Ramadhan 1434H: Hari Kedua Puluh Lima (^_^)
Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar kita dah berada di penghujung bulan Ramadhan. Tak lama lagi Ramadhan bakal melabuhkan tirai.Entah kita dapat berjumpa lagi atau tidak dengan Ramadhan akan datang. Apapun Insya Allah tinggal beberapa hari ;agi Syawal bakal menjelma.
Kebanyakkan di antara kita sedang sibuk dengan persiapan akhir untuk menyambut Syawal. Yelah, tinggal berapa hari aje lagi kan! Tak ketinggalan kami sekeluarga!
Hari ni kami ke bandar Klang. Paling menarik jalan yang biasa sibuk dengan lalu lintas bertukar menjadi deretan gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan.
Fuh! Ramai betul umat manusia shopping hari ni. Parking pun susah dapat. Terpaksa parking jauh sikit. Tapi rasa seronok sebab terasa kemeriahan untuk menyambut Syawal.
Tapi tadi pun lebih kepada mencari songkok dan capal untuk Encik suami dan Afif. Lain-lain semua dah disiapkan awal. Cuba lepas ni nak kena cari biskut a.k.a kuih tunjuk!
Aku sebenarnya seronok dok tengok orang ramai dan barangan yang dijual aje! Lagipun bukan selalu nampak kemeriahan macam ni. Kalau malam raya lagi happening dekat sini!
Semua peniaga jatuhkan harga barang sebab nak habiskan stok. Ada sekali tu aku pernah pergi, baju kurung yang dijual RM70 sepasang dijual RM100 untuk 3 pasang! Betul! Tak tipu!
Paling best tengok orang lelong bunga gubahan. Siapa bid paling tinggi, dapatlah dia bunga gubahan tercantik untuk raya! Harga bergantung kepada jenis gubahan dan bermula dari RM0.05.
Murahkan? Tapi memang kena berhimpit! Biasa orang ramai sangat dekat sini sebab bukan senang nak dapat bungan gubahan murah!
Apapun let's check out beberapa keping gambar yang aku sempat ambil petang tadi.
Dekat deretan gerai-gerai bunga ni lah yang bakal menjadi pusat auction terbuka malam raya nanti! |
Encik suami tengah dok usha baju untuk melaram time raya nanti. |
Dak Aisy dah keletihan! |
Encik suami, Annur dan Acu tengah melayan Afif beli songkok! |
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