Ramadhan 1434H: Hari Kedua Puluh Dua (^_^)

10:33:00 pm Yana Yani 2 Comments

Jawi tahan 45 orang tidak puasa

Itu adalah tajuk berita dalam surat khabar Kosmo! hari ni yang amat menarik minat aku untuk membaca. Walaupun secara jujurnya aku amat tak faham dengan si perlaku!

Tidak sempat bersahur dan penat bekerja merupakan alasan utama mereka yang dicekup Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana tidak berpuasa - Kosmo! Rabu 31 Julai 2013

Alasan yang diberikan di atas hanyalah alasan untuk mengelak daripada ditangkap.

Kot ye tak puasa pun, tak boleh ke makan dekat rumah? Perlu ke makan secara terbuka?

Aku yang memang diberi kelonggaran untuk tak berpuasa pun tak berani makan depan orang! Menyorok ni kalau nak makan atau minum walaupun dengan rakan bukan seagama!

Apapun bagi aku perbuatan si perlaku seolah-olah menunjukkan mereka tidak menghormati langsung bulan Ramadhan yang mulia dan penuh dengan barakah ini.

Budak kecil pun tahu berpuasa, ni orang tua! Rumah kata, pergi-pergi. Kubur kata, mari-mari! Itu pun tak reti nak puasa! Malulah wei! Tahun depan belum tentu boleh berjumpa dengan RAMADHAN lagi!

Afif sendiri aku dah didik supaya jangan makan di depan orang ketika bulan puasa ni. Aku tak bekalkan dia dengan sebarang makanan atau minuman ketika dia ke sekolah.

Niat di hati nak ajar dia berpuasa tahun ni, tapi susah yang teramat nak kejutkan mamat seorang ni bangun sahur. Orang lain sahur pukul 5 pagi, dia sahur pukul 7 pagi!

Jadilah! Sekurang-kurangnya dapat juga dia berpuasa untuk 3 jam sebab dekat sekolah pun tak ada sediakan makanan atau minuman.

Aku selalu cakap dekat Afif, "Jangan makan depan orang, nanti polis tangkap!"

Ada satu hari tu, kami ke bazar Ramadhan di pekan Kapar. Dia menangis kononnya lapar sangat walau aku dah melarang jangan makan depan orang.

Entah macam mana tengah dia dok sedap makan fish ball, tiba-tiba muncul polis sukarelawan yang juga sedang membeli juadah untuk berbuka puasa.

Afif yang tengah makan time tu terus sumbat semua fish ball dalam mulut dan membuang lidi pencucuk on the spot! Aku terkejut juga dengan respon dia tu.

Tapi at least aku rasa lega sebab kata-kata aku sebelum ni masuk dalam kepala otak dia.

Sejak daripada peristiwa tu, Afif mesti makan menyorok!

By the way dia sempat dok cakap, "Wah, Papa hebat! Cakap dengan polis!"

Nak tergelak aku dengar dia cakap macam tu. Dia tak tahu salah seorang daripada polis tersebut adalah kawan Papa dia!

See, budak kecil pun tahu hormat bulan Ramadhan! Ni kan orang tua yang dah berakal! Shame on you!

2 comments:

  1. betul sis..kat sini pun sama2..dah tak puasa menunjuk2 pulak dia minum air dan merokok,siap buang puntung rokok keluar jendela depan orang ramai..sakit hati tengok diorang ni..tubuh badan larat lagi nak puasa tapi saja je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan...tak hormat langsung bulan RAMADHAN

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...