Ramadhan 1434H: Hari Ketiga Belas (^_^)
Lama betul rasanya tak update blog kesayangan aku ni. Tempat aku meluahkan segala isi hati dan perkara yang terjadi disekitar aku.Pun begitu aku nak ucapkan terima kasih pada mereka yang masih lagi berkunjungan ke blog aku walaupun tanpa entry baru.
---------------------------------------------------
Baru-baru ni kita semua dikejutkan dengan berita kematian seorang kanak-kanak berusia 3 tahun, Nawal Iris Samsuddin yang terperangkap di dalam kereta ibunya hampir 7 jam.
Bedah siasat yang dilakukan di Hospital Serdang mengesahkan arwah adik Nawal meninggal dunia akibat heat stroke. Berita ini amat memilukan.
Bertambah memilukan apabila rata-rata media massa atau media elektronik lebih banyak bercakap tentang perkara yang pada aku amat menyinggung perasaan keluarga arwah adik Nawal.
Itu belum ditambah lagi dengan blog atau apa sahaja medium komunikasi yang digunakan untuk mengutuk dan meyalahkan keluarga arwah terutama si ibu, Nor Zatusy Hazwa Abd Rahim.
Mungkin benar ada usur kecuaian disitu, tapi ibu tetap ibu. Kematian anak adalah sesuatu yang amat MENYAKITKAN! Lebih-lebih lagi kita adalah puncanya!
Entah kenapa aku amat memahami perasaan Cikgu Nor Zatusy. Bila Aisy jatuh katil dulu pun aku menyalahkan diri sendiri dan aku masih gagal melupakan peristiwa tu.
Lebih-lebih lagi adanya parut yang seolah-olah memberitahu bahawa, "Inilah bukti kecuaian Mama!"
Boleh klik sini pada readers yang belum pernah baca peristiwa tu.
Mudahnya kita meyalahkan si ibu tanpa memikirkan betapa hancur dan luluhnya hati apabila anak kesayangan menemui ajal dalam keadaan yang tidak diduga.
Bertambah terlukanya si ibu apabila seluruh dunia menyalahkan dirinya. Bagaimana kehidupan harus diteruskan dengan perasaan bersalah yang tak mungkin akan hilang?
Beringatlah apabila kita menunding satu jari, ada lagi empat cari menunding ke arah kita. Seperti komen di bawah yang pada aku bercakap tanpa berfikir.
Kes ni akan disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 kerana membiarkan kanak-kanak tanpa pengawasan yang berpatutan.
Mengikut Seksyen ini, hukuman denda maksimum RM5,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.
Pun begitu aku ada terbaca paper baru-baru ni yang mengatakan Seksyen 33 bakal dirombak dengan denda maksimum RM20,000 atau sepuluh tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.
Persoalannya, wajarkah? Itukah yang terbaik boleh dilakukan?
Sometimes I do have a doubt with the current government!
memang sedih bila mendengar cerita macam ni,apatahlagi bila melibatkan kanak2.apapun,wajarlah kita berpaksi pada ketentuan Allah,segala yang berlaku sudah suratan,kejadian itu hanya sebagai penyebab sahaja.al fatihah buat arwah dan takziah untuk keluarga arwah.
ReplyDelete