Afif, Khalis, Baihaqi dan Aisy! (^_^)

11:17:00 pm Yana Yani 2 Comments

Biasa balik kampung Encik suami tiap hari Ahad, tapi hari Sabtu baru ni dapat call dari Mak Encik suami beritahu yang Kak Mala, kakak sulung Encik suami ada di kampung.

Kak Mala merupakan seorang guru di salah sebuah sekolah kebangsaan di Banting. Dia memang selalu juga balik ke kampung tapi kami jarang dapat peluang untuk berjumpa.

Biasanya dia balik time weekdays, kami pula weekend. Memang tak jumpa lah kan.

Tapi aku bukan nak cerita pasal Kak Mala. Aku nak cerita pasal anak-anak dia bila berjumpa dengan anak-anak aku. Bergegar rumah Mak mentua aku! Hehe!

Dia orang jarang dapat berjumpa. So bila berjumpa memang bikin ribut!

Ada aje benda yang dia orang dok buat. Tapi yang paling kesian dalam cerita ni, Aisy! Abang-abang dia dok sibuk bergusti, dia jadi pemerhati aje!

Paling koman pun dia dok sengih aje bila dok tengok "keganasan" abang-abang dia!

Kesian Aisy!





 
Tapi aku rasa bertambah kesian bila dok tengok gambar Aisy sebelum berlakunya kemalangan yang aku rasa totally mengubah aku.
 
Rasa sayu dan sebak datang tanpa diundang. Sedih sangat!
 
 
Perasaan bersalah tu tak pernah hilang tiap kali pandang muka Aisy dengan kesan luka yang masih berbekas. Tak kisahlah sama ada dia jaga atau tidur. Aku rasa bersalah sungguh!
 
Kesan luka pada atas hidung dia tu seolah-olah cuba memberitahu aku bahawa "Inilah kesan kecuaian Mama!"
 
Encik suami ada juga kata dengan niat memujuk, "Benda dah jadi, tak guna nak menyesal. Lepas ni beringatlah"
 
Tapi tak boleh nak redakan perasaan aku yang berkecamuk ni. Hati ni tak boleh nak buang langsung perasaan bersalah tu!
 
Persoalan seperti "Macam mana aku boleh tak sedar?" asyik berlegar-legar dalam kepala otak ni. Agaknya hanya masa yang boleh mengubahnya.
 

2 comments:

  1. tq sis..sudi terima doodle tak seberapa tu...maaflah,jarang dapat masuk blog sis..entah dalam 2,3 hari ni selalu tak boleh masuk blog orang,blog sendiri pun tak leh masuk..orang kata blogspot ada problem...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada masalah...ni tanda penghargaan sebab dah susah2 buat...apapun terima kasih

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...