Pertolongan Cemas! (^_^)
Sebelum aku nak bercerita panjang, aku nak maklumkan bahawa apa yang aku sampaikan hari ni adalah berdasarkan pengalaman aku. Sila dapatkan nasihat daripada yang arif mengenai isu ini.Pada aku semua orang perlu mempelajari at least perkara basic tentang pertolongan cemas. So bila berlaku sebarang benda yang tak diingini berlaku, kita boleh bertindak.
Siapa tahu dengan ilmu yang sedikit tu kita boleh menyelamatkan nyawa seseorang seperti apa yang berlaku pada aku apabila Afif tercekik butir jagung satu ketika dulu.
Hidung Berdarah
Apa kita nak buat kalau ada orang disekeliling kita tiba-tiba hidung dia berdarah?
Benda paling penting adalah tenangkan mangsa. Biasa mereka yang mengalami keadaan ni akan berasa panik.
Tengok darah keluar meleleh, mau tak panik!
Bagi diorang duduk sebab duduk boleh buat kita rasa selesa. Tundukkan sikit kepala mangsa, jangan terlalu dekat dengan jantung.
Picit dibahagian rawan hidung sekurang-kurangnya selama 10 minit. Arahkan mangsa untuk bernafas melalui mulut dan jangan berhenti picit!
Dapatkan rawatan lanjut sekiranya perdarahan berterusan. Klik sini untuk maklumat lanjut
Tercekik
Aku pernah melalui benda ni. Mujur aku pernah mempelajari teknik untuk menyelamatkan bayi yang tercekik. Mungkin bukan ajal Afif hari tu.
Untuk baby bawah setahun, tiarapkan bayi di atas lengan dan kepala sedikit terkulai ke bawah.
Tepuk perlahan ke arah kepala, lepas tu terlentangkan bayi dan picit di bahagian dada.
Teruskan lakukan tepukan di belakang dan tekan dada bayi sehingga bayi tersebut terbatuk atau menangis.
Klik sini untuk maklumat lanjut
Untuk dewasa, berdiri di belakang mangsa dan letakkan kedua tangan korang di pinggang mangsa. Tekanan bahagian abdomen dengan menggunakan genggaman tangan
Melecur
Benda ni biasa terjadi. Bohonglah kalau ada orang kata dia tak pernah melecur. Apa nak buat kalau melecur? First thing, of course jangan panik.
Sejukkan bahagian yang melecur dengan air yang mengalir sekurang-kurangnya selama 20 minit. Jangan gunakan ais sebab ia mungkin akan melekat pada ais tadi.
Sekiranya luka melecur teruk, tak reti-reti nak bawa jumpa doktor? Tapi sebelum tu pastikan bahagian yang melecur dibalut dengan kain basah.
Tapi kena pandai pilih kain. Ada jenis kain melekat pada kesan melecur. Azab mangsa tu nanti
---------------------------------------
Lagi satu aku nak nasihatkan korang selalu simpan ais. Ais bukan setakat sedap minum time panas aje okay. Ia boleh digunakan sebagai bahan dalam pertolongan cemas
Kalau korang berkemampuan, simpan ice bag atau hot bag untuk sebarang situasi yang tak dijangka. Contoh paling senang bila anak jatuh, lepas tu benjol. Again, jangan panik!
Tekapkan ais ni pada bahagian yang benjol. Jangan tuam dengan benda panas sebab boleh buat pendarahan pada benjol tu. Kalau luka, bercalar atau demam memang digalakkan guna ais.
Once again aku nak kata semua yang aku kongsikan dekat atas adalah berdasarkan pengalaman aku sahaja. Aku kongsikan dengan korang sebab malang tu datang tak berbau.
Hopefully dengan ilmu yang aku share ni boleh membantu korang untuk bertindak bila berhadapan dengan situasi yang aku sebutkan di atas.
P/S - Aku tengah nak belajar balik buat CPR. Dulu pernah belajar. Dengan usia tak berapa nak muda ni, aku lupa! (^_^)
anak dara kathy kerap keluar darah di hidungnya sis..tq tau share info ini...
ReplyDeleteyeke...bolehlah amalkan tips yang saya ajar tu ye
Deletesama-sama =)