Aisy Genap 2 Tahun! (^_^)

11:27:00 pm Yana Yani 10 Comments

Macam tak percaya budak yang dalam perut dulu cukup aktif, dah ada depan mata. Dah genap dua tahun dah pun hari ni. Kejab aje masa berlalu.

Rasa macam baru semalam aku bersalin. Hehe! Keaktifan Aisy dalam perut dulu buat aku terfikir aku dapat anak lelaki lagi. Alhamdulillah dapat sepasang dah! Bukan senang tu! Hehe!

Anyway hari ni aku buat sikit makan-makan sempena memperingati hari yang paling bermakna dalam hidup Aisy. At least buat aku recall peristiwa bahagia dua tahun dulu.

Kalau hari tu rumah keluarga mentua, hari ni keluarga aku pula. Walaupun bukan semuanya ada, ianya cukup meriah dengan suara budak berdua tu aje!


Menu tak banyak, tapi cukup mengenyangkan perut kami. Alhamdulillah, murah rezeki kami sekeluarga. Orang lain especially di negara yang bergolak belum tentu dapat merasa apa yang kami rasa.

Syukur kehadrat Ilahi kerana kami berada di bumi Malaysia yang aman harmoni.


Part paling best bila Aisy dapat hadiah daripada makcik-makcik dia. Terima kasih Angah dan Acu untuk hadiah yang diberikan. Aisy suka sangat!

Of course bantuan Abang diperlukan untuk membuka balutan hadiah walau sebenarnya tuan empunya hadiah tidak merelakannya. Hehe!

Time camni pun korang nak bergaduh ye!


Apapun sebagai seorang Mama, tak apa yang lebih membahagiakan bila dok tengok anak seronok. Itulah hadiah yang paling bermakna bagi aku.

Bersyukur sangat bila tengok insan-insan tersayang berada di depan mata. Boleh dibelai dan diluahkan segala rasa kasih dan sayang.

Aku amat hargai setiap detik dan saat bersama mereka.


Paling buat aku terharu bila pagi tadi Afif mengucapkan selamat hari jadi buat adik dia. Tindakan drastik Aisy ketika itu yang masih dalam pembaringan, bangun dan terus peluk Abang dia.

Seolah-olah faham ucapan selamat yang Abang dia tujukan pada dia. Perbuatan tu buat naluri keibuan aku ni terasa sebak. Indah perbuatan tu pada pandangan mata aku.

Apapun Dayana Hanna Aisy, Mama ucapkan SELAMAT HARI JADI sayang!

Semoga anak Mama yang seorang ni lembut hati dan molek budi pekertinya sepertimana isteri Rasullulah Aisyah R.A. Sebab tu Mama dok panggil kau, Aisyah ajak sekarang. Ambil berkat!

Moga dipermudahkan segala urusan, dijauhkan dari segala fitnah dan hasad dengki manusia. Moga maruah seorang perempuan terpelihara sehingga ke akhir hayat.

Moga jadi anak yang soleh, terang hati, cemerlang di dunia dan di akhirat. Mama juga doakan kamu panjang umur dan memperolehi keluarga yang bahagia sepertimana Mama.

Moga suatu hari nanti, kamu juga mampu merasai nikmat menjadi seorang Mama.

Mama tahu at this age kamu tak faham setiap rasa kasih dan sayang yang Mama luahkan. Tapi siapa tahu suatu hari nanti, blog ni akan menjadi bukti kasih sayang Mama pada kamu adik beradik.

Percayalah, tiada manusia dalam dunia ni yang boleh sayangkan kamu sepertimana Mama. Again Aisyah sayang, SELAMAT HARI ULANG TAHUN YANG KEDUA (^_^)


 P/S - I am proud to be a Mama to Afif and Aisy! (^_^)

10 comments:

  1. Hb aisy.byknya dapat hadiah

    ReplyDelete
  2. selamat ulangtahun aisy sayang..muda setahun dari alia..tapi rasanya badan diorang ni lebih kurang besar jer,sebab alia kecil je..moga aisy jadi anak yang solehah dan membanggakan ibu dan ayah..sayang rambut dia dah potong pendek,kathy lagi suka wajah dulu..papun,aisy tetap comel,nama pun cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. teima kasih kak...hehe
      aisy ni pun kecil aje orangnya, hari tu p pasar
      asyik kena langgar dengan orang aje, sebab orang tak perasan dia
      hehe...tu la kak, saya pun suka style yang dulu
      tapi big boss suruh potong, ye potong! =)

      Delete
  3. salam kenal.. datang dari blog coretan hati kathy.. selamat hari lahir aisy.. semoga dipanjangkan usia dan membesar jadi anak yang solehah... comelnya dia.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih singgah sini ye
      terima kasih juga untuk ucapan dan pujian tu =)

      Delete
  4. slmt ari lahir aisy..kek tu nmpk sedap sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih zura
      boleh tahanlah rasa dia =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...