Mangsa Seterusnya (^_^)

3:55:00 pm Yana Yani 4 Comments

Sebelum ni aku ada cerita pasal Afif yang jatuh katil tapi tidak mengalami kecederaan yang serius. Boleh klik sini pada yang belum pernah baca.

Kali ni nak cerita mangsa seterusnya pula, Aisy!

-------------------------------------------------

Malam tadi time aku tengah dok sedap tidur, tiba-tiba telinga aku terdengar bunyi budak merengek. Biasanya bunyi macam tu tanda Aisy nak susu.

Bila aku buka mata, aku tengok Aisy ada di tepi katil dengan posisi duduk. Dalam hati dok pelik juga macam mana dia boleh ada dekat tepi katil.

Aku angkat Aisy yang masih merengek. Dalam kegelapan tu aku perasan ada something di atas hidung Aisy. Lampu aku hidupkan dan terus terjerit mengejutkan suami aku.

"Darah!" benda pertama yang aku sebut. Aku memang agak panik bila tengol darah especially bila dia mengalir. Silap hari bulan boleh pengsan!

Semua bantuan kecemasan yang aku pernah pelajar zaman sekolah dulu hilang bila nampak darah. Encik suami keluar dari bilik mencari something, dia pun nampak gayanya PANIK!

Tak berapa lama kemudian dia datang dengan beberapa helai tisu sambil cuba lap darah yang mengalir. Darah tu dah kering bila Encik suami lap.

Maksudnya mungkin Aisy dah lama jatuh tapi aku langsung tak perasan. Dia mungkin pengsan time dia jatuh sebab tu darah tu dah kering!

Bila dah agak boleh berfikir secara rasional, baru aku bagi Aisy sedikit rawatan yang aku tahu. Aku letak sedikit ketulan ais pada atas hidung Aisy untuk kurangkan bengkak.

Lepas aku ambil ubat kuning untuk luka yang memang ada dalam simpanan. Terasa bersalah sangat bila Aisy peluk aku lepas aku bagi dia ubat.

Cuainya Mama yang seorang ni! Tak lalu nak tidur lagi lepas tu! Aku menyalahkan diri sendiri sebab tak sedar bila anak jatuh dan mengakibat luka yang agak teruk.

Selera dia makan sampai meleleh air liur walaupun luka

Apapun anak Mama yang seorang ni kuat sebenarnya. Dia menangis pun bukan terjerit kuat, dia merengek aje. Dia pun tak menangis bila aku cuci dan sapu ubat pada luka.

Berbeza betul kalau nak bandingkan dengan Abang dia.

Aku monitor juga dia dari pagi tadi. Takut dia mungkin tak nampak, muntah atau menangis berterusan yang mungkin diakibatkan gegaran otak.

Tapi dia aktif macam biasa cuma luka tu aje yang membuat aku terasa sayu. Aku tak pasti sama ada luka yang dia alami ni akan meninggalkan parut atau tidak.

Yang pasti ni adalah salah satu pelajaran baru buat Mama!



4 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Mood Seminggu (^_^)

11:20:00 pm Yana Yani 4 Comments

Dah dekat seminggu aku tak dapat pegang laptop. Laptop lagi satu sakit pula tu! Yang lagi satu Encik suami conquer!

Tapi hari ni dapat juga aku menguasai laptop ni! Akhirnya! Yessss! Hehe!

Most of the time Encik suami sibuk dengan online business dia! Sebab tu once dia dah pegang, usah mimpilah aku nak pegang juga!

Bukannya dia tak bagi, by the time dia dah settle dengan semua kerja dia tu, aku pula yang terlelap!

So malam ni baru aku dapat peluang. Bahagia sungguh!

Anyway disebabkan dah dekat seminggu tak post entry, so hari ni aku akan summarize mood seminggu aku! Hehe!

-----------------------------------------
 
Last weekend aku pergi ziarah anak saudara baru belah Encik suami. Excited dapat jumpa orang baru! Tapi aku boleh lupa pula nak ambil gambar dia sebab leka berborak.
 
Mama dia pula first time bersalin secara normal sebab sebelum ni melalui caesarean. Ngeri dengar dia cerita. Tapi tulah, nasib setiap antara kita berbeza!
 
Apa yang paling pasti, jadi seorang Mama adalah moment paling priceless! