Ramadhan 1434H: Hari Kedua Puluh Satu (^_^)

11:47:00 pm Yana Yani 2 Comments

Berhabuk blog aku ni sebab dah lama tak post entry. Hehe! Habis tu nak buat macam mana? Laptop ada satu aje, terpaksa nak berebut pula tu!

Kalau Encik suami dah pegang laptop, usah mimpilah aku nak pegang sama. Kalau dapat pun, dah tengah malam. Tak kuasa pula nak menunggu. Biasanya dia sibuk dengan online business dia, eBay.

Kalau Afif pula sibuk dengan games! Terasa menyesal pula dok download games banyak-banyak hari tu. Niat just for entertainment, tapi dia dah addicted pula! Nasib baik still boleh control lagi.

Hari ni dekat office ada majlis buka puasa. Tapi aku tak pergi memikirkan anak-anak. Lagipun ni bukan majlis pertama anjuran office yang aku tak pergi. Hehe!

Apa-apa aje majlis lepas office hour memang aku tak pernah pergi. Aku ada prinsip aku sendiri dan mungkin tak akan difahami oleh sesiapa pun. Family will always comes first.

Lagipun aku tak akan mungkin akan enjoy bila asyik dok teringat anak-anak dekat rumah. Aku tak akan korbankan masa mereka hanya untuk satu bentuk enjoyment yang aku tak akan enjoy pun.
Anyway pejam celik kita dah nak sampai ke penghujung Ramadhan. Cepat betul masa berlalu kan?

Kebanyakan antara kita pada hari-hari terakhir ni sibuk mencari dan memburu malam Lailatul Qadar yang hanya dikurniakan untuk umat Nabi Muhamad SAW.

Semoga kita dipertemukan dengan malam tersebut dan mudah-mudahan kita semua diberikan umur yang panjang dan dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang. Amin!

2 comments:

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...