjang kami di sini, kami menumpang di rumah sewa Syafie. Kalau tak silap nama pangsapuri dia, Casa Prima yang terletak di Permatang Pauh ke Bukit Mertajam. Tak berapa nak pasti bab tu.

Apa yang pasti ianya tak berapa jauh dari UiTM tempat Syafie menuntut ilmu dalam bidang engineering. Seronok duduk sini, angin dia buat terasa mengantuk aje! Hehe!

Lepas Isyak kami keluar ronda-ronda di sekitar kawasan tempat tinggal Syafie. Minta maaf katalah, jalan dekat sini teruk betul! Ingat kawasan kampung, rupanya bandar. Pelik.

Kami singgah di bazar yang terletak di Jalan Perda Utama, kalau tak silaplah! Hehe! Dekat sini kami cuci mata aje! Apa yang pasti semua peniaga di sini adalah bumiputera!


Lepas tu kami singgah makan Char Koay Teow di Permatang Pauh yang akan aku ceritakan di lain entry.

Esoknya kami bercadang nak pergi banyak tempat. Semangat keluar rumah pagi-pagi! Apa yang pasti aku teramat kagum dengan kepanjangan Jambatan Pulau Pinang. Terfikir, macam mana diorang buat huh?

Nak jadikan cerita kami sesat! Terpusing-pusing dekat bandar Georgetown. Pi mai pi mai, tang tu juga! Macam kota sesat! Tak jumpa jalan keluar. Tanya dekat orang baru jumpa.

Aisy sampai dah kebosanan dalam kereta. Aku yang pening melayan kelincahan dia.


Bayangkan pukul 1 petang baru sampai ke Bukit Bendera. Tak kesampaian hasrat nak ke Batu Feringgi dan juga Muzium Patung yang merupakan antara tempat wajib pergi di Pulau Pinang.

Apapun, banyak juga kami berposing dekat sini. Hehe!


Gambar dekat atas ni semua sebelum naik ke atas. Umat manusia sikit punya ramai. Berbaris sikit punya panjang time nak naik ni. Rasa ngeri bila keretapi (keretapi ke benda tu?) bergerak laju.

Takut menjunam sebab benda tu naik menegak. Ee, teringat pun rasa ngeri!


Time ni Afif dah sibuk tanya mana dinosaur sebab dia dok nampak banyak poster tunjuk gambar dinosaur sejak dari kami dekat bawah lagi.

Aku mula-mula tu malas nak layankan sebab teringat dia buat perangai time dekat Pusat Sains Negara. Boleh dia menjerit takut tengok dinosaur bergerak. Padahal dia yang beria nak tengok.

Part yang ni aku cerita kemudian ye. Meh layan view sekitar Bukit Bendera. Tapi aku ada satu gambar ni aje. Lain semua gambar kitorang berposing. Hehe!


Okay, aku rasa cukup sudah aku membebel. Kita sambung besok ye, Insya Allah kalau kerajinan tinggi dan yang pasti laptop ni tak ada orang lain conquer. Hehe!

Chow (^_^)

16 comments:

  1. wah best jalan2 ye sis..patut pun senyap jer beberapa hari ni...kathy baru sekali g penang..tu pun dah lama 2008 kalau tak silap..tak sabar tunggu sambungannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...best memang best walau tahap kepenatan tu
      dah macam dok rentas desa! hehe
      saya baru ni lah pergi

      tunggu sambungan dia ye =)

      Delete
  2. Seronok g penang,da 2 kali ke sana mmg x puas brjln.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak habis jelajah pun lagi
      cam nak kena pergi lagi je ni
      hehe =)

      Delete
  3. Belum pernah menjejak kaki di pulau Pulau Pinang. Hanya melihat gambar dan mengikuti pengalaman orang lain. Bukit bendera destinasi wajib...kalau xnaik xlengkap lawatan ke Penang ni. Apa lagi yg menarik ada kat atas tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul! bukit bendera tempat paling wajib pergi
      kalau ke pulau pinang
      tunggu next entry ye, saya cerita =)

      Delete
  4. saya pon tak penah pi penang,macam je kan!! tengok pict yana tu..ermm bila lah dapat pi sana yekkk? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah adalah rezekinya tu nanti
      ni kalau suami tak ajak
      memang confirm tak pergi juga ni =)

      Delete
  5. dua thn lps gi penang tk dpt naik ke bukit bendera sbb tren dia masih dlm renovation... seronok nye tgk korang dpt naik atas puncak tuh !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke...alahai ruginya
      tapi saya tak dan jalan habis pun
      letih tahap gaban...hehe =)

      Delete
  6. uish, rasanya dah lama tak menjejakkan kaki di sini, last pergi pun masa darjah 6.. mesti banyak perubahan kan...

    Boleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu pula apa perubahan dia
      sebab saya baru ni first time pergi

      soalan tu kena tanya dekat yang biasa pergi...hehe

      Delete
  7. bestnya dapat jalan-jalan dengan family.. dah lama tak pergi penang dah lebih dari 10 tahun rasanya tak pergi sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok! priceless!
      saya baru ni lah pergi pulau pinang

      Delete
  8. Dah lama tak gi penang..tak tau la bile lg dpt pegi..

    P/s sblm nih url blog sy memg coratcoretpinkummi.blogspot.com..pastu daftar blog bwh dot my..bile dot my de mslh sy decide gune url blog yg asal

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya ALLAH adalah rezekinya tu nanti

      ooo...gitu ceritanya. saya pelik sebab tak boleh access
      luckily jumpa =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...