Aku dan Hipertiroid (^_^)

11:28:00 pm Yana Yani 22 Comments

Aku dan Hipertiroid | Siapa yang dok selalu singgah sini mesti pernah terbaca mengenai hipertiroid yang aku dah hidapi sejak 17 tahun yang lalu, iaitu ketika aku berusia 13 tahun. Lama kan? Sebab dah lama sangat menghidap penyakit, aku dah boleh dikategorikan expert mengenai hipertiroid.

Tanyalah apa pun daripada tanda-tanda, penyebab dan malah rawatan mampu aku jawab. Mungkin sebab terlalu yakin yang aku tahu segalanya maka peristwa ni terjadi.

Aku dan Hipertiroid


Lebih kurang tiga minggu dulu, aku perasaan bekalan ubat yang diberikan kepada aku tidak mencukupi sehingga ke appointment aku yang seterusnya. Aku mengabaikan keadaan tu memandangkan prosedur untuk mengambil ubat daripada Klinik Kesihatan terlalu rumit untuk wanita yang bekerja seperti aku. Alasan sebenarnya! Hehe!

Sejak daripada tu aku mula mengalami perubahan yang mungkin tak keletihan secara fizikal. Aku yakinkan diri sendiri bahawa aku mampu bertahan sehingga ke appointment yang seterusnya. Tapi aku SILAP!

Keadaan yang paling sukar aku kawal adalah apabila jantung aku bergerak terlalu laju sehingga aku mengalami kesukaran untuk bernafas. Encik suami dan Mak selalu suruh aku pergi hospital. Tapi aku degil! Hari demi hari ianya semakin sukar dan aku mula menyedari yang aku tak akan mampu bertahan!

---------------------------------

Rabu  25hb September, aku terasa makin teruk! Encik suami untuk sekian kalinya memujuk aku untuk ke hospital. Aku masih enggan. Entah kenapa aku agak takut untuk ke hospital. Disebabkan desakan Encik suami, aku ke Klinik  Kesihatan Rantau Panjang. Di sini aku menceritakan masalah aku kepada MA (Medical Assistant) yang bertugas.

Sikit punya panjang aku bercerita, dia seperti tidak memahami condition aku. Aku dirujuk kepada MO (Medical Officer) pula. Sebelum tu aku disuruh tunggu sehingga nombor dipanggil. Hampir sekian lama aku menunggu, akhirnya aku dipanggil. Belum pun sempat aku bercerita, doktor dah macam kena histeria bila dia seakan menjerit bila mengetahui penyakit aku.

Dia memanggil nurse yang berhampiran. "This is emergency, we need to get an ambulance!"

Aku disuruh buat ECG dan BP (blood pressure). Suasana di dalam bilik rawatan tu seperti PANIK! Aku pula masih blur kenapa diorang kelam kabut.

"Why didn't you take your medicine?" tanya doktor tu dengan nada seakan marah.

"Ubat habis!" jawab aku dengan senyuman dan agak tercungap-cungap.

"You punya condition worse pun, you boleh senyum!" kata doktor tu sambil menyemak keputusan BP dan ECG aku.

"Your heart beat is 150! My goodness! You tahu tak normal heart beat is between 80 to 100. Yours 150!" kata doktor tu yang masih dalam nada marah.

"You punya pernafasan pun 50 aje, normal is 100. Do you need gas?" tanya doktor tu.

Aku hanya mengeleng. 

Lepas tu Encik suami pula kena marah. Aku sekali lagi tersenyum sebab sebenarnya aku yang tak nak pergi hospital. Hehe!

"You dah tahu isteri you ada penyakit ni, you kena bawa dia pergi hospital! Dia boleh kena strok, sakit jantung and paling teruk mati!" kata doktor tu.

"Kita takut dia kena thyroid storm" tambah doktor perempuan berbangsa Melayu tu lagi.

Lepas tu dia start tanya soalan sama ada aku ada demam dan muntah.

Setelah aku memberi jawapan bahawa aku tidak mengalami semua keadaan tu, dia suruh aku berehat sementara menunggu ambulance.

Dan bermulalah episod pertama dalam hidup aku menaiki ambulance! Hehe!

