Jatuhnya Morsi! (^_^)
Aku terasa sedih apabila membaca berita baru-baru ini tentang jatuhnya kepimpinan Dr Muhammad Morsi di tangan golongan kurang cerdik Mesir!
Bagi aku, dia seorang pemimpin Arab paling HEBAT! Aku amat kagumi sifat zuhud dia. Dia sering mengucapkan, "Tidak mengapa, Allah ada untuk menjaga saya"
Dia juga adalah orang yang telah membuka semula sempadan Rafah antara Mesir dan Gaza bagi memudahkan segala bentuk penghantaran bantuan buat rakyat Palestin.
Tambah menyedihkan apabila semua negara Islam hanya diam membisu melihat kejatuhan Morsi yang jelaskan kali atas campur tangan AS dan Yahudi.
Mereka memang ingin melihat kejatuhan kerajaan Islam pimpinan Morsi yang cukup menakutkan mereka. Apabila Morsi jatuh, terlalu RAMAI yang gembira.
Jadi apakah pengajaran dalam cerita ini?
Jangan biarkan unsur-unsur luar memasuki kancah politik negara kita atas dasar demonkrasi. Kerana demokrasi yang mereka janjikan oleh Barat dan Yahudi hanya MENGHANCURKAN!
Bukti? Lihatlah betapa MEMBANGUNANNYA Iraq dan Afghanistan atas nama DEMOKRASI yang didambakan. Terkini, Mesir bakal menyusul.
Beginikah DEMOKRASI yang kita mahukan?
Bagi aku, adalah amat tidak wajar bergaduh disebabkan BERTUHANKAN parti! Jangan menang sorak, kampung tergadai!
Renung-renungkanlah!
kesilapan membuat percaturan beginilah padahnya...
ReplyDeletetersangatlah betul!
Delete