Hari Raya Korban Versi Kami (^_^)
Lama tak jengah ke sini. Sibuk dengan aktiviti keluarga lagipun aku dua tiga hari ni tak berapa nak sihat. Malam ni yang rasa okay sikit badan.Mari kita teruskan dengan cerita aku dan family pada Hari Raya Aidiladha baru ni. Tapi dalam masyarakat kita lebih sinonim dengan Hari Raya Korban ataupun Haji. Mana-manalah, janji namanya RAYA!
Malam raya aku serbu ke rumah Mak aku. Lagipun dia beria-ria suruh aku datang. Mungkin sebab nak cukupkan column dalam family yang kurang. Dayah dengan Syafie tak ada raya kali ni.
Kesian jadi orang tua. Tertunggu-tunggu anak-anak balik especially bila raya cam gini. Apapun Syafie dengan Dayah, korang teramatlah rugi. Mak masak BEST malam tu!
Paling best sup tulang tu lah! Family aku ni memang tak sah raya kalau tak ada sup tulang. Ada sup tulang baru namanya raya! Hehe!
Malam raya tu kami bergerak ke rumah Mak Encik suami di Kampung Sungai Serdang. Jalan jem sebab semua orang nak balik raya, nasib baik ada jalan dalam.
Kalau hari biasa memang tak akan lalu jalan dalam ni sebab jalan dia tak elok. Tapi terpaksa juga lalu! Kalau idak mau sangkut especially dekat Pekan Kapar tu.
Sampai aje rumah Mak Encik suami, terus tidur kami anak-beranak! Penat rasanya! Lagipun nak kena bangun awal. Besokkan raya! Wah, semangat kau!
Bangun pagi tu, aku terus siapkan anak-anak aku. Nama pun raya kan, kenalah pakai lain sikit sebab nak bezakan dengan hari-hari lain.
Encik suami dengan Afif ke masjid yang berdekatan dengan rumah keluarga mentua aku. Encik suami naik motor sebab dia malas nak berjalan kaki lagipun cuaca tak berapa elok hari tu.
Sementara menunggu Encik suami dan Afif balik daripada masjid, aku melayan puteri aku yang memang sentiasa sibuk dengan pelbagai agenda.
Bila Nenek dia tegur main dekat rak kasut tu, dia "bergusti" dengan Nenek dia!
Balik aje daripada masjid, Encik suami ajak aku dan anak-anak pusing kampung. Yang pasti nak tengok ibadah korban yang dilakukan di sekitar kampung.
Jujurnya aku takut tengok cara penyembilah sebab tu tengok dekat luar pagar masjid aje! Hehe! Tapi luar pagar pun boleh nampak dengan jelas.
Terasa kesian bila tengok lembu-lembu tu yang seolah-olah takut menghadapi maut. Aisy pula rasa tak tenteram, asyik sebut "tatut" aje!
Hampir ke semua surau dan masjid di kampung Encik suami meriah dengan upacara korban ni. Ni lah yang membezakan antara raya haji dan raya puasa.
Habis pusing kampung, kami ke masjid berhampiran rumah Mak Encik suami lagi. Time ni diorang dah sibuk dengan aktiviti melapah. Tak lalu aku nak rakamkan! Hehe!
Lepas tu kami balik ke rumah kami. Malam kami ada aktiviti lain. Nak tahu apa, kena tunggu di lain entry ye. Chow (^_^)
salam blogging...
ReplyDeletesalam blogging =)
Deleteraya haji kita melepak kat umah dengan budak kecik.. tak buat apa..ketupat ke rendang ke langsung takde. kalau tak balik kg.. memang takde la benda2 tu semua. petang je keluar merayap.
ReplyDeletekampung kami dekat aje cik lekit
Deletetu yang boleh selalu balik
meh la datang sini kalau raya, saya hidangkan rendang =)
seronoknyer sis...kathy pun penggemar sup tulang...
ReplyDeletememang seronok...
Deletekita serupalah! syok makan sup tulang ni =)