Aku dan Hipertiroid (^_^)

11:28:00 pm Yana Yani 22 Comments

Aku dan Hipertiroid | Siapa yang dok selalu singgah sini mesti pernah terbaca mengenai hipertiroid yang aku dah hidapi sejak 17 tahun yang lalu, iaitu ketika aku berusia 13 tahun. Lama kan? Sebab dah lama sangat menghidap penyakit, aku dah boleh dikategorikan expert mengenai hipertiroid.

Tanyalah apa pun daripada tanda-tanda, penyebab dan malah rawatan mampu aku jawab. Mungkin sebab terlalu yakin yang aku tahu segalanya maka peristwa ni terjadi.

Aku dan Hipertiroid


Lebih kurang tiga minggu dulu, aku perasaan bekalan ubat yang diberikan kepada aku tidak mencukupi sehingga ke appointment aku yang seterusnya. Aku mengabaikan keadaan tu memandangkan prosedur untuk mengambil ubat daripada Klinik Kesihatan terlalu rumit untuk wanita yang bekerja seperti aku. Alasan sebenarnya! Hehe!

Sejak daripada tu aku mula mengalami perubahan yang mungkin tak keletihan secara fizikal. Aku yakinkan diri sendiri bahawa aku mampu bertahan sehingga ke appointment yang seterusnya. Tapi aku SILAP!

Keadaan yang paling sukar aku kawal adalah apabila jantung aku bergerak terlalu laju sehingga aku mengalami kesukaran untuk bernafas. Encik suami dan Mak selalu suruh aku pergi hospital. Tapi aku degil! Hari demi hari ianya semakin sukar dan aku mula menyedari yang aku tak akan mampu bertahan!

---------------------------------

Rabu  25hb September, aku terasa makin teruk! Encik suami untuk sekian kalinya memujuk aku untuk ke hospital. Aku masih enggan. Entah kenapa aku agak takut untuk ke hospital. Disebabkan desakan Encik suami, aku ke Klinik  Kesihatan Rantau Panjang. Di sini aku menceritakan masalah aku kepada MA (Medical Assistant) yang bertugas.

Sikit punya panjang aku bercerita, dia seperti tidak memahami condition aku. Aku dirujuk kepada MO (Medical Officer) pula. Sebelum tu aku disuruh tunggu sehingga nombor dipanggil. Hampir sekian lama aku menunggu, akhirnya aku dipanggil. Belum pun sempat aku bercerita, doktor dah macam kena histeria bila dia seakan menjerit bila mengetahui penyakit aku.

Dia memanggil nurse yang berhampiran. "This is emergency, we need to get an ambulance!"

Aku disuruh buat ECG dan BP (blood pressure). Suasana di dalam bilik rawatan tu seperti PANIK! Aku pula masih blur kenapa diorang kelam kabut.

"Why didn't you take your medicine?" tanya doktor tu dengan nada seakan marah.

"Ubat habis!" jawab aku dengan senyuman dan agak tercungap-cungap.

"You punya condition worse pun, you boleh senyum!" kata doktor tu sambil menyemak keputusan BP dan ECG aku.

"Your heart beat is 150! My goodness! You tahu tak normal heart beat is between 80 to 100. Yours 150!" kata doktor tu yang masih dalam nada marah.

"You punya pernafasan pun 50 aje, normal is 100. Do you need gas?" tanya doktor tu.

Aku hanya mengeleng. 

Lepas tu Encik suami pula kena marah. Aku sekali lagi tersenyum sebab sebenarnya aku yang tak nak pergi hospital. Hehe!

"You dah tahu isteri you ada penyakit ni, you kena bawa dia pergi hospital! Dia boleh kena strok, sakit jantung and paling teruk mati!" kata doktor tu.

"Kita takut dia kena thyroid storm" tambah doktor perempuan berbangsa Melayu tu lagi.

Lepas tu dia start tanya soalan sama ada aku ada demam dan muntah.

Setelah aku memberi jawapan bahawa aku tidak mengalami semua keadaan tu, dia suruh aku berehat sementara menunggu ambulance.

Dan bermulalah episod pertama dalam hidup aku menaiki ambulance! Hehe!

P/S - Aku manusia biasa dan tak lari daripada melakukan kesilapan (^_^)

22 comments:

  1. bahaya jugak ni sis....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hyperthyroid adalah biasa, hanya perlu ambil ubat yang disyorkan
      thyroid storm yang bahaya, boleh mengakibatkan kematian

      Delete
  2. saya masih tak berapa faham penyakit tu.. kena semak entri2 lama awak la... kekekeke

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. saya tak paham kenape awk dok gelak...tp saya pun gelak juga la....hahahah

      Delete
  4. waaaa... berubat cepat sis. Btw SM done follow sini jemput singgah ke blog kalau sudi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memang dah berubat...tapi benda nak jadi...hehe
      apapun mekacih =)

      Delete
  5. Saya pon mengidap penyakit yg sama tp lmbt sgt kebahnya. Klu tk mkn ubat, saya akn kehilangan berat bdn sebyk 10kg seminggu wlaupon mkn nasi penuh 5 kali sehari dan jntung terlalu cepat, tk mmpu bergrk byk n bahg dlm kerongkong mmbengkak hgg suara sye hilang. Akhirnya sye cuba syor dr seorg doc utk mencuba 4life... tk smpai 2 mggu sye dh cergas dn boleh memapah ibu yg strok teruk. Sye hentikn ubt hospital. Kini sye rasa sihat sepenuhnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamu makan ubat apa dulu tu
      bukan tak boleh suka-suka berhenti ke?

      apapun good for you sebab dah recover =)

      Delete
    2. Sy pn pesakit hypeetiroid . Dh setahun xmakan ubat...risau plak baca psl strom ape tu..

      Delete
    3. kenapa tak makan ubat? doctor suruh ke?
      kalau doctor suruh, takde masalah.
      saya pun penaj setahun tak makan ubat
      ini saya makan ubat, sekali ubat tak cukup
      tu yang teruk

      Delete
  6. bole saye hubungi awak?? saye perlukn support..

    ReplyDelete
  7. Hm, takut takut kalau fikirkan ttg hospital.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...nak buat camne dik
      dah gitu perjalanan hidup. hadap ajelah =)

      Delete
  8. salam...sis, brapa reading T4 masa mula2 kena thyroid...??

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam
      saya disahkan penghidap hipertiroid masa saya 13 tahun
      saya tak ingat
      lagipun pada usia tu saya tak begitu alert dengan reading T4

      Delete
  9. kak , nak tnya , keputusan thiroid sya tinggi, sya pning melayang stiap ari, adakah itu kesan smpingan tiroid?? mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf ye, dah lama awak punya komen ni
      baru arini perasan
      kesan sampingan tiroid ni, ada banyak
      ia juga tak sama setiap orang
      macam kes kamu ni, akak tak tahu
      elok tanya doktor

      Delete
  10. Hahaha sama lah cerita kita kena marah gak time tu jantung 180 😂 tapi doc tempat kita memang perangai macam tak amik endah sangat dia suh makan ubat 2 3 hari lagi teruk baru suh gi hospital

    ReplyDelete
  11. Keputusan darah saya baru keluar...jantung saya MMG 130-148 ...cuma agak letih...sesak nafas.

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...