Alhamdulillah! Syukur! (^_^)

10:30:00 pm Yana Yani 10 Comments

Fitrah manusia untuk memiliki dan memenuhi keperluan atau kehendak. Kalau time kecil, tak pernah ada masalah yang boleh buat migrain. Sebab tu aku rindu sangat time kecil-kecil.

Bila habis sekolah, perasan untuk memiliki segulung ijazah kuat. Tapi aku hanya mampu memiliki sehulung diploma. Apapun aku bersyukur, sekurang-kurangnya ada something untuk dibanggakan! Hehe!

Habis diploma, perasan untuk bekerja dengan gaji besar kuat! Niat dihati membantu keluarga yang bukan dalam kategori mewah. Aku bersyukur, walaupun pekerjaan pertama aku hanya bergaji RM800.

Sekurang-kurangnya aku ada pekerjaan. Pengalaman tu boleh digunakan untuk masa-masa akan datang. Tapi Alhamdulillah aku tak pernah menempuhi kesukaran untuk mencari pekerjaan.

Rezeki ada aje walau aku tak pernah merahsiakan tahap kesihatan aku pada setiap majikan aku. Alhamdulillah kesemua 5 bosses dalam tempoh 10 tahun aku bekerja, memahami!

Bila dah pegang duit sendiri, rasa sunyi dan perasaan ingin dikasihi pula makin kuat. Alhamdulillah jodoh aku depan mata aje. Tak perlu jauh mencari! Hehe!

Dapat mula menyewa rumah yang tak jauh dari Mak, Alhamdulillah! Walau tak besar, tapi rumah sewa ni lah tempat kami berteduh dari hujan dan panas terik matahari.

Bila dah berkahwin, terasa ingin memiliki insan kecil bagi menambahkan kecerian dalam keluarga aku. Alhamdulillah belum setahun usia perkahwinan, Afif hadir dalam hidup kami.

Bila dapat boboi, nak pula gegirl! Alhamdulillah dapat juga gegirl yang diidamkan pada ketika usia Afif genap 3 tahun. Terasa hidup ni dah lengkap!

Tapi kalau dah nama manusia ada aje yang masih tak cukup. Bila keluarga dah besar, keinginan untuk memiliki rumah sendiri makin kuat setelah sekian lama menyewa.

Alhamdulillah kami berjaya memiliki rumah sendiri yang sekarang dalam pembinaan. Insya Allah, panjang umur kami akan berpindah ke rumah sendiri tahun depan!

Terasa excited bila tengok rumah yang hampir siap. Ni lah dia hasil titik peluh kami berdua selama ni. Alhamdulillah! Syukur atas segala nikmat yang diberikan kepada kami sekeluarga!


Sekurang-kurangnya kami ada meninggalkan harta untuk dua insan kecil yang paling bermakna dalam hidup kami berdua. Antara tanggungjawab yang telah kami lunaskan.

TERIMA KASIH ALLAH!

10 comments:

  1. Alhamdulillah.. mmg bila dpt beli rumah sendiri tu perasaan tu lain sgtkan.. rasa berbaloi dgn penat lelah bekerja selama ni kan... harta dunia utk anak2 pd masa depan ye x?

    kat mana rumah ko ni yana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...tulah. rasa bangga sebenarnya.
      mak aku dulu 13tahun menyewa baru mampu
      beli rumah sendiri
      ni dekat aje dgn rumah ko
      kita berjiran besok ni
      kt jln genting tu

      Delete
    2. owh... berjiran eh... hehehe bagus2.. keliling ramai org kita kenal mmg best.. bila raya boleh baraan eh.. ;)

      Delete
    3. kan...meriah
      bkn takat raya je
      kenduri pun sng nak mtak tlg rewang
      hehe =)

      Delete
  2. seronoknya sis..alhamdulillah,Allah permudahkan semua untuk sis..kathy tumpang gembira...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kathy
      amin....insyaallah =)

      Delete
  3. Alhamdulillah seronokkan apa yg kita impikan jd kenyataan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah syukur
      bukan senang impian nak dipenuhikan =)

      Delete
  4. Biasalah..saya pun mcm tu jugak.hihii

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...