Afif, Aisy dan Mama (^_^)
Sebelum aku nak cerita asal tajuk hari ni, aku nak cerita dulu pasal benda yang berlaku hari ni pada aku ketika waktu lunch. So, sudah bersedia nak dengar bebelan aku? Here you go!Malam semalam aku masuk tomyam terlebih. So daripada terbuang, aku bawa pergi kerja. Tiba time lunch, aku bercadang nak tapau nasi putih dengan telur dadar. Kan sedap makan tomyam dengan telur dadar!
Bila dah siap makanan yang aku order, aku ke kaunter nak buat bayaran. Aku senyum. Senyumkan sedekah! Hehe!
Budak cashier tu tiba-tiba bersuara, "Akak makan ni jer ke kak?"
Alahai, budak ni buat cerita sedihlah pula! Belum sempat aku explain, dia sambung, "Tak apa. Telur dadar ni saya belanja. Akak bayar harga nasi aje. RM1.20!"
Macam orang mengantuk disorongkan bantal, aku hulur RM2.00.
"Akak tak ada RM0.20 ke? Tak apalah, RM1.00 sudahlah!"
Wah, rezeki ni! Alhamdulillah! Selalu, untuk lauk macam ni aku kena RM2.50. Tapi hari ni, syukur Alhamdulillah! Moga murah rezeki kau dik!
Moral dalam cerita ni, senyum all the times! Insya Allah murah rezeki. Hehe!
--------------------------------------------
Minggu ni Encik suami kerja petang. Biasa kalau dia kerja shift ni, aku memang kelam kabut. Kalau dia ada, mudah sikit segala urusan aku.
Putera dan puteri aku ni memang akan buat semua kerja aku tergendala. Aku tengah duduk antara dua sujud, ada yang duduk atas riba. Tak khusyuk! Ulang lagi sekali!
Aku tengah sibuk mandi, diorang sibuk bergaduh! Aku tengah sibuk memasak, diorang lagi sibuk bergaduh untuk ke sekian kalinya. Pening! Tapi kalau tak ada bunyi diorang, lagi aku pening! Hehe!
Kalau Encik suami ada dekat rumah, terkawal sikit!
Tadi time aku sibuk menumis bawang putih nak buat ubat untuk Aisy, aku dengar Afif terjerit-jerit panggil aku. Aku buat tak tahu aje.
Dia panggil lagi, "Mama sinilah, tengok ni!"
"Ye, kejab! Mama kan tengak masak ni!" jerit aku dari dapur. Selesai aje kerja menumis tu, aku ke ruang tamu nak tengok apa benda yang Afif dok beria panggil aku tadi.
"Tengok ni Mama, Afif hebat macam Superman!" kata dia tersenyum bangga sambil buat aksi turun naik macam ahli bina badan.
"Kau jangan macam-macam. Papa tak ada!" kata aku sambil merakam aksi dia. Sempat lagi tu! Hehe!
Lepas tu aku baru perasan Aisy tak ada! Melilau aku terjah bilik sana, bilik sini! Jantung laju je! Takut betul Aisy buat benda-benda yang boleh mendatangkan bahaya.
"Aisy dekat belakang kerusi urutlah Mama!" kata Afif sambil menunjuk ke arah kerusi yang dimaksudkan.
Time aku jumpa dia, dah macam budak terbiar! Tadi rambut tu cantik aje aku ikat, nampak comel aje. Macam Mama! Hehe!
Dia macam biasa, tersengih! Handbag aku habis diselongkar.
Mungkin hasrat aku nak tengok Initial D terpaksa ditunda! Aku dah tengok cerita ni banyak kali dah sebenarnya. Cuma Jumaat lepas tengok Tokyo Drift, aku tak ada feel!
Ada buat drift camtu? Aku rasa Initial D lagi best. Nak pula Jay Chou adalah hero dalam cerita tu. Dia tu kalau korang nak tahu ex-boyfriend aku! Melalak dia dulu bila aku tinggalkan dia! Hehe!
Initial D daripada apa yang aku tahu adalah sebuah cerita yang diadaptasi dari sebuah komik buatan Jepun dengan judul yang sama. Cerita ni di ambil bulat-bulat dari komik tersebut tanpa sebarang tambahan.
Malahan segala tempat dan suasana di buat tanpa sebarang ubahan. Tak macam Ombak Rindu, sana ubah sini ubah! Tak best!
Orang Jepun marah walau ada sedikit tambahan sebab siri komik ni terlalu dekat dengan mereka. Katanyalah! Ironinya, siri ini adalah terbitan China!
So sambil aku melayan Afif dengan Aisy ni, aku kemas handbag aku yang diselongkar dengan Aisy tadi. Terjumpa pula surat yang aku dapat daripada Kathy Rbain.
Hehe, dapat lagi! Two months in a row okay! Rezeki! Terima kasih ye puan Kathy Rbain. By the way, harap anak Kathy sihat seperti sedia kala. Be strong okay! Nak tahu apa kes, klik sini ye.
Okay, aku rasa cukup setakat di sini aje bebelan aku untuk kali ni. Insya Allah kita jumpa lagi di lain entry!
P/S - Pening, tapi worth it! They are the lover of my life!
Tq sis...doa sis amat kathy hargai..seronok baca entri ni..terhibur sikit hati kathy...
ReplyDeleteterima kasih untuk kathy juga sebab jadi pembaca setia =)
Deletekita yg sorang ni pun letih nak berkawal.. pernah tgk tahiyat akhir dah.. dia datang mencangkung lepas tu sengih2... kan dah terbatal solat mak nak. sabar je la kan.
ReplyDeletehehe...nama pun anak kan
Deletetapi tu yang jadi penyeri hidup =)
sy suka statement ni "Tapi kalau tak ada bunyi diorang, lagi aku pening! "... btol sgt2.. Sementara kecik la anak2 ni nak berkepit ngan mak ayah..
ReplyDeletekan...bunyi riuh diorang lah penyeri hidup =)
Deletesama cm anak2 zura.. ada je benda dorang nak gaduhkan.. tp bila dorg tkde rasa sunyi sesgt...
ReplyDeletekan...saya kalau tak ada diorang lgi bertambah sakit
Delete