Apa tu? (^_^)

11:07:00 pm Yana Yani 8 Comments

Cerita ni sebenarnya dah agak lama aku nak post, tapi tak juga aku post. Dah sampai berhabuk dah dekat draft aku ni. Aku dok fikir, nak post ke tak nak post. Musykil. Tapi aku post jugalah bagi memenuhi kehendak mereka yang agak lama dok menanti aku postkan cerita yang boleh tahan bombastic juga time raya puasa baru ni.

Sebelum aku cerita panjang lebar. Cuba korang perhatikan gambar dekat bawah ni. Selain daripada aku comel dalam gambar tu (Hehe, perasan!), apa yang korang nampak dekat sekitar tu.

Korang nampak tak apa kitorang nampak?


Apa? Tak nampak apa-apa? Okay, aku circle pula. Korang rasa apa yang korang nampak?


Sekarang nampak? Tak nampak juga?



So nampak tak apa aku nampak? Kalau tak nampak juga, maknanya daya imaginasi korang tak sama level dengan aku. Hehe!

Okay, berbalik kepada cerita tadi. Time aku mula tengok gambar ni dekat kamera aku, aku musykil dengan apa yang aku nampak. Kepala otak dok berfikir, adakah aku telah berjaya snap picture makhluk ALLAH yang ni. Aku tanya Encik suami, dia kata aku suka fikir bukan-bukan. Tak puas hati dengan jawapan dia, aku tanya pula pada Annur dan lepas tu pada Anis dan lepas tu tersebar ke seluruh pelusuk kampung.

GEMPAR!

Mereka yang tengok gambar ni dekat kamera aku, memang cukup yakin bahawa aku telah berjaya snap picture makhluk tu. Adik aku, si Mak Buyung sampai terjerit masa first time dia tengok gambar tuSo bermulalah cerita yang tempat aku snap gambar tu angkerlah, memang selalu ada benda tu lah, pendek kata macam-macam cerita aku dengar sebab gambar tu je.

Untuk makluman, time aku snap gambar tu time kereta tengah bergerak menuju ke kubur arwah Nenek. Terasa meremang bulu roma tak? Nak pula malam ni malam keliwon. Hehe!

Okay, sambung cerita!

Aku begitu excited nak transfer ke laptop. Tapi bila aku transfer gambar tu ke laptop, aku berubah pendapat! Absolutely bukan! Daripada pandangan aku untuk kali kedua, aku cukup yakin bahawa bukan makhluk tu tapi sebenarnya corak pada selendang yang tersidai pada seat kereta.

Corak selendang tu buat kita nampak macam ada mata, lengkap dengan hidung dan juga gigi yang menyeringai. Seolah-olah macam tengah berposing depan kamera macam aku! Hebat betul imaginasi aku time tu! Banyak dok tengok scary movie punya pasal lah ni! Mungkin sebab kamera tu kecil, so aku tak berapa pasti dengan apa yang aku nampak.

Dan yang paling hebat, aku telah berjaya buat semua orang percaya dengan cerita aku! Wahaha! Sungguh jahat aku ni!

So bila dah cukup yakin dan mentertawakan diri sendiri yang suka buat assumption, aku hebahkan kembali pada mereka yang dah tahu cerita. Tapi ni jawapan diorang, "Benda tu memang boleh nampak pada kamera aje. Kalau dah transfer pada laptop memang akan jadi lain atau tak nampak!"

So terpulang pada korang nak percaya apa yang korang nampak. Aku pula masih lagi dengan keyakinan aku yang kedua. Rasa menyesal pula dok beritahu orang lain. Hehe! Dan selepas cerita ni aku percaya korang juga percaya dengan keyakinan aku yang kedua. So nampak tak kewujudan kuasa manipulasi di sini? Hehe!

P/S - Dalam Al-Quran memang tercatat kewujudan jin dan syaitan yang telah berjanji untuk menyesatkan umat manusia sehingga ke Hari Kiamat.

8 comments:

  1. hihihi..mybe tak kot...tapi mana tau..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tu lah
      suka sangat buat assumption =)

      Delete
  2. serius sy tak nampak gambar yg comot kat belakang tu...hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...gambar tak clear
      tapi gambar tulah yang bikin gempar
      satu kampung....hehe =)

      Delete
  3. kali pertama tgk mcm makhluk tuh tp bile tgk kali kedua n betul2 memg selendang

    ReplyDelete
  4. hehehhehehe..takpe..sempat seram jugak kathy tadi sis..hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...tu lah dia bahana buat assumption

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...