Pandangan Anak Seorang Babysitter (^_^)
Kebanyakkan surirumah di kawasan perumahan aku ni merupakan pengasuh ataupun babysitter.Aku anggarkan hampir 80% di antara mereka adalah pengasuh. Ramai kan?
Perkataan babysitter tu sendiri bukanlah satu perkara asing terutama bagi ibu-ibu yang berkerjaya.
Aku mungkin boleh dikategorikan sebagai bernasib baik kerana Mak tinggal berdekatan.
So tak timbul isu mencari babysitter. Bagi yang tak bernasib baik, babysitter merupakan satu keperluan!
Mak aku juga merupakan seorang babysitter. Mak mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang ni. Dia boleh dikategorikan expert!
Sepanjang tempoh Mak mengasuh tu, aku banyak memerhati dan meneliti setiap perbuatan dan tindak tanduk mereka yang menghantar anak-anak untuk diasuh.
Dikesempatan ni aku nak share serba sedikit apa yang harus dan tidak harus dilakukan apabila menghantar anak untuk diasuh.
1. Sediakan kelengkapan yang cukup
Pastikan kita sediakan segala keperluan anak cukup apabila mereka berada seharian di rumah babysitter. Maksudnya segala diapers, susu, makanan, baju, sabun dan sebagainya cukup.
Itu memang tanggungjawab kita!
Kadang-kadang agak menyedihkan ada yang tak ambil berat tentang hal ni. Bila anak dia dok kena ruam lampin sebab tak cukup diaper nak ditukar, babysitter disalahkan!
2. Mandikan anak
Jujur aku katakan, aku agak sakit hati bila tengok anak orang yang dihantar ke rumah Mak tidak mandikan dahulu sebelum dihantar.
Aku sendiri walaupun Mak yang jaga anak-anak aku, aku akan pastikan mereka bersih sebelum sampai ke rumah Mak! Disebabkan dan terbiasa, anak-anak aku tak ada masalah nak mandi pagi.
Cubalah dibersihkan anak tu dulu, paling koman tukar diaper dulu ke. Ikatan antara anak dengan Ibu tu lebih kuat bila kita bersihkan anak kita sendiri.
Nanti kalau anak tu rapat dengan babysitter, babysitter disalahkan juga!
3. Prihatin kesihatan anak
Sebagai Ibubapa, kita seharusnya sedia maklum dengan tahap kesihatan anak kita. Contohnya macam alergik dan sebagainya, maklumkan pada babysitter.
Kalau ada ubat, bekalkan pada babysitter. Jangan buat bodoh aje dan harapkan babysitter yang uruskan. Again, itu tanggungjawab kita!
Nanti kalau anak tu ada rashes ke apa ke, babysitter juga disalahkan!
4. Hormati masa dan hak peribadi babysitter
Ni yang paling kerap dilakukan oleh kebanyakkan di antara kita. Hantar anak awal sangat tanpa dimaklumkan terlebih dahulu, main terjah aje!
Balik pula suka-suka hati nak ambil lambat. Beringatlah bahawa babysitter juga ada ruang peribadi yang perlu dipenuhi. Cubalah jadi insan bertanggungjawab sikit.
Sila minta izin babysitter kalau nak ke mana sahaja di dalam rumah mereka. Jangan buat kurang ajar macam main pergi aje dapur dia orang tanpa keizinan, buka peti sejuk, tuang air, minum!
Tak ke BIADAP tu!
-----------------------------------------------------
Semua yang di atas adalah pandangan aku semata hasil dari pemerhatian selama ni. Lagipun aku rasa wajar untuk berkongsi cerita ini.
Kalau korang rasa tak betul, tu korang punya pasal! Kalau korang rasa senang jaga anak orang ni, cuba try sebulan jaga anak orang. Lepas tu baru boleh bercakap!
Yang penting dan yang paling aku ingin suarakan adalah, Mak aku babysitter aje oi, bukan orang gaji! Ada yang terasa? Tu korang punya pasal juga!
Ada aku kisah?
kathy setuju sangat2 sis...
ReplyDeleteSaya lagilah teramat setuju!
Delete