Kenduri Untuk Rayna Zaara & Ainul Mardhiah (^_^)
Bila buat kenduri dekat kampung ni, kemeriahan dia lain macam sikit. Malam tu ramai juga saudara-mara datang memeriahkan majlis. Happening sangat rasanya!
Pagi sebelum kenduri, aku ditugaskan letak duit pada bunga telur. Susah betul rasanya lipat duit RM1 baru. Berpeluh jugak ketiak duk buat benda tu dari pagi sampai petang.
Walaupun 100 je kena buat, letih juga okay! Apapun sebab duk sibuk dengan kerja ni boleh juga mengelak buat kerja dekat dapur. Hehe! Jahat kau!
Dah siap aje kerja aku, aku merayau. Lagipun time tu aku agak pening dengan keligatan Aisy. Malas nak fikir panjang segala cakap-cakap yang boleh buat BARAH, aku blah aje!
Lagipun she is just budak kecil wei, what do you expect? Behave like an adult?
So nak menghilangkan segala ketensionan, aku ambil gambar sini, ambil gambar sana. Perasan macam professional photographer pulak! Rasa happy sikit.
Time orang tengah sibuk dengan aktiviti rewang tu, angin kuat betul sampai pokok kelapa pun macam nak tercabut. Taksub aku sampai snap gambar! Hehe!
Malam tu lagi ramai orang berkumpul. Seronok tengok orang ramai-ramai tu. Bila tengok anak-anak aku seronok, bertambah lagi keseronokan aku.
Tapi malam tu aku tak tahu kenapa, gambar aku ambil semua tak berapa clear. Mungkin sebab kamera murah kot! Tapi tak apalah dak? Janji semua moments aku dapat rakamkan.
Lepas aje sembahyang Isyak, maka bermula majlis cukur jambul untuk Rayna dan Ainul. Ambil gambar pun daripada jauh aje ni. Hehe!
Malam tu kami semua makan kambing panggang dengan nasi berkat atau lebih dikenali sebagai nasi ambeng dalam masyarakat Jawa. Sebab sedap sangat, aku lupa ambil gambar. Hehe!
Lepas tu sempat jugak aku berposing dengan adik-adik aku yang turut ada memeriahkan majlis.
Begitulah berakhirnya majlis cukur jambul dan akikah Rayna Zaara dan Ainul Mardhiah. Terima kasih kepada semua yang hadir dan memeriahkan majlis tu.
P/S - Dikesempatan ni nak ucupkan SELAMAT HARI JADI buat Dayah. Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Tak sabar nak tunggu lagi seorang gegirl dalam keluarga kami (^_^)
wah..memang meriah betul sis..tahniah atas kejayaan majlis tu yer?
ReplyDeletememang meriah sangat kathy
Deleterasa seronok bila reramai camtu
selamat semua...
ReplyDeletealhamdulillah
Deletekenduri kat kampung ni lagi meriah..sbb semua sanak saudara dan jiran-jiran akan bergotong royong..
ReplyDeletetu la pasal nyer
Deletedia bila dah reramai tu jadi tersangat happening =)
Salam kenal.. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.. =D
ReplyDeletesalam kenal...terima kasih =)
Deleteamboi meriahnya siap bunga telur tu.. cukur jambul ni tak salah tp saya ada baca berkenaan majlis cukur jambul yg buat style gunting rambut letak dalam buah kelapa tu tak boleh. kita cukur licin je takde apa sangat. ikut sunnah, kan??
ReplyDeletefaham apa cik lekit cuba sampaikan
Deletetapi ni bukan majlis saya
saya tahu amalan mencukur jambul adalah khurafat
adalah lebih baik merujuk kepada mereka yang alim ulamak mengenai hal ini
terima kasih sebab highlight =)
seronok dan meriah sungguh suasana kenduri di kampung halaman silaturrahim yang berkekalan: salam ukhwah dari ana..
ReplyDeletetu lah, bukan selalu dapat jumpa saudara-mara
Deletetime-time camni lah =)