Happy Itu Aku (^_^)
Lama tak ke sini, habis nak buat lagu mana. Laptop ada satu aje kat rumah ni. Yang lagi satu tak di repair lagi. Entah bila entah nak repair tu, nak tunggu duit aku memang kirim salamlah! Hehe!Encik suami asyik sibuk dengan eBay. Dia memang aktif! Dulu aku memang bersemangat tolong Encik suami, tapi bila sekali akaun kena suspend, aku give up!
Encik suami aje yang masih setia walau bermacam-macam cabaran dan dugaan dihadapi. Biasanya aku maleh nak ambik tahu, tapi bila pulus jatuh kedebuk, baru aku sibuk ambik tahu. Wahaha!
Disebabkan dah seminggu tak update, aku rangkum semua cerita dalam seminggu ni. Mungkin panjang sikit, tapi memang aku biasa tulis entry panjang pun kan? Hehe!
Congratulation in advance kalau berjaya habiskan baca entry aku ni. Hehe!
------------------------------
Aisy oh Aisy
Anak aku yang seorang ni memang kategori ligat yang teramat! Sukar nak gambarkan dengan kata-kata sebab dia punya ligat kalah Abang dia!
Biasa bila dia nak buat "baik" tu, di senyap aje. Tahu-tahu semua dah lingkup!
Macam gambar dekat bawah ni, aku tengah sibuk nak basuh kain bila aku perasan dia senyap aje. Kelam-kabut aku cari dia takut dia buat sesuatu yang mungkin mendatangkan bahaya.
Aku jumpa dia dalam bilik persalinan. Masa aku jumpa dia, dia tengah cuba memanjat laci meja solek. Baju dalam bilik ni habis kena selongkar.
Mula rasa nak marah, tapi bila dok tengok muka innocence dia, hilang rasa nak marah. Terpaksalah aku tambah list kerja aku hari tu. Dia dengan selamba lari aje keluar!
Lepas dah siap kemas bilik tu, aku sambung balik kerja membasuh aku. Tapi aku dikejutkan dengan kelibat ULTRAMAN!
Tapi malangnya Ultraman tu dah mati lemas sebab kalah lawan dengan raksasa! Tak caya cuba tengok tangan Ultraman tu. Nak buat CPR, aku lupa! Hehe!
Dalam hati aku hanya mampu berkata, "Aisy oh Aisy!"
Selera Afif
Afif sejak dari kecil dia memang agak susah nak suruh dia makan berbanding dengan Adik dia, Aisy. Mungkin sebab tu walaupun sekarang dah berusia 4 tahun 10 bulan, berat dia hanya 12 kg.
Dia dikategorikan underweight. Aku malas nak bagi supplement sebab aku takut side effect yang mungkin dia akan hadapi bila dewasa kelak. Lagipun zaman sekarang banyak sangat preservative dalam makanan.
Cuba pada hari "kegilaan" selera dia datang, barulah nampak dia makan dengan berselera! Macam contoh baru ni, dia dah makan sebungkus nasi lemak bila balik daripada sekolah. Kenyang kata dia
Tapi bila aku masak tengahari tu dia makan juga, berselera! Lepas tu petang dia ajak Papa dia makan KFC pula. Sekali-sekala tak apa kot. Hehe! Habis size sneak plate dia makan seorang. Licin!
Malangnya terlupa nak ambik gambar dia yang tengah berselera tu. Ambik gambar pun time dia tengah seronok main dengan Adik dia.
Kereta Baru
Dua tiga menjak ni Encik suami dok sibuk uruskan pengambilan kereta baru Angah. Nak suruh Angah seorang buat, maklumlah perempuan. Senang-senang pulak kena kencing kang!
Hari tu kitorang ikut dia pergi value kereta yang dia pakai sekarang. Nak trade in lah kiranya. Aku tengok Encik suami cakap dengan Cina tu dah macam cerita KL Gangster dah! Dahsyat! Hehe!
Lepas tu Encik suami ajak kitorang makan dekat Restoran Nasi Ayam Pak Mal. Aku dah Encik suami hanya tahu restoran tu ada dekat Seksyen 11 aje, rupanya dekat Seksyen 10 pun ada.
Lagi selesa dan luas berbanding dekat Seksyen 11 tu. Thanks Angah for the info! Next time memang pergi dekat sini aje. Terasa seperti exclusive gitu! Tapi pada aku lah kan! Pada korang, tak tahu!
Tapi dekat sini bukan setakat ada Nasi Ayam tau! Macam-macam ada! Cuma kami lebih suka nak makan Nasi Ayam Pak Mal! Memang terbaik!
Lepas tu kami kena Dataran Shah Alam. Saja aje lepak-lepak dekat sini. Menghirup udara segar! Hehe! Time nak balik Afif kata, "Afif seronok tapi tak ada bola!"
Hehe! Apalah Afif ni. Tu ayat tak dapat nak beli bola!
Sabtu minggu ni!
Sabtu minggu ni aku ikut Mak Abah pergi ambik Dayah dekat rumah dia. Mak Buyung ni kena gigit lipan, habis bengkak tangan dia. Kesian!
