Syawal 1434H: Hari Keempat (^_^)
Insya Allah esok adalah hari terakhir bulan Syawal. Cepat betul masa berlalu kan? Sedar tak sedar kita dah nak melangkah ke bulan Zulkaedah.Hari ni juga merupakan entry aku yang terakhir mengenai cara kami menyambut Syawal. Pada sesiapa yang belum berkesempatan nak baca entry aku sebelum ni, boleh klik di sini.
Pada raya keempat ni, kami ke kampung Encik suami untuk menziarahi saudara-mara Eencik suami yang berada di Kampung Sungai Serdang, Kapar dan sekitarnya.
Aku rasa aku belum cerita lagi pasal sepupu-sepupu cilik aku daripada Kuala Lipis yang ikut kami balik ke Klang. Beria-ria diorang nak ikut. Tak sampai hati pula nak kata tidak.
Dipendekkan ceritakan Jiha dan Tia aku ajak ikut ke Kampung Sungai Serdang bagi memenuhi aktiviti mereka di Klang. Aku juga nak mereka rasa sambutan raya di sini.
Diorang cukup excited especially bila tengok pelita yang menerangi kawasan rumah. Di Kampung Temperah, Pahang budaya pasang pelita tidak wujud.
Kak Mala a.k.a kakak ipar aku dan family turut serta dalam aktiviti terjah rumah di sini. Hehe! Okay, tak payah cerita panjang dan biar gambar bersuara.
Kebanyakkan rumah yang kami terjah hari tu, tak berpenghuni. Maklumlah masing-masing sibuk beraya. Tak apalah, Insya Allah panjang umur tahun depan kita jumpa lagi.
Kemudian kami bergerak ke rumah Nenek Encik suami. Sepanjang Ramadhan lalu, kami tak berkesempatan untuk jumpa Nenek. Ada sahaja urusan yang membantaskan.
Tapi bila jumpa Syawal ni terasa sayu pula hati bila Nenek langsung tak mengenali kami. Dia juga tak mampu bergerak dengan sempurna sebelum ni.
Di sini aku nak selitkan sikit nasihat terutama kepada mereka yang bergelar LELAKI. Ingat syurga kamu seorang anak lelaki terletak di bawah telapak kaki ibu kamu.
Berdosa besar kamu mengabaikan tanggungjawab kamu terhadap ibu kamu sendiri. Kalau tak tahu, cuba belajar daripada Ustaz Kazim Elias. Jangan sibuk cari harta dunia aje! Tak kemana pun!
Emosi pula aku ni. Hehe! Tinggalkan cerita tadi, sambung cerita raya lagi ye
Ni gambar Kak Mala and family. Suami dia kami panggil Ustaz disebabkan perwatakan dan kerjaya dia. Anak-anak dia Khalis dan Baihaqi. Dalam perut tu baru aje keluar 28 Ogos lepas.
Alhamdulillah Kak Mala dapat juga baby girl setelah lama menanti. Tak sabar nak tengok ahli keluarga baru! Hehe!
Harap maklum ni bukan anak Kak Mala ye. Tapi anak sepupu Encik suami , Ain yang merupakan kawan baik aku time dekat kolej dulu. Aku kenal Encik suami melalui dia lah! Hehe!
Jodoh kan? By the way, nama anak dia ni aku ingat Betty aje. Panjang nama, jenuh nak mengingat! Eleh, cakap orang, nama anak awak bukan lagi panjang ke? Hehe!
Tiba-tiba rasa rindu zaman kami close dulu. Masa dan keadaan sekeliling telah memisahkan keakraban kami. Tapi aku sentiasa ingat setiap moment dengan dia.
Agak-agak dia ingat aku tak sama macam aku ingat dia? Emm, I wonder
Cer tengok Kak Mala ni, punyalah teringinkan anak perempuan. Terlanjur dok tengok baby tu meronta kan, teringat pasal cerita ni. Kalau nak tahu jantina anak kita, cuba bawa baby datang dekat.
Kata orang, kalau baby yang kita bawa dekat tu menangis atau tak nak dengan kita, maknanya sama jenis! Kalau dia dok elok aje, lain jenis! Tapi tak usah percaya! Khurafat pula jadinya kang!
Ni lah dia sepupu-sepupu cilik aku! Yang sebelah kiri tu anak Mak Long, kitorang panggil dia Jiha. Jangan tanya nama sebenar dia ye, tak tahu! Hehe!
Yang tengah tu adik aku, Anis poyo! Hehe! Kalau dia baca ayat aku sebut tadi, confirm mengamuk! Dah lah dia rajin juga singgah sini! Eleh, relax lah Anis! Kita kan kawan! Hehe!
Dekat sebelah kanan tu pula anak Pak Anjang, kitorang panggil dia Tia. Sekali lagi jangan tanya nama penuh dia. Aku tak tahu! Wahaha!
Diorang bertiga ni sebaya. Paling tua Anis, yang paling muda aku! Hehe! Jujurnya aku tak tahu siapa paling muda. Kena tanya dekat Mak. Hehe!
Diorang agak close! Sepanjang ada dekat kampung, asyik berkepit aje! Jelous aku!
-----------------------------------
Begitulah berakhirnya cerita raya aku pada kali ni. Insya Allah kalau dipanjang umurkan, aku akan cerita untuk tahun-tahun akan datang pula. Doa-doakan ye!
P/S - Cik Kathy Rbain, saya dah well received bookmark yang Cik Kathy buat tu. Terima kasih bebanyak! Suka sangat!
seronok sangat baca citer sis..tak boleh tlepas satu entri...
ReplyDeleteterima kasih cik kathy...appreciate sgt sbb selalu singgah sini =)
Delete