Selamat Hari Jadi Mak! (^_^)

11:36:00 pm Yana Yani 4 Comments

SUPRISE!


Ni semua plan Angah! Beria-ria dia nak buat something khas untuk MAK tercinta! Aku rasa dia dah habiskan banyak masa dan tenaga untuk hasil kek dekat bawah ni.


Nampak macam kek Chocolate Banana dekat Secret Recipe kan? Buat sendiri ni! Rasa dia lagi sedap daripada kek dekat Secret Recipe tu!

Terima kasih Angah sebab bersusah payah buat semua ni! Pssstt! Dia ni single and available tau! Cer try usha! Hehe! Ni kalau Angah baca statement aku ni, confirm hilang kepala! Hehe!


Tu tengah mencincang lobak nak buat coleslaw. Aku pulak datang makan aje! Hehe! Masak-memasak bukan kepakaran aku. Aku pakar makan aje! Hehe! Fakta okay!


Apapun suka dok tengok Mak senyum lebar aje tadi. Mesti rasa happy walau ada lagi dua atau paling tepat tiga tempat kosong. Don't worry Mak, kami yang lain sentiasa setia ada di sisi Mak.

Walau tak banyak tapi at least boleh bagi sikit senyuman yang secara tak langsung buat kami yang ada tadi pun rasa happy bangat!

Anyway aku nak share sikit few pictures yang aku sempat snap tadi.


Untuk Mak,

Along mewakili adik-adik mengucapkan SELAMAT HARI JADI!

Semoga Mak dipanjangkan umur. Along berharap suatu hari nanti Along boleh berkongsi kegembiraan menyambut cucu sulung dengan Mak.

Seperti Mak boleh kongsikan kegembiraan yang sama ketika Afif lahir ke dunia ni.

Semoga Mak sentiasa bahagia di dunia dan akhirat. Semoga hilang segala kegusaran di hati dan peroleh ketenangan di jiwa. Semoga sentiasa dalam rahmat-NYA.


Kami adik beradik mungkin tak akan mampu membalas segala jerih payah Mak dan Abah selama ni walau dengan semua harta di dunia. Kami hanya mampu ucapkan TERIMA KASIH!

TERIMA KASIH untuk setiap keselesaan yang sanggup dilupakan ketika mengandungkan kami 6 beradik.

TERIMA KASIH untuk setiap kesakitan yang tak terungkap dengan kata-kata, rela dan redha dilalui ketika melahirkan kami 6 beradik.

TERIMA KASIH untuk setiap tidur malam yang terganggu.

TERIMA KASIH untuk setiap titik peluh basah dan kering demi membesarkan kami 6 beradik.

TERIMA KASIH untuk setiap lauk yang di mulut sanggup diluahkan untuk diberikan kepada kami 6 beradik.

TERIMA KASIH kerana menjadi peneman setia buat kami 6 beradik tanpa sebarang keluhan.

Kami nak Mak tahu bahawa kami teramat menyayangi Mak walau dengan cara atau versi yang berbeza. Mak terlalu istimewa buat kami. Tanpa Mak, siapa kami?

Once again, SELAMAT HARI JADI MAK! Sayang Mak sangat-sangat (^_^)

4 comments:

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...