Jangan Menyusahkan Orang Lain (^_^)

6:06:00 pm Yana Yani 4 Comments

Jangan Menyusahkan Orang Lain | Blog ni berhabuk semenjak empunya blog sibuk dengan kehidupan realiti sebagai seorang isteri, mama, anak dan seorang pekerja yang hanya semenjak dua ni aje berdedikasi. Hehe! Hari ni punya title lebih kepada nak meluahkan perasan aku sahaja. So siapa nak terasa, silakan terasa ye. Bak kata pepatah, siapa makan cili dialah yang terasa pedas! Hehe!

Kehidupan sebagai suami dan isteri bukan setakat atas katil sahaja. Skop dia lebih luas! Malahan penggunaan akal dan fikiran yang lebih banyak daripada nak buat sebuah kereta! Paling penting dalam kehidupan sebagai suami dan istei adalah keupayaan untuk berdikari. Sampai bila kita nak hidup di bawah ketiak parent kita. Betul tak betul?

Parent kita pun mempunya ruang privasi yang perlu kita hormati. Lagipun mereka kan dah tua! Wajar ke kita mengharapkan mereka hatta bagi memenuhi kehendak sendiri? Aku bukan seorang yang berpelajaran tinggi dan mungkin disebabkan tu pendapat aku dalam kebanyakkan hal tidak pernah dipedulikan. Nak bercakap perlu tunjuk segala certificate, baru orang percaya!

Mungkin kita tak sedar bahawa kita telah hidup dengan menyusahkan orang lain especially parent kita. Atau kita secara sengaja tidak menyedari hakikat tu. Persoalannya sampai bila? Sampai bila kita nak makan bersuap? Ingat, kehidupan ni ibarat roda. Pi mai pi mai, tang tu juga! Dia tak akan ke mana pun. Kalau orang putih pula kata, what goes around comes around!

Apapun, aku teramat berbangga dengan kehidupan aku sekarang. Aku dan Encik suami telah buktikan bahawa kami mampu berdiri di atas kaki sendiri. Setakat ni sakit pening mampu kami atasi sendiri tanpa perlu menyusahkan orang lain. Daripada sekecil-kecil urusan sehingga ke besar-besar urusan mampu kami atasi tanpa perlu menadah!

Definitely aku berbangga! (^_^)

Kami dah buktikannya dalam tempoh hampir 6 tahun ni! Tetiba teringat pula peristiwa 6 tahun dulu pada waktu ni aku tengah menghitung hari menjadi seorang isteri. Best betul jadi raja sehari! Hehe! Moment terindah yang tak akan boleh dilupakan (^_^)

Jangan Menyusahkan Orang Lain

4 comments:

  1. hehehehhehe..ye,kalau dah kahwin kenalah berdikari..tak elok nak bebankan orang tua lagi..biarlah mereka uruskan masa sendiri.masa2 emas inilah mereka nak buat amal ibadah.

    p/s:cantiknyer gambar pengantin tu..serba ungu..i like..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...kalau tak pandai berdikari, baik tak payah kahwin dak
      betul sesangat dan saya teramat bersetuju

      p/s - cantikkan...cam retis gitu...hehe...perasan! =)

      Delete
  2. Wah! sharing gambar kahwin...boleh lawan Che Ta nih...hehe
    Susah senang bersama. Semoga bahagia bersama hingga ke syurga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...saja aje BM
      mana boleh lawan Che Ta, kalah lah wei
      dia lagi vogue =)

      terima kasih...amin

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...