P/S - Aku manusia biasa dan tak lari daripada melakukan kesilapan (^_^)

22 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Ambulance: Beri Laluan! (^_^)

11:51:00 pm Yana Yani 8 Comments

Ambulance: Beri Laluan! | AMBULANCE bukanlah perkataan asing dalam kehidupan seharian kita. It is familiar! Kalau kita bernasib baik, hampir setiap hari kita akan dengar bunyi siren ambulance. Disebabkan itu, hampir semua manusia di atas muka bumi ALLAH ni cukup arif fungsi dan peranan ambulance.

Even Afif yang baru berusia 4 tahun 10 bulan pun cukup faham peranan ambulanceSo, sekarang ni aku nak tanya soalan cepu emas dekat korang. Sekiranya korang faham fungsi dan peranan ambulance, mesti korang akan beri laluan kepada ambulance, betul tak?

Jika jawapan korang adalah sebaliknya, ianya MENGECEWAKAN! Mungkin ada di antara kita yang fikir bahawa ambulance mempunyai kelengkapan yang cukup termasuk seorang doktor macam cerita ER atau General Hospital.

Hakikatnya TIDAK!

Kalau kita nampak ambulance bergerak, dalam tu hanya ada pemandu, nurse, pesakit dan mungkin ahli keluarga sahaja! Jika ada kes-kes tertentu barulah ada Medical Assistance atau Paramedic




Peralatan di dalam ambulance pun yang basic sahaja. Disebabkan tu pesakit perlu segera dibawa ke hospital. Bunyi siren bermakna ada pesakit yang perlu rawatan segera! Kata Angah yang berkerja dengan Jabatan Kesihatan, "Ambulance kalau ada lampu tapi tak ada bunyi, maknanya pesakit dah mati. Orang kat dalam tu tak boleh buat apa-apa!"

Pengalaman pertama menaiki ambulance, cukup membuka mata aku mengenai kesedaran masyarakat di MALAYSIA mengenai ambulance masih ditahap terlalu RENDAH!< Tak kisahlah kau CINA ke, MELAYU ke, INDIA ke. SAMA aje!

Sepanjang aku berada dalam ambulance tu, aku tak nampak langsung ada kenderaan yang cukup BAIK HATI memberi laluan kepada ambulance. Semua ARROGANT! Mungkin dalam kes macam aku tu bukan ditahap serious walaupun doktor mengatakan kemungkinan buruk mungkin akan berlaku. Cuba bayangkan kes-kes teruk, contohnya accident!

Disebabkan sikap terlalu PRIHATAIN masyarakat di MALAYSIA, mangsa kemalangan yang berada di dalam ambulance mungkin mengalami akibat paling buruk iaitu MATI! Betullah ajal dia dah sampai. Tapi tak rasa bersalah ke? Disebabkan kita dia MATI! Automatik kita dikategorikan sebagai PEMBUNUH!

Jadi TOLONGLAH beri LALUAN kepada ambulance! Tak susah pun! Ketepikan sikit kenderaan kita. Tak pun berhenti sekejab. It doesn't cost you a thing! Disebabkan bantuan kita yang kecil tu kita mungkin telah menyelamatkan seseorang.

Sekali lagi, BERI LALUAN KEPADA AMBULANCE! YOU COULD SAVE SOMEONE LIFE!

Trust me, It doesn't cost you a thing!

P/S - Kehidupan kita ni sentiasa ada pilihan. Sama ada kita pilih untuk buat baik atau sebaliknya. The choice is in your hands (^_^)

8 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Weekend Is Back! (^_^)

7:30:00 pm Yana Yani 6 Comments

Setelah beberapa hari dok sibuk dengan kenduri tahlil untuk arwah Nenek. Aku meneruskan kehidupan seperti biasa dan salah satunya adalah berjalan!

Sabtu baru ni aku dan anak-anak ikut Mak dan Abah nak buat rawatan homeotrapi di Sekinchan. Aku sebenarnya tak langsung maksud homeotrapi. Main ikut aje, janji berjalan! Hehe!

Lagipun minggu lepas Encik suami kerja shift petang. So changes nak pergi berjalan tu memang tak akan dapat kalau dia kerja petang.

