Bila English Subjek Wajib! (^_^)
Tadi time aku tengah sibuk masak dekat dapur, aku terdengar tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang dibentangkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin.Mula-mula tak ambil peduli pun! Hehe!
Tapi bila Timbalan Perdana Menteri menyebut tentang Bahasa Inggeris adalah subjek wajib lulus bagi SPM 2016 cukup membuatkan aku memberhentikan seketika kerja-kerja memasak aku.
BAGUS! Tu adalah perkataan yang aku sebut bila dengar sudutan pembentangan tersebut. Aku amat setuju dan aku nampak kesan posiftif yang bakal anak-anak aku rasai pada masa depan.
Aku mula menyedari bahawa English adalah subjek penting bila Abah dihina kerana gagal memahami borang dalam bahasa tersebut yang perlu diisi. Aku hanya berusia 12 tahun ketika tu.
Tapi aku masih ingat dengan jelas penghinaan tersebut yang memberi impak besar dalam kehidupan aku dan menjadikan aku siapa aku sekarang.
Dulu aku amat benci dengan MANUSIA tersebut. Tambah mengecewakan, dia sebangsa dengan aku.
Tapi sekarang aku rasa aku perlu ucapkan terima kasih.
Disebabkan dia aku berazam untuk mengusai Bahasa Inggeris. Alhamdulillah sekarang ia merupakan bahasa kedua di dalam kehidupan seharian aku.
TERIMA KASIH!
English sememangnya bahasa yang cukup penting dan amat perlu dipelajari!
Kebanyakkan ilmu ditulis dalam bahasa global tu. Malah nak minta kerja pun memerlukan kita berbahasa English. Even nak jadi promoter pun memerlukan kita berbahasa tersebut.
Sekurang-kurangnya Pelan Pendidikan Malaysia pada kali ni membolehkan aku menarik nafas lega despite dengan kenaikan harga petrol yang buat aku rasa nak ketuk kepala yang suggest!
Tapi apa kita boleh buat? Kita rakyat aje! Sebab tu senang kena tenyeh!
P/S - Selalu suruh Afif tengok Oh! My English (^_^)
hehehe....betul tu sis..
ReplyDeletekan...hehe =)
DeleteAssalamualaikum, singgah dan folloe di sini. Jemput ke blog saya pula ya.
ReplyDeleteOh, mengapa perlu dihina orang tidak boleh berbahasa Innggeris. Sedangkan sepatutnya hal surat menyurat dan borang rasmi harus dalam bahasa Melayu. Inilah yang terjadi apabila bahasa Melayu tidak dimartabatkan.
Baguslah, kita bukan menghalang mempelajari Bahasa Inggeris sebaliknya kenalah ikut keadaan juga.
Wah, bukan orang sebarangan tinggalkan komen ni
Deletesaya tak pandai nak bahaskan. tapi yang pasti setiap orang mempunyai pandangan tersendiri. tak gitu? =)
anyway terima kasih sebab follow. ianya satu penghargaan =)
saya dah follo balik tau =)
siapalah org itu yer?? menghina orang tua yang tak pandai berbahasa English.. geram jugak hati ni. Tapi apapun.. english penting sekarang ni. Majoriti sekarang budak2 pun dah pandai speaking tak macam kita dulu.. duduk kampung.mak ayah pun tak pandai english macam mana nak ajar anak bertutur bahasa english kan.. tp kita sekarang tak macam mak ayah kita dulu. kalau kelam kabut sikit pun at least kita boleh jugak berbual dalam english bila memerlukan.
ReplyDeleteseseorang yang merasakan diri cukup bagus kerana pandai berbahasa inggeris. biarlah ALLAH aje yang membalas perbuatan "baik" dia tu.
Deleteapapun english memang bahasa yang perlu dikuasai
tak rugipun kalau belajar...byk ilmu dapat
untung la fasih Bahasa english.. ima x reti :'(
ReplyDeletePractice make perfect!
DeleteMana-mana bahasa kita belajar pun kena selalu practice
Baru boleh success!
Bhsa inggeris memg pntg..kali blaja xpraktik pun xgune kan
ReplyDeletebetul!
Deletesaya dulu ada belajar bahasa arab...
sbb tak pernah practise, lupa!