Ramadhan 1434H: Hari Keempat (^_^)

10:50:00 pm Yana Yani 2 Comments

Hari ni baru ada sikit masa nak update entry pasal puasa keempat. Bulan puasa ni agak sibuk sikit. Terasa masa agak terhad.

Anyway hari ni first time kami sekuarga berkumpul untuk puasa kali ni. Terasa meriah sangat dengan pelbagai cerita dan berita. Juga menu yang MARVELOUS!

Rumah Mak dan Abah yang sebelum ni terasa besar jadi kecil hari tu! Ditambah pula dengan mereka-meraka yang bersaiz plus-plus termasuklah AKU! Padat gila!

Antara cerita dan berita yang menjadi topik hangat hari tu adalah tentang isu pergaduhan antara taman di mana aku duduk ni dengan taman sebelah.

Ada macam-macam versi cerita yang didengar. Ada yang macam tu, ada yang macam ni. Yang pasti memang ada orang tercedera dan sekarang terlantar di hospital.

Siapa sangka berita tu telah tersebar ke seluruh pelusuk Malaysia.

So berbalik kepada cerita perjumpaan kami hari tu, menu pada hari tu adalah yang paling MEWAH  setakat ni! Penuh meja makan sampai tak ada tempat nak letak! MERIAH sungguh!

Apapun syukur Alhamdulillah di atas kurnian rezeki-Nya kepada kami sekeluarga.

2 comments:

  1. sedapnyer menu2 tu semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah rezeki kami hari tu...memang terbaik!

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...