Tapi aku paling suka pergi dekat Pantai Sekinchan. Pemandangan dia memang awesome pada aku! Tak caya cuba korang tengok antara gambar yang aku rakamkan.


Amacam? Cantik tak Kak Ton? Eh silap, cantik tak gambar tu? Hehe!

Gambar dekat bawah ni pula antara mereka yang menyertai lawatan pada hari tu. Hehe! Cuma Angah aje tak ada dalam gambar, tak berapa sihat.


Hari Ahad pula time aku tengah sibuk nak buat sarapan, Encik suami ajak breakfast dekat luar. Excited aku! Lagipun aku bab masak-memasak ni memang malas!

Encik suami ajak kitorang breakfast kat tempat favourite kitorang. Aku pernah cerita pasal restoran ni dalam entry aku satu masa dulu.

Klik sini kalau rasa rajin nak baca ye.

Aku paling suka nasi goreng ayam dia. Memang marvelous! Kena pula dengan teh ais! Teringat pun boleh meleleh ayer liur. Hehe! Tapi memang terbaik! At least pada aku lah kan! Hehe!


Petang pula balik ke rumah Mak Abah Encik suami. Jumpa dengan si kecik Aina a.k.a Rayna Zaara. Posing lagi! Hehe!


Cer tengok muka Aina tu, macam tak rela gambar dia kena ambik! Hehe!

Apapun, begitulah cara aku dan family menghabiskan waktu hujung minggu kami. Mungkin tak fancy macam orang lain, tapi dia tetap valuable moment!

Tetiba teringat lagu Feel this moment pula! (^_^)

One day when the light is glowing,
I'll be in my castle golden,
But unil the gates are open,
I just wanna feel this moment

P/S - Can't wait for the next weekend! (^_^)

6 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Kau Pergi Jua (^_^)

11:53:00 pm Yana Yani 5 Comments

Tanggal 18 September 2012 bersamaan 12 Zulkaedah 1434 kami sekeluarga mendapat berita sedih. Nenek Encik suami yang telah sekian lama sakit telah kembali ke rahmatullah.

Inna lillahi wa inna ilayhi raaji'un.

Hadis Riwayat Muslim, Abu Ddawud, At-Tirmidzi, Nasa'i dan Ahmad:
Apabila seorang anak Adam meninggal dunia maka putuslah segala amalannya kecuali tiga hal iaitu sedekah amal jariyah, anak yang soleh yang mendoakannya dan ilmu yang bermanfaat sesudahnya.


Ianya berita yang mengejutkan walaupun Nenek memang sejak sekian lama menanggung derita akibat penyakit yang pelbagai. Semoga dia ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Ya ALLAH, ampunilah Nenda, kasihilah Nenda, maafkanlah Nenda, muliakanlah tempat Nenda, luaskanlah tempat masuk Nenda, mandikanlah Nenek dengan air salju dan embun. 

Ya ALLAH, sucikanlah Nenda dari segala kesalahan sebagaimana pakaian disucikan daripada najis. Gantikan untuk Nenda rumah yang lebih baik dari rumahnya, gantikan untuk Nenda keluarga yang lebih baik dari keluarganya, gantikan untuk Nenda pasangan yang lebih baik dari pasangannya.

Ya ALLAH, masukkanlah Nenda ke dalam SyurgaMu dan lindungilah Nenda dari azab kubur dan azab api NerakaMu. Amin

Mereka dalam kenangan (^_^)

lillahi wa inna ilayhi raaji’un.
Inna lillahi wa inna ilayhi raaji’un.
Inna lillahi wa inna ilayhi raaji’un.

5 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Baby dan Taman Permainan (^_^)

10:05:00 pm Yana Yani 12 Comments

Hari paling aku tunggu dalam seminggu adalah weekend! Ditambah pula cuti weekend kali ni panjang sikit bersempena dengan Hari Malaysia, memang terbaik!

Aku dah start cuti dari hari Jumaat, tak kemana pun. Saja nak habiskan cuti tahun, bolehlah rehat lama sikit. Kononlah!

Tapi kalau dah nama Mama, istilah rehat tu tak wujud pun! Ada aje kerja yang nak dilakukan. Hehe! Benda tu nak buat, benda ni nak buat. Semua benda nak buat!

