Pengalaman di Petronas Cub Prix (^_^)

11:39:00 pm Yana Yani 18 Comments

Masa aku kenal Encik suami, dia ni mat rempit! Sekali tengok Encik suami dulu, memang bukan ciri-ciri yang orang tua nak buat menantu sebab nampak macam hantu! Hehe!

Personaliti dia memang berbeza dengan lelaki lain yang aku kenal. Dengan rambut panjang sehingga paras bahu, aksesori penuh satu badan! Dengan gelang, rantai dan cincin yang semuanya perak!

Cermin mata hitam pula memang dah jadi trademark dia. Hehe! Kalau orang lain dating dekat mall atau tengok wayang. Tapi aku dulu dating tengok benda-benda cam gini.

Mula-mula dulu rasa macam, arrrgghh bosannya! Tapi aku cuba minat benda yang dia minat. Kata sayang kan, mesti cari initiative! So aku banyak bertanya. Kadang-kadang tu tak masuk akal!

Mujur dia rajin nak melayan. Semua pertanyaan aku dia jawab pula tu! Sedikit sebanyak ianya membantu menguatkan hubungan kami sehingga ke peringkat sekarang. Gitu ceritanya! Hehe!

-------------------------------------------


Encik suami begitu excited bila dia dapat tahu Petronas Cub Prix yang akan diadakan di Stadium Shah Alam. Awal-awal semua jadual dia dah clearkan semata-mata nak ke situ.

Time sampai tu, penuh gila umat manusia! Parking usah ceritalah! Ada aku nampak orang tu atas divider pun dia sanggup parking. Kalau kereta kitorang buat gitu, dia jadi cam kura-kura tersempit! Hehe!

Dari luar dah dengar bunyi deruman enjin yang mengujakan Encik suami dan Afif. Tak sabar diorang nak turun dari kereta. Cuaca pula mendung semacam aje.


Aisy sebenarnya takut dengan bunyi yang agak asing pada dia. Banyak kali Abang dia peluk adik dia untuk menenangkan sambil kata, "Tak ada apa-apalah Aisy. Tu bunyi motor aje!"

Tapi bila aku halakan kamera, sempat lagi dia pegang kepala adik dia suruh pandang kamera. Tangan yang tak boleh blah, peace katanya. Sabar ajelah!


Sampai aje dekat bahagian luar litar, terpampang jelas amaran dari pihak Petronas Cub Prix. MENONTON ATAS RISIKO SENDIRI!


Manusia yang mempunyai minat yang sama dengan Encik suami, sikit punya ramai mengelilingi bahagian luar litar dan di ceruk mana yang dirasakan selesa untuk menonton. Lagipun FREE kan! Hehe!


Tak lama lepas tu bermulalah perlumbaan yang ditunggu-tunggu oleh semua yang berada dekat situ. Deruman enjin yang mengaum, menggegarkan Stadium Shah Alam! Auwww!

Nasib baik tanah yang aku pijak tak gegar, kalau idak confirm aku lari tak cukup tanah. Hehe!


Mulut Encik suami dengan Afif tak berhenti-henti dok cakap, wow! Macam benda tu satu yang amat mengagumkan pada diorang. Aku dengan Aisy pula yang macam orang blur.

 

Pusingan belum habis, aku dah bawa Aisy keluar dari kawasan tu. Lagipun tak larat dok dukung Aisy yang semakin berat kebelakangan ni. Tanda sihat tu! Hehe!

Tapi dia boleh pula marah aku sebab baby dia tak ada! Yang kau pi tinggalkan dalam kereta tu pasal apa! Mama pula kau marah. Dah macam Degawan! Hehe!

Aisy, Aisy!


Bila habis aje perlumbaan, aku excited! Tak sabar nak balik! Hehe! Nampak sangat benda ni memang bukan minat aku. Berlakon minat untuk orang tersayang. Hehe!

Tapi memang normal untuk seorang Mama dan isteri seperti aku melakukan pengorbanan sedemikian kan? Lagipun kegembiraan diorang, kebahagian aku! (^_^)

18 comments:

  1. Replies
    1. hehe...terima kasih
      amin! itulah yang diharapkan =)

      Delete
  2. dl sytle lain...sekarang tgk..siap bw beg ngan payung dah...hihihi...samalah my hubby dulu mat rock...memang rambut panjang sampai pinggang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu lain, sekarang lain...hehe
      lagi handsome sekarang ni =)
      sama ye..sap sikit =)

      Delete
  3. Begitulah hidup suami isteri...kena juga ikut minat walaupun terpaksa. Sikap toleransi dan saling memahami itulah kunci kebahagiaan. Keluarga yg bahagia... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yang saya cuba buat, sikap toleransi tu penting
      dalam hubungan suami isteri
      kalau idak memang tak akan menjadi =)

      Delete
  4. gitu la yana kan...org kate tak kenal maka tak cinta....bile dah kenal terus sayang sampai ke akhir hayat...auwwwww.....

    bagus yana sokong minat suami....same2 join turun padang layan minat die...tu bagus tu...sepakat membawa berkat org kata.....lieya ni plak hati batu, husben minat bola, kalo die tgk bola kat tv,laju2 lari naik atas bukak chanel lain hahahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan akak kan, bila dah kenal memang sayang sampai tahap
      tak mau lepas, semoga berkekalan ke jannah

      hehe, tu satu kewajiban kak sokong minat suami ni
      daripada tak suka, terus jadi suka
      sebab ikut sama mengadap
      tapi bab lumba-lumba saya kurang sebenarnya
      dia bersorak, saya ikut juga bersorak
      acting seronok, padahal! hehe!

      Delete
  5. Kalau tanye saya,,lg x minat.huhu
    Yg pnting hepi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak suka juga, terpaksa layankan
      sebab nak happy kan dia
      dia happy, saya lagi happy =)

      Delete
  6. bagus betul menyokong minat hubby.. nampak serius muka aisy tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi isteri memang kena jadi penyokong
      kuat suami walau dalam apa cara pun
      hehe...poyolah pula

      ha'a, memang dia tu. marah semata-mata
      nak baby dia aje

      Delete
  7. Replies
    1. seronok memang seronok
      seronok tengok diroang happy je sebenarnya
      hehe =)

      Delete
  8. seronok juga dapat ke sana sis..kathy ni banyak lagi tempat tak berpeluang nak pergi..sweet lak tengok aisy peluk afif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau minat memang satu keseronokkan...hehe
      insya allah, adalah rezekinya tu nanti

      time diorang elok ni
      cer time bergaduh, pening kepala saya =)

      Delete
  9. kalau sy pulak ...emm, minat ketika bujang dulu dah banyak berkubur mengikut arus semasa haha. Org kata isteri berkorban utk kebahagian suami..sama lah juga senbaliknya, mana yg boleh tinggal, kita tinggalkan terus... Kita bina minat bersama..biar sama-sama merasa keseronokannya. sy tau yana dan hubby pon ada minat yg sama kan...Minat siami sesekali layankan apa salahnya. # utk kebaikan bersama ~paksa rela itu lumrah biasa . peace !

    ReplyDelete
    Replies
    1. PCL dah berapa lama tinggalkan zaman bujang?
      cam suami saya ni banyak juga yang dia dah tinggalkan
      motor besar dah tak ada, rambut panjang pun hilang

      tapi ada beberapa lagi yang dia masih setia
      tak apalha, janji tanggungjawab pada keluarga
      dia tak pernah abaikan

      PCL tahu tak, suami saya ni ke mana aje dia pergi
      kami sekeluarga mesti dia heret sama
      sayang katanya =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...