Orang Baru: Khaira Mardhiah (^_^)

11:54:00 pm Yana Yani 8 Comments

Ada sesiapa yang rindu nak dengar celoteh aku tak? Sibuk memanjang, kalah PM! Hehe! Habis nak buat lagu mana, it's my life! Macam lagu Bon Jovi pula. Hehe!

Anyway keluarga aku baru sahaja menerima orang baru! Macam tak caya tengok dia dah ada depan mata, selama ni dalam perut Umi dia aje!

Afif tak pandai sebut nama baby, orang lain panggil Khaira. Dia pula asyik sebut Khairiah! Puas aku dok mengajarnya, Khairiah juga dia sebut. Sampai aku pula yang confuse! Hehe!


Gambar dekat atas adalah gambar beberapa jam selepas Khaira Mardhiah dilahirkan, kira hari pertama dia di atas muka bumi ALLAH SWT ni.

Syukur semuanya selamat walau Umi dia menanggung kesakitan sejak dari hari Rabu tapi hari Sabtu baru Khaira lahir. Itupun nyaris Umi dia nak kena cesarean sebab air ketuban dah tak ada.

Tapi kuasa ALLAH tu tiada siapa boleh menduga. Alhamdulillah, praise to ALLAH!

Anyway sama ada ianya satu suratan atau kebetulan, eh macam lagu Kenny, Remy dan Martin pula. Hehe! Dak sebenarnya nak cerita setakat ni cucu Mak dan Abah lahir pada hari Sabtu.

Kebetulan tiga-tiga lahir pada waktu pagi, lepas tu tiga-tiga nombor genap pula tu! Anyway hari kedua baru Khaira balik rumah!


Si Afif suka betul dapat baby baru, asyik dok belek baby aje. Tapi Aisy pula yang jiwa dia agak kacau. Mana taknya, selama ni orang bagi perhatian dekat dia aje. Tetiba kena turun takhta!

Tu yang dia agak tak keruan bila orang dok belek baby tapi tak peduli dia. Ish, macam mana Mama nak bagi kau adik ni Aisy! Hehe!

Hari ni Khaira masuk wad sebab kena kuning ditambah pula dengan demam. Afif kata Khaira kena kuning sebab Afif makan durian dekat rumah Wan semalam. Hehe! Tak ada kena mengena sayang oi!



P/S - Insya Allah minggu ni aktiviti blog walking boleh dilakukan seperti biasa. (^_^)

8 comments:

  1. alhamdulillah, tahniah.. comelnya khaira.. semoga membesar jadi anak yang solehah.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih =)
      amin...itulah harapannya =)

      Delete
  2. tahniah..comelnyer baby..wah,aisy jeles ke tu?hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a...dia jelous sangat!
      belum boleh beradik ni...hehe =)

      Delete
  3. Replies
    1. terima kasih
      comel macam mak long dia kan =)

      Delete
  4. alaa bestnya ada baby..tahniah yana. baru dua kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah yang buat saya bersemangat
      nak ada baby lagi juga
      hehe...yup baru 2 aje

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...