Hari Ahad baru pergi ke rumah Kak Mala yang baru aje bersalin 28 Ogos lepas. Alhamdulillah sejak sekian lama nak mendapatkan anak perempuan, tercapai juga! Hehe!


Ni lah dia anak dara Kak Mala, Ainul Mardhiah. Kalau tak salah ejalah!. Tapi rasanya betul. Hehe! Tengok mata dia tu, bulat aje kan. Budak sekarang, cerdik! Aisy dulu pun baru lahir dah melilau mata.

Yang kat bawah ni pula Rayna Zaara. Gambar tak berapa clear sebab dia terlalu excited gambar dia nak diambil! Hehe! Geng-geng Aisy ni besok!


Malam tu pula aku tidur rumah Mak mertua, tengahari baru balik sebab Encik suami kerja overtime. Pastu Angah call, ajak ronda-ronda. Memang peluang yang tak boleh dilepaskan! Hehe!

Dia ajak makan dekat Kampung Kuantan. Aku lupa nama kedai tu, kalau tak silap Andak Asam Pedas. Tapi dia punya asam pedas memang terangkat!

Berpeluh dahi ni dok makan sampai tak toleh kiri kanan dah! Aisy ada dekat riba aku pun aku lupa. Punyalah sedap! Hehe!


Gambar ni pun tak berapa nak clear sebab aku dah tak sabar nak makan! Wahaha! Tapi sebelum makan, kita posing ala-ala model gitu! Hehe!


Lepas tu Angah ajak pergi Taman Tasik Shah Alam. Tengok anak-anak dok ceria main, aku pun rasa seronok. Sekurangnya hilang sikit rasa penat lelah.


Budak berdua dekat bawah ni lah yang selalu dok meneman aku. Yang lain semua dok jauh. Syafie dengan Annur, sibuk belajar. Dayah pula ikut laki dia. Tinggallah kami aje.

Apapun ceria hari aku pun disebabkan diorang! Wahaha!


Begitulah berakhirnya cuti hujung minggu aku. Besok dah mula kerja balik. Malas betul rasanya. Tapi nak buat macam mana, tanggungjawab!


P/S - Tak sabar nak tunggu cuti hujung minggu next week pula! (^_^)

12 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Bila Artis Bertudung Bersuara (^_^)

10:33:00 pm Yana Yani 6 Comments

Sebelum aku nak membebel panjang, aku nak maklumkan bahawa aku bukan seorang yang sempurna. Cuma aku rasa adalah HARUS untuk aku menyuarakannya.

Semoga ia boleh dijadikan renungan buat kita semua. Insya Allah!

Lately ramai artis wanita yang sudah mula bertudung atau berhijab. Alhamdulillah kalau mereka berniat kerana ALLAH SWT.

Pun begitu agak mengecewakan apabila melihat ramai artis yang bertudung ni mengenakan penampilan yang tidak mengikut syariat.

Baru-baru ni aku terbaca di Kosmo! edisi Khamis 12 September 2013 tentang beberapa artis dikritik kerana penampilan mereka setelah bertudung.

Antaranya Shila Amzah, Alyah dan Yatt Hamzah. Dalam ketiga-tiga artis yang disebutkan tu, aku tertarik dengan kenyataan Alyah.

Melihat kepada cara pemakaian Alyah ketika ini, jelas menunjukkan yang dia masih kurang ARIF mengenai ciri-ciri pakaian seorang Muslimah.

"Memang ramai yang tidak boleh terima cara pemakaian saya ini tetapi sekurang-kurangnya saya tidak mengenakan pakaian yang melampui batas seorang wanita Muslimah," jelas Alyah ketika dihubungi Kosmo!

Dalam Islam seorang wanita diwajibkan untuk menutup aurat dari hujung rambut hingga ke hujung kaki adalah bagi bertujuan memelihara ketinggian nilai peribadi seorang wanita Muslimah.

Ia seperti yang diterangkan oleh Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin di sini.

Ciri-ciri pakaian Muslimah adalah:

1. Bukan merupakan pakaian yang meraih kemasyhuran
2. Tidak menyerupai pakaian kaum bukan Islam
3. Tidak menyerupai kaum lelaki
4. Tidak jarang kainnya
5. Tidak menampakkan bentuk badan
6. Tidak mengenakan wangian pada pakaian
7. Menutupi tubuh badan kecuali apa yang zahir.

