Baby dan Taman Permainan (^_^)

10:05:00 pm Yana Yani 12 Comments

Hari paling aku tunggu dalam seminggu adalah weekend! Ditambah pula cuti weekend kali ni panjang sikit bersempena dengan Hari Malaysia, memang terbaik!

Aku dah start cuti dari hari Jumaat, tak kemana pun. Saja nak habiskan cuti tahun, bolehlah rehat lama sikit. Kononlah!

Tapi kalau dah nama Mama, istilah rehat tu tak wujud pun! Ada aje kerja yang nak dilakukan. Hehe! Benda tu nak buat, benda ni nak buat. Semua benda nak buat!

Hari Ahad baru pergi ke rumah Kak Mala yang baru aje bersalin 28 Ogos lepas. Alhamdulillah sejak sekian lama nak mendapatkan anak perempuan, tercapai juga! Hehe!


Ni lah dia anak dara Kak Mala, Ainul Mardhiah. Kalau tak salah ejalah!. Tapi rasanya betul. Hehe! Tengok mata dia tu, bulat aje kan. Budak sekarang, cerdik! Aisy dulu pun baru lahir dah melilau mata.

Yang kat bawah ni pula Rayna Zaara. Gambar tak berapa clear sebab dia terlalu excited gambar dia nak diambil! Hehe! Geng-geng Aisy ni besok!


Malam tu pula aku tidur rumah Mak mertua, tengahari baru balik sebab Encik suami kerja overtime. Pastu Angah call, ajak ronda-ronda. Memang peluang yang tak boleh dilepaskan! Hehe!

Dia ajak makan dekat Kampung Kuantan. Aku lupa nama kedai tu, kalau tak silap Andak Asam Pedas. Tapi dia punya asam pedas memang terangkat!

Berpeluh dahi ni dok makan sampai tak toleh kiri kanan dah! Aisy ada dekat riba aku pun aku lupa. Punyalah sedap! Hehe!


Gambar ni pun tak berapa nak clear sebab aku dah tak sabar nak makan! Wahaha! Tapi sebelum makan, kita posing ala-ala model gitu! Hehe!


Lepas tu Angah ajak pergi Taman Tasik Shah Alam. Tengok anak-anak dok ceria main, aku pun rasa seronok. Sekurangnya hilang sikit rasa penat lelah.


Budak berdua dekat bawah ni lah yang selalu dok meneman aku. Yang lain semua dok jauh. Syafie dengan Annur, sibuk belajar. Dayah pula ikut laki dia. Tinggallah kami aje.

Apapun ceria hari aku pun disebabkan diorang! Wahaha!


Begitulah berakhirnya cuti hujung minggu aku. Besok dah mula kerja balik. Malas betul rasanya. Tapi nak buat macam mana, tanggungjawab!


P/S - Tak sabar nak tunggu cuti hujung minggu next week pula! (^_^)

12 comments:

  1. ceria anak2 bermain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah diorang memang suka dapat pergi sini =)

      Delete
  2. betul tu kak. kalau dah status mama, ibu, umi, memang takkan ada istilah cuti..hihi.

    ni la ibu putih kak---> http://putrimalupage.blogspot.com/2013/09/krim-ibu-putih.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. mana nak adalah istilah cuti tu
      tak wujud pun gamaknya =)

      ooo..tu rupanya. baru tau...hehe

      Delete
  3. punye la lama zura tk dtg sini, baru perasan blog yana dh bertukar layout... nmpk segar jerk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru je tukar zura...
      suka sangat design ni =)

      Delete
  4. Ainul Mardhiah boleh celebrate birthday dengan untie la yer.. share date birthday yg sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? tak lambat lagi kan nak wish HAPPY BIRTHDAY!

      Delete
  5. terliur tengok gambar asam pedas tu :)

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...