Tapi aku lupa nak ambik gambar lagi! Wahaha! Tayang anak dara aku lagilah! Hehe!
Lepas tu time on the way balik, singgah dekat Keropok Losong nama kedai dia. Pelik juga mula-mula tu. Sebab nampak macam kedai makan, tapi nama dia Keropok Losong.
Mungkin nak komersialkan nama Keropok Losong tu. Tapi sedap tau! Tekak aku katalah! Ditambah dengan cili sos buatan sendiri. Memang terbaik!
Semejak dua menjak ni, memang aku dah beralih kepada produk keluaran Bumiputera aje! Aku ada sebab sendiri untuk tu! Tapi aku bangga katakan barang dapur aku semua produk Bumiputera!
Malam pula Encik suami ajak pergi ke Uptown Shah Alam. Tapi anak dara aku, gila shopping! Setiap kedai dia singgah, dia belek lepas tu dia kata, "Cantik!"
Sebab baik sekejab aje. Kalau idak jenuh jugak nak melayan selera Aisy ni.
Hari minggu!
Hari minggu adalah hari paling aku suka sebab hari ni memang aku agak releks daripada segala aktiviti terutama memasak! Bab paling aku tak suka, tapi terpaksa.
So pagi-pagi kitorang dah gerak ke restoran yang biasa kami pergi.
Dah kenyang, kami bergerak balik. Lepak kejab rumah Mak sebab Encik suami pun tak ada dekat rumah sebab ada perlawanan Bowling anjuran tempat kerja dia.
Maklumlah, rumah Mak dekat aje! Kebetulan pula Abang kepada Abah yang aku panggil Wak Sarno dan Wak Nah. Anak diorang dua aje, tapi semua dah besar. Lelaki pula tu.
Boleh kata kerap juga diorang ke rumah Mak Abah. Mungkin sunyi. So moral of the story, biar anak ramai ye, baru meriah! Hehe!
Tengahari pula pergi kenduri kahwin anak jiran. Tapi kena pergi jauh sikit sebab dia buat kenduri dekat dewan. Pergi jugaklah sebab memang kenal sangat.
Balik dari kenduri, singgah lagi rumah Mak. Lepak lagi untuk ke sekian kalinya. Kembang kejab bila diorang kata aku jelita. Terangkat rasa badan. Sampai sekarang tak turun-turun lagi ni. Hehe!
Tapi time diorang kata anak aku macam orang Arab lagi aku kembang! Hehe!
Kejab lagi kami nak bergerak ke kampung Encik suami. Rutin wajib hujung minggu!
Apapun sekali lagi tahniah sebab habis baca entry aku ni. Appreciate masa yang korang luangkan untuk baca semua yang merapu dan meraban. See you in the next entry!
P/S - Happy seumo sememangnya aku! (^_^)
memang meriah entri sis ni...banyak ilham nak update entri..tahniah...
ReplyDeletebagi saya 1 jam, tak ada org kacau
Deletememang jadi!
wahaha...saya memang suka membebel cik kathy oi =)
entri untuk sis...
ReplyDeletehttp://coretanhatikathy.blogspot.com/2013/10/review-blog-diari-seorang-mama.html
sori..lambat nak review...maaf jika ada ayat2 kathy buat sis terguris yer?
alahai cik kathy, terharu sungguh saya
Deleteterima kasihlah
ni yang buat sayang lebih ni =)
comelnya dorang...biasalah budak2..heheh..mmg semua benda dia nak teroka... =) tapi seronok layan karenah dorang nih..boleh buat kita gelak..hehehe
ReplyDeletekan...memang pening
Deletetapi berbaloi =)
banyak gambo..banyak cerita...hihi..salam kenal..
ReplyDeletehehe...saya memang gitu
Deleteterima kasih
salam kenal jugak =)
ok, penuh satu minggu...memang menarik...macam2 berlaku...^_^
ReplyDeletehehe...kalau dah lama tak update entry
Deletememang cam gini
tak boleh...exclusive tu saya sorang je tu
ReplyDeletehehe
thanks sebab follow =)
salam kenal =)
ReplyDeleteterima kasih
salam kenal.. singgah dari review blog oleh blogger kathy.. :D
ReplyDeleteterima kasih..
Deletesala perkenalan juga =)
amboiiii ni entri sebulan sekali ke ni yana? hehehe ko mmg happy sokmo... comella anak2 ko tu... hensem yg lelaki tu...
ReplyDeletehehe...nampak gayanyer cam gitulah
Deleteko kan dah lama kenal aku...hehe
memang la diorang comel...baka aku...wahaha =)
salam singgah dari blog Kathy, sy suka entri marathon blogmama ..terutamanya baca cerita keluarga dan kehidupan sesungguhnya memberi impak kepada sesiapa yg inginkan mencipta bahagia dalam kehidupan masing2. teruskan blogging dgn entri santai kekeluargaan.
ReplyDeletewww.nazlee.com
terima kasih PCL atas sokongan tu
Deleteappreciate sangat-sangat =)
salam knal..pnjang nya cter ni
ReplyDeletehehe...hobi tulis long entry
Deletesalam perkenalan eh =)