Boleh klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut serta untuk mendapatkan perincian bagi setiap ciri-ciri yang disebutkan di atas.

Ketahuilah wahai semua saudaraku terutama wanita Muslimah, antara tanda kiamat kecil adalah banyaknya wanita yang berpakaian tapi hakikatnya telanjang!

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya deperti telanjang"

Jadi kepada semua wanita Muslimah, marilah kita sama-sama muhasabah diri bahawa kematian itu adalah pasti! Adakah amalan kita sudah mencukupi?

Tepuk dada, tanya iman (^_^)


6 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Mudahnya Menyalahkan (^_^)

11:22:00 am Yana Yani 4 Comments

Semalam tajuk muka depan surat khabar Kosmo! "Tragedi pemandu berusia 4 tahun" buat aku tersentuh rasa hati. Terus dok teringat anak-anak dekat rumah. Lebih-lebih lagi arwah sebaya dengan Aisy.

Kejadian seperti itu memang sesuatu yang tak diduga dan aku tumpang bersimpati kepada keluarga arwah adik Mohd Adam. Syurga sudah semestinya untuk insan tidak berdosa ni.

Aku rasa sedih sangat sebab membayangkan keadaan arwah yang terduduk secara melutut di dinding rumah manakala kedua-dua belah tangan masih memegang selipar. Pasti hancur hati kedua ibubapa arwah.

Sebelum ni aku pernah bercerita tentang arwah adik Nawal yang juga menemui ajal dalam keadaan tidak diduga. Boleh klik sini pada sesiapa yang belum baca.

Walau rata-rata menyalahkan ibubapa atas kejadian seperti ni, entah kenapa aku rasa simpati pada mereka. Tidak langsung tergerak hati untuk menyalahkan mereka.

Memang mudah kita menyalahkan bila perkara seperti itu tidak terjadi kepada kita. Pernah kita cuba letakkan sekejab diri kita sebagai ibubapa arwah adik Nawal atau Mohd Adam?

Tiada ibubapa yang inginkan sebarang kecelakaan kepada anak-anak mereka. Kecuali ibubapa yang sudah hilang unsur-unsur kemanusian. Laknat hidup mereka yang bersifat seperti itu!

Aku sendiri masih gagal nak melupakan perasaan bersalah ke atas apa yang berlaku pada Afif dan Aisy satu ketika dulu. Aku masih ingat dengan jelas peristiwa itu yang menjadi satu pengajaran buat aku.

Ketika Afif berusia lebih kurang setahun setengah, aku memberi dia jagung memandang ketika itu gigi dia dah penuh. Afif suka betul makan jagung!

Aku dan Encik suami ketika itu sedang sibuk dengan perniagaan online kami di eBay. Tiba-tiba aku dengar bunyi Afif tercekik. Mujur aku pernah mempelajari bantuan kecemasan.

Aku berjaya mengeluarkan jagung yang tersangkut di tekak tapi Afif masih gagal bernafas. Muka dia biru! Aku tak mungkin akan lupa mata dia yang memandang aku seolah-olah meminta tolong.

Hancur hati aku tengok anak dalam keadaan macam tu. Aku tak mahu give up. Aku korek tekak Afif. Dia batuk dan selepas tu baru dengar suara dia. Alhamdulillah!

Mungkin bukan ajal Afif waktu tu. Tapi aku masih gagal melupakan peristiwa itu. Benar aku bersalah! Kurang ilmu tentang pemakanan yang sesuai meletakkan Afif dalam bahaya.

Begitu juga dengan Aisy yang pernah aku ceritakan di sini.

Apa yang terjadi kepada mereka berdua merupakan pengajaran yang cukup berharga bagi aku.
Sukar nak memaafkan diri sendiri atas apa yang berlaku.

Walaupun Afif dan Aisy membesarkan dengan sempurna. Aku sebagai seorang Mama yang melalui peristiwa tu cukup sukar melupakan dan perasaan bersalah tak pernah hilang!

