Ramadhan 1434H: Hari Keempat Belas (^_^)
Sedar tak sedar dah empat belas hari kita umat Islam berpuasa. Syukur Alhamdulliah.Hari ni macam-macam cerita yang gempar dan panas! Yang paling panas pasal isu budak-budak non-muslim makan di bilik persalinan.
Kalau korang nak baca, guna Google aje lah ye. Malas aku nak letak link. Tak ada faedahnya bagi aku. Kebelakangan ni isu keagamaan atau lebih tepat racist begitu menjadi-jadi.
Kalau ia tidak dibendung, boleh jadi macam gunung berapi yang tunggu masa aje nak meletup! Isu dekat taman aku ni pun tak settle lagi, tiap-tiap hari ada aje polis buat rondaan.
Tiba-tiba teringat kata Abah pada aku tak berapa lama dulu, "Tepuk dada tanya iman!"
"Kenapa nak kena tanya iman pula, bukan hati?" tanya aku.
"Keimanan aje yang boleh buat kita pilih jalan yang lurus atau yang sebaliknya" jawab Abah dengan senyuman penuh makna.
---------------------------------------
Anyway aku nak ambil kesempatan ni untuk wish Selamat Hari Jadi kepada adik aku yang juga pembaca setia blog aku ni, Annur!
Annur,
Apa yang paling pasti kasih sayang Mak dan Abah tiada tolok bandingnya. Ke mana pun kau pergi, kau tak akan dapat rasa kasih dan sayang yang sama.
Along berharap seiring dengan peningkatan usia, kau akan menjadi lebih matang. Pandai menilai antara kaca dan permata. Atau antara benci dan sayang.
Sorry Nur, tahun ni tak ada hadiah! By the way, tahu tak bahawa hanya kau satu-satunya dalam keluarga kita yang dapat hadiah dan makan kek setiap tahun?
See? Itulah salah satu bukti bahawa kau memang DISAYANGI!
Apapun Along doakan KEJAYAAN kau di dunia dan akhirat. Semoga panjang umur, memperolehi kekuatan untuk menghadapi apa jua rintangan, murah rezeki dan paling penting, sentiasa dalam rahmat-Nya
Ingat, marah bukan kebencian tapi tanda sayang! Oh ya, sila klik link ni. Along dedicate lagu ni untuk kau dan semua adik-adik Along yang lain, Angah, Kakak, Abang Chik dan Anis!
Along menangis tiap kali dengar lagu ni, tak tahulah korang! Hehe! Sila dengar dan fahami, okay!
Last but not least, love you so much! (^_^)
happy birthday buat annur...
ReplyDelete