Part II: Kami di Pulau Pinang! (^_^)

11:54:00 pm Yana Yani 8 Comments

Alright tak payah merapu panjang-panjang, kita sambung cerita semalam ye. Pada siapa yang belum baca, boleh klik sini okay.


Time sampai dekat sini, aku dah rasa nak menangis bila dok tengok kami kena berjalan seolah-olah mendaki jauh ke atas lagi.

Letih meronda sekitar bazar malam tadi pun tak hilang lagi, ni nak kena mendaki pula. Macam tak larat aje! Macam nak surrender aje!

Screw kaki dah start rasa longgar. Rasa dah macam tak boleh nak menapak lagi. Berat semacam aje. Aku cuba gagahkan juga walau hakikatnya, TAK LARAT!


Sampai dekat bahagian tengah bukit, ada macam khemah dekat dataran berhampiran dengan food court. Afif dah terjerit-jerit, "Nak tengok dinosaur! Mama cepatlah!"

Nak masuk dalam ni kena bayar lagi. RM10 untuk dewasa lepas tu RM6 untuk kanak-kanak antara umur 4 ke 12 tahun. Aisy masih kategori free entrance.

Time nak bayar harga tiket, budak dekat kaunter buat muka yang aku rasa nak tampar. "Kak, duit akak ni tak boleh guna" sambil tunjuk kesan koyak pada note RM50 tu.

Dalam hati aku kata, "Ee, budak ni! Dah lah aku penat ni. Kang naik kaki kat muka kau!" Sambil tu dok selongkar purse cari duit lain. Cakap elok-elok tak boleh gamaknya.


Nasib baik aku ni jenis cepat lembut tau. Kalau jenis panas memanjang tu, memang selamat dah budak tu agaknya. Aku sejuk pun sebab dapat belon percuma. Hehe! Dekat luar RM5 satu ni!

Time kitorang masuk sini, Encik suami tak join sama. Dia tak larat nak jalan. Kalau tak dukung Aisy, aku memang boleh sangat dukung Encik suami.

Tapi dah dukung Aisy kan, memang tak bolehlah! Hehe!


Dekat dalam ni adalah beberapa ketul dinosaur. Tak sampai sepuluh jenis pun rasanya. Afif paling suka dengan T-Rex. Dia minta naik T-Rex dekat belakang tu tapi aku buat tak dengar aje. Hehe!

Aku rasa tak sampai sepuluh minit kitorang dekat sini, lepas tu keluar sebab tekak rasa kering. Aku terpusing-pusing cari tempat jual air. Jumpa! Sebotol air mineral besar tu korang rasa berapa?

To my suprise, harga dia dua kali ganda dari harga biasa. RM4! Tapi rasa dahaga mengatasi perasaan sayangkan duit. So beli ajelah!

Kitorang lepak lama juga dekat sini. Memikirkan sama ada nak meneruskan pendakian atau tidak. Rasa ngeri tengok tangga yang tinggi semacam tu.

Sementara tu layankan dulu karenah si Afif, Aisy dan Anis.


Akhirnya kami semua sepakat untuk tidak meneruskan pendakian! Ada juga rasa macam rugi sebab tak seluk pekasam sampai ke pangkal lengan. Hehe!

Habis nak buat camne, penat kategori melampau! Serius, memang tak larat! Syafie kata dekat atas tu ada banyak lagi benda yang interesting.

Tapi kami surrender. Mungkin lain kali, siapa tahu kan?


Kami turun balik sebab level energy kami dah kategori low. Kami perlu cari benda untuk dimakan sebab nak kena refill balik tenaga kami. Dalam kepala otak ni dah terfikir, Line Clear!

Part tu aku akan cerita lain entry okay. So sementara menunggu keretapi, kami posing lagi untuk ke sekian kalinya! Hehe!

Cer tengok Anis tu, memang style bebudak sekarang posing camtu ke? Aku pernah try buat camtu juga, Encik suami kata cencurut lagi comel! Sungguh kejam statement tu! Hehe!


So begitulah berakhirnya trip kami di Bukit Bendera. Aku tak boleh nak rumus banyak sebab tak habis jelajah pun. Tapi memang terasa seronok dekat sini.

Yang pasti korang kena standby duit lebih sebab dekat atas bukit ni semua tempat ada bayaran dikenakan untuk setiap kemasukan. Nasihat paling sesuai, sila bawa bekalan makanan sendiri! Hehe!


Next entry aku akan ceritakan pengalaman di atas Jambatan Pulau Pinang pula. Aku juga akan buat satu entry khas pasal makanan di Pulau Pinang yang aku rasakan sangat marvelous!

Tunggu ye! Chow! (^_^)

8 comments:

  1. wah jauh depa p berct..lepaih ke peneng pulak..ehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya!
      jauh sungguh pergi kali ni =)

      Delete
  2. aiza tak pernah lagi sampai kat bukit bendera tu.. budak-budak paling seronok bab jalan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. so kiranya belum boleh kata dah pernah
      pergi pulau pinang lah kan...hehe
      betul-betul, memang diorang suka sangat =)

      Delete
  3. tak sempat sampai ke sini lagi sis.. hehehehhe..masa ke penang hari tu kejap jer..sampai rumah p.ramlee dan beberapa tempat lain jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat pulau pinang ada rumah p. ramlee ye?
      awat tak ada orang bagitahu dekat saya ni
      dekat area mana huh
      ruginya tak p

      Delete
    2. ada sis..siap ada basikal nyer lagi..inshaAllah sis pergi lagi jgn lupa ke sana..

      Delete
    3. hehe...insya ALLAH
      kalau ada rezeki sampailah lagi ke sana

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...