Aku pernah hampir kehilangan dia
Parut ni lah yang buat aku rasa bersalah sentiasa

Jadi kepada korang, jangan hanya mudah menyalahkan. Cukup-cukuplah bertanyakan soalan yang menambahkan luka di hati! Cubalah bersimpati walau untuk seketika.


P/S - Kehilangan anak adalah merupakan azam dunia yang cukup berat untuk dipikul. 

4 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

New Look: Saya Suka! (^_^)

11:30:00 pm Yana Yani 4 Comments

Aku sebenarnya dah agak lama nak tukar design blog aku ni. Lagipun ada beberapa orang mengatakan bahawa blog aku ni nampak serabut.

Cantik pada mata aku, tapi tak pada orang lain! So aku pun cuba dok cari sesiapa yang boleh design blog kesayangan aku ni. Ramai juga yang aku jumpa.

Harga bermacam-macam, ikut kemampuan masing-masing. Tapi majoriti price dia standard. Kira untuk orang macam aku, affordable!

Tapi aku tak berkenan bila dia orang ada mentioned dalam term and condition diorang yang diorang tak suka customer cerewet! Nama pun customer, mestilah cerewet ye dak?

Tak akan nak mengiakan aje! Dari segi customer service, diorang FAIL!

So aku meneruskan pencarian aku. Kebetulan aku terjah blog Queen Of Butterfly yang merupakan kawan time zaman sekolah aku dulu.

Dari blog dia aku kenal Cik Rose Cute.

Hasilnya seperti yang korang nampak sekarang. Aku SUKA sangat! Honestly ia diluar jangkaan aku! Anyway harus diakui disebabkan aku, kerja Cik Rose delay. Sorry sangat!


Apapun Cik Rose, you have done a very fantastic job! Terima kasih sebab BERSABAR dengan saya! Hehe! Seriously tak sengaja. Kebetulan memang busy minggu ni.

Jangan serik berurusan dengan saya lagi tau! Hehe! Tapi one thing for sure, memang akan cari akak lagi. So for those yang nak tempah blog, bolehlah berurusan dengan Cik Rose Cute ye.


P/S - Dah lama tak dapat update blog, asyik berebut laptop dengan Encik suami. Hehe! (^_^)

4 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Bila English Subjek Wajib! (^_^)

11:14:00 pm Yana Yani 10 Comments

Tadi time aku tengah sibuk masak dekat dapur, aku terdengar tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang dibentangkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin. 

Mula-mula tak ambil peduli pun! Hehe!

Tapi bila Timbalan Perdana Menteri menyebut tentang Bahasa Inggeris adalah subjek wajib lulus bagi SPM 2016 cukup membuatkan aku memberhentikan seketika kerja-kerja memasak aku.

BAGUS! Tu adalah perkataan yang aku sebut bila dengar sudutan pembentangan tersebut. Aku amat setuju dan aku nampak kesan posiftif yang bakal anak-anak aku rasai pada masa depan.

Aku mula menyedari bahawa English adalah subjek penting bila Abah dihina kerana gagal memahami borang dalam bahasa tersebut yang perlu diisi. Aku hanya berusia 12 tahun ketika tu.

Tapi aku masih ingat dengan jelas penghinaan tersebut yang memberi impak besar dalam kehidupan aku dan menjadikan aku siapa aku sekarang. 

Dulu aku amat benci dengan MANUSIA tersebut. Tambah mengecewakan, dia sebangsa dengan aku. 

Tapi sekarang aku rasa aku perlu ucapkan terima kasih. 

Disebabkan dia aku berazam untuk mengusai Bahasa Inggeris. Alhamdulillah sekarang ia merupakan bahasa kedua di dalam kehidupan seharian aku. 

TERIMA KASIH!

English sememangnya bahasa yang cukup penting dan amat perlu dipelajari! 

Kebanyakkan ilmu ditulis dalam bahasa global tu. Malah nak minta kerja pun memerlukan kita berbahasa English. Even nak jadi promoter pun memerlukan kita berbahasa tersebut.

Sekurang-kurangnya Pelan Pendidikan Malaysia pada kali ni membolehkan aku menarik nafas lega despite dengan kenaikan harga petrol yang buat aku rasa nak ketuk kepala yang suggest!

