i-City, Kami Datang Lagi! (^_^)

12:37:00 pm Yana Yani 4 Comments

Sebelum ni aku ada cerita kemeriahan sambutan Hari Raya Aidil Adha versi kami sekeluarga. Dalam tu aku ada janji nak ceritakan apa yang kami lakukan pada waktu malamnya.

Malam tu kami sekeluarga plus Anis pergi ke i-City untuk kesekian kalinya! First time kami ke sini masa tu Afif baru berusia setahun. Time tu pokok ada dua batang aje. Orang tak ramai tahu.

Sekarang tempat tu dah popular! Daripada free sampai sekarang dah kena bayar, i-City masih lagi port menarik untuk aktiviri hujung minggu aku bersama keluarga.

Masuk kalau tak ada RM100 memang tak boleh masuk especially bila korang plan nak masuk ke setiap tarikan yang ada macam Red Carpet, House of Horror dan banyak lagi.

Tapi kalau setakat nak tengok pokok dengan kilauan cahaya, RM10 cukup! Standby duit lebih kalau tak boleh nak control anak-anak korang dengan dugaan yang ada. Hehe!

Kamera aku murah, so ambil gambar dalam gelap tak beberapa cantik. Kalau bagi lights lagilah buruk! Apapun untung juga ada kamera, boleh rakam semua moment!


Yang pasti malam tu terasa letih yang amat! Apapun worth it bila tengok anak-anak happy. Kegembiraan macam ni lah yang pasti aku akan rindui bila mereka besar kelak.

Time diorang kecil ni, aku nak enjoy semua moment dengan diorang puas-puas! Hehe! Lagipun hidup dan mati kita adalah rahsia ALLAH!

Anyway aku ada lagi few pictures nak share dengan korang. Pada siapa yang tak pernah pergi, bolehlah layan walau setakat gambar aje. Check it out!

Sorry gambar tak cantik (^_^)

4 comments:

  1. alahai..kathy tak pernah sampai lagi la sis..teringinnya nak pegi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah adalah rezekinya tu nanti
      saya pun teringin nak ke Johor
      tak pernah sampai lagi walau umur dah 3 dekad
      teringin nak tengok LEGOLAND =)

      Delete
    2. kalau ada rezeki ke johor datanglah rumah tau?nanti kathy bg alamat..

      Delete
    3. insyaallah, nanti kalau nak ke sana
      saya bagitahu ye =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...