Ramadhan 1434H: Hari Kelapan (^_^)
Alhamdulillah hari ni dah masuk hari kelapan semua umat Islam di Malaysia ni berpuasa.Sedar tak sedar dah seminggu kita berpuasa kan?
Aku pula sejak dari mula puasa tak berapa nak sihat sebenarnya. Dugaan buat aku pada Ramadhan kali ni.
Hari pertama puasa aku terasa sakit sangat di bahagian bawah perut. Bertambah sakit selepas buang air kecil.
Kepala pun terasa berat. Sakit tu agak luar biasa sebab aku tak pernah kena sakit yang terlampau macam tu. Bagi akulah!
Aku pergi ke klinik sebab tak tahan sangat dengan sakit tu. Doktor kata aku kena kencing kotor!
Kencing kotor bukan perkara asing pada aku. Aku memang pernah kena time mengandung dulu. Tapi time tu aku tak lah rasa sakit macam ni.
Aku dibekalkan dengan antibiotik, ubat tahan sakit dan juga ubat untuk melawaskan kencing. Aku hanya makan ubat lawas kencing dan cuba seboleh mungkin minum air dengan banyak.
Aku ada juga makan antibiotik yang diberikan, tapi aku terasa mual dan pening pula bila makan.
Aku fikirkan aku alergik dengan ubat abtibiotik tu. So pengambilan antibiotik diberhentikan!
Hari ni, sakit tu bertambah teruk! Aku mula mengalami kesukaran untuk berjalan sebab terasa kejang dibahagian bawah perut.
Terpaksa MC lagi hari ni!
Aku pergi ke klinik lain pula untuk memastikan masalah yang aku hadapi.
Dan doktor kali ni menerangkan dengan cukup terperinci tentang kencing kotor. Penjelasan doktor tu lebih kurang sama dengan penjelasan di blog ni.
Sekali lagi aku digalakkan minum air dengan banyak!
Aku tidak begitu digalakkan berpuasa kerana ianya boleh memudaratkan.
Pengambilan air barli juga digalakkan sebagai salah satu alternatif untuk melawaskan kencing.
Daripada penjelasan doktor tu buat aku bertambah alert tentang penyakit ni yang boleh menjadi serius!
Doktor tu juga adalah mengatakan yang rasa mual dan pening adalah perkara biasa ketika pengambilan antibiotik untuk merawat penyakit ni.
Yang penting mesti habiskan antibiotik tu! Hopefully aku akan bertambah sihat selepas ni. Ugutan Encik suami untuk bawa aku ke hospital agak MENGGERUNKAN!
Hospital will always be the last resort!
alahai..moga sis segera sihat ye?
ReplyDeletealhamdulillah, sekarang dah okay sikit
Delete