Tapi apa kita boleh buat? Kita rakyat aje! Sebab tu senang kena tenyeh!

P/S - Selalu suruh Afif tengok Oh! My English (^_^)

10 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Syawal 1434H: Hari Keempat (^_^)

11:28:00 pm Yana Yani 2 Comments

Insya Allah esok adalah hari terakhir bulan Syawal. Cepat betul masa berlalu kan? Sedar tak sedar kita dah nak melangkah ke bulan Zulkaedah.

Hari ni juga merupakan entry aku yang terakhir mengenai cara kami menyambut Syawal. Pada sesiapa yang belum berkesempatan nak baca entry aku sebelum ni, boleh klik di sini.

Pada raya keempat ni, kami ke kampung Encik suami untuk menziarahi saudara-mara Eencik suami yang berada di Kampung Sungai Serdang, Kapar dan sekitarnya.

Aku rasa aku belum cerita lagi pasal sepupu-sepupu cilik aku daripada Kuala Lipis yang ikut kami balik ke Klang. Beria-ria diorang nak ikut. Tak sampai hati pula nak kata tidak.

Dipendekkan ceritakan Jiha dan Tia aku ajak ikut ke Kampung Sungai Serdang bagi memenuhi aktiviti mereka di Klang. Aku juga nak mereka rasa sambutan raya di sini.

Diorang cukup excited especially bila tengok pelita yang menerangi kawasan rumah. Di Kampung Temperah, Pahang budaya pasang pelita tidak wujud.

Kak Mala a.k.a kakak ipar aku dan family turut serta dalam aktiviti terjah rumah di sini. Hehe! Okay, tak payah cerita panjang dan biar gambar bersuara.


Kebanyakkan rumah yang kami terjah hari tu, tak berpenghuni. Maklumlah masing-masing sibuk beraya. Tak apalah, Insya Allah panjang umur tahun depan kita jumpa lagi.


Kemudian kami bergerak ke rumah Nenek Encik suami. Sepanjang Ramadhan lalu, kami tak berkesempatan untuk jumpa Nenek. Ada sahaja urusan yang membantaskan.

Tapi bila jumpa Syawal ni terasa sayu pula hati bila Nenek langsung tak mengenali kami. Dia juga tak mampu bergerak dengan sempurna sebelum ni.

Di sini aku nak selitkan sikit nasihat terutama kepada mereka yang bergelar LELAKI. Ingat syurga kamu seorang anak lelaki terletak di bawah telapak kaki ibu kamu.

Berdosa besar kamu mengabaikan tanggungjawab kamu terhadap ibu kamu sendiri. Kalau tak tahu, cuba belajar daripada Ustaz Kazim Elias. Jangan sibuk cari harta dunia aje! Tak kemana pun!

Emosi pula aku ni. Hehe! Tinggalkan cerita tadi, sambung cerita raya lagi ye


Ni gambar Kak Mala and family. Suami dia kami panggil Ustaz disebabkan perwatakan dan kerjaya dia. Anak-anak dia Khalis dan Baihaqi. Dalam perut tu baru aje keluar 28 Ogos lepas.

Alhamdulillah Kak Mala dapat juga baby girl setelah lama menanti. Tak sabar nak tengok ahli keluarga baru! Hehe!


Harap maklum ni bukan anak Kak Mala ye. Tapi anak sepupu Encik suami , Ain yang merupakan kawan baik aku time dekat kolej dulu. Aku kenal Encik suami melalui dia lah! Hehe!

Jodoh kan? By the way, nama anak dia ni aku ingat Betty aje. Panjang nama, jenuh nak mengingat! Eleh, cakap orang, nama anak awak bukan lagi panjang ke? Hehe!

Tiba-tiba rasa rindu zaman kami close dulu. Masa dan keadaan sekeliling telah memisahkan keakraban kami. Tapi aku sentiasa ingat setiap moment dengan dia.

Agak-agak dia ingat aku tak sama macam aku ingat dia? Emm, I wonder


Cer tengok  Kak Mala ni, punyalah teringinkan anak perempuan. Terlanjur dok tengok baby tu meronta kan, teringat pasal cerita ni. Kalau nak tahu jantina anak kita, cuba bawa baby datang dekat.

