Bila Artis Bertudung Bersuara (^_^)
Sebelum aku nak membebel panjang, aku nak maklumkan bahawa aku bukan seorang yang sempurna. Cuma aku rasa adalah HARUS untuk aku menyuarakannya.Semoga ia boleh dijadikan renungan buat kita semua. Insya Allah!
Lately ramai artis wanita yang sudah mula bertudung atau berhijab. Alhamdulillah kalau mereka berniat kerana ALLAH SWT.
Pun begitu agak mengecewakan apabila melihat ramai artis yang bertudung ni mengenakan penampilan yang tidak mengikut syariat.
Baru-baru ni aku terbaca di Kosmo! edisi Khamis 12 September 2013 tentang beberapa artis dikritik kerana penampilan mereka setelah bertudung.
Antaranya Shila Amzah, Alyah dan Yatt Hamzah. Dalam ketiga-tiga artis yang disebutkan tu, aku tertarik dengan kenyataan Alyah.
Melihat kepada cara pemakaian Alyah ketika ini, jelas menunjukkan yang dia masih kurang ARIF mengenai ciri-ciri pakaian seorang Muslimah.
"Memang ramai yang tidak boleh terima cara pemakaian saya ini tetapi sekurang-kurangnya saya tidak mengenakan pakaian yang melampui batas seorang wanita Muslimah," jelas Alyah ketika dihubungi Kosmo!
Dalam Islam seorang wanita diwajibkan untuk menutup aurat dari hujung rambut hingga ke hujung kaki adalah bagi bertujuan memelihara ketinggian nilai peribadi seorang wanita Muslimah.
Ia seperti yang diterangkan oleh Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin di sini.
Ciri-ciri pakaian Muslimah adalah:
1. Bukan merupakan pakaian yang meraih kemasyhuran
2. Tidak menyerupai pakaian kaum bukan Islam
3. Tidak menyerupai kaum lelaki
4. Tidak jarang kainnya
5. Tidak menampakkan bentuk badan
6. Tidak mengenakan wangian pada pakaian
7. Menutupi tubuh badan kecuali apa yang zahir.
Boleh klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut serta untuk mendapatkan perincian bagi setiap ciri-ciri yang disebutkan di atas.
Ketahuilah wahai semua saudaraku terutama wanita Muslimah, antara tanda kiamat kecil adalah banyaknya wanita yang berpakaian tapi hakikatnya telanjang!
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya deperti telanjang"
Jadi kepada semua wanita Muslimah, marilah kita sama-sama muhasabah diri bahawa kematian itu adalah pasti! Adakah amalan kita sudah mencukupi?
Tepuk dada, tanya iman (^_^)
Salam perkenalan.
ReplyDeleteSaya memg x berkenan cara Alyah bertudung...
salam perkenalan
Deleteterima kasih sudi singgah sini
ramai yang masih belum jelas kot?hehehe..
ReplyDeleteagaknya lah =)
Deletebetul tu kak. ramai artis sekarang bertudung tapi pakaian ketat sgt2.mungkin terpesong dari niat asal bertudung.apapun, semoga mereka dan kita smua mendapat hidayah darinya dan sedar akan niat asal kita
ReplyDeletemungkin diorang tak berapa faham lagi kot
Deleteaminnn =)