Weekend Is Back! (^_^)

7:30:00 pm Yana Yani 6 Comments

Setelah beberapa hari dok sibuk dengan kenduri tahlil untuk arwah Nenek. Aku meneruskan kehidupan seperti biasa dan salah satunya adalah berjalan!

Sabtu baru ni aku dan anak-anak ikut Mak dan Abah nak buat rawatan homeotrapi di Sekinchan. Aku sebenarnya tak langsung maksud homeotrapi. Main ikut aje, janji berjalan! Hehe!

Lagipun minggu lepas Encik suami kerja shift petang. So changes nak pergi berjalan tu memang tak akan dapat kalau dia kerja petang.

Tapi aku paling suka pergi dekat Pantai Sekinchan. Pemandangan dia memang awesome pada aku! Tak caya cuba korang tengok antara gambar yang aku rakamkan.


Amacam? Cantik tak Kak Ton? Eh silap, cantik tak gambar tu? Hehe!

Gambar dekat bawah ni pula antara mereka yang menyertai lawatan pada hari tu. Hehe! Cuma Angah aje tak ada dalam gambar, tak berapa sihat.


Hari Ahad pula time aku tengah sibuk nak buat sarapan, Encik suami ajak breakfast dekat luar. Excited aku! Lagipun aku bab masak-memasak ni memang malas!

Encik suami ajak kitorang breakfast kat tempat favourite kitorang. Aku pernah cerita pasal restoran ni dalam entry aku satu masa dulu.

Klik sini kalau rasa rajin nak baca ye.

Aku paling suka nasi goreng ayam dia. Memang marvelous! Kena pula dengan teh ais! Teringat pun boleh meleleh ayer liur. Hehe! Tapi memang terbaik! At least pada aku lah kan! Hehe!


Petang pula balik ke rumah Mak Abah Encik suami. Jumpa dengan si kecik Aina a.k.a Rayna Zaara. Posing lagi! Hehe!


Cer tengok muka Aina tu, macam tak rela gambar dia kena ambik! Hehe!

Apapun, begitulah cara aku dan family menghabiskan waktu hujung minggu kami. Mungkin tak fancy macam orang lain, tapi dia tetap valuable moment!

Tetiba teringat lagu Feel this moment pula! (^_^)

One day when the light is glowing,
I'll be in my castle golden,
But unil the gates are open,
I just wanna feel this moment

P/S - Can't wait for the next weekend! (^_^)

6 comments:

  1. zura suka lepak tepi pantai.. rasa tenang je tengok air... trus ilang tension kejap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...saya pun suka lepak dekat pantai
      lagi kalau ada anak-anak...rasa damai aje

      Delete
  2. cantik betul pantai sekinchan tu kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah! saya pun first time ke sini
      cantik sangat pemandangan dia! (^_^)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...