Kata orang, kalau baby yang kita bawa dekat tu menangis atau tak nak dengan kita, maknanya sama jenis! Kalau dia dok elok aje, lain jenis! Tapi tak usah percaya! Khurafat pula jadinya kang!


Ni lah dia sepupu-sepupu cilik aku! Yang sebelah kiri tu anak Mak Long, kitorang panggil dia Jiha. Jangan tanya nama sebenar dia ye, tak tahu! Hehe!

Yang tengah tu adik aku, Anis poyo! Hehe! Kalau dia baca ayat aku sebut tadi, confirm mengamuk! Dah lah dia rajin juga singgah sini! Eleh, relax lah Anis! Kita kan kawan! Hehe!

Dekat sebelah kanan tu pula anak Pak Anjang, kitorang panggil dia Tia. Sekali lagi jangan tanya nama penuh dia. Aku tak tahu! Wahaha!

Diorang bertiga ni sebaya. Paling tua Anis, yang paling muda aku! Hehe! Jujurnya aku tak tahu siapa paling muda. Kena tanya dekat Mak. Hehe!

Diorang agak close! Sepanjang ada dekat kampung, asyik berkepit aje! Jelous aku!

-----------------------------------

Begitulah berakhirnya cerita raya aku pada kali ni. Insya Allah kalau dipanjang umurkan, aku akan cerita  untuk tahun-tahun akan datang pula. Doa-doakan ye!

P/S - Cik Kathy Rbain, saya dah well received bookmark yang Cik Kathy buat tu. Terima kasih bebanyak! Suka sangat!

2 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Syawal 1434H: Hari Ketiga (^_^)

11:37:00 pm Yana Yani 8 Comments

Walaupun raya tinggal berbalance beberapa hari lagi, aku tetap nak post entry pasal raya ni. Hehe!

Kalau sebelum ni aku cerita yang kitorang sibuk dok bakar lemang, kali ni aku nak cerita  keseronokan kami beraya dan juga merupakan hari terakhir kami di Kampung Temperah, Kuala Lipis, Pahang.

Anyway pada sesiapa yang belum berkesempatan nak baca entry sebelum ni, klik sini ye.

Let's continue to the story! (^_^)

Sebelum nak pergi terjah rumah orang, kita posing dulu!
My beloved family! Afif tak ada dalam gambar. Bosan asyik bergambar aje katanya
Saja nak tayang anak dara aku. Hehe!
Muka-muka excited nak duit raya. Tapi macam Mama aje yang over! Hehe!
Kami beraya dalam hutan. Korang ada? Time ni kitorang nak pergi beraya ke rumah sepupu-sepupu Mak
Punyalah sedap anak dara aku makan, sampai macam tu duduknya. Alahai Aisy!
Orang lain pergi beraya dapat duit raya. Aku dapat petai! Korang ada? Hehe! By the way, terima kasih to Pak Itam Ye atas kemurahan hati! Lain kali hulur-hulur lagi ye. Hehe!
Rombongan keluarga Wak Saruli dengan Wak Sabri nak terjah ke rumah seterusnya. Let's go!
Rambutan muda tu bebudak oi! Eh, camne petai aku ada kat tangan korang pulak ni?
Afif dengan pakcik dan makcik dia a.k.a sepupu Mama tengah pose disebelah meriam! Time ni dekat rumah makcik Mak a.k.a pangkat Atuk pada aku a.k.a pangkat moyang pada Afif dan Aisy
Apa motif laki bini ni buat muka camtu? By the way Angah, pandai ko control jelita ye. Ni dekat rumah Atuk Acik. Malangnya dia tak ada dekat rumah!
Afif dekat kampung asyik dok panjat pokok aje. Hebat katanya!
Time to say goodbye! Wei, korang buat iklan ubat gigi ke apa?
Buah hati Mama dan Papa
Kami dah ready nak balik ke Klang! Begitulah berakhirnya sambutan raya kami sekeluarga di Kampung Temperah, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur

Insya Allah esok aku akan sambung cerita terakhir aku tentang raya kali ni. This time giliran beraya disebelah keluarga mentua pula di Kampung Sungai Serdang, Kapar, Selangor.

Tunggu tau! (^_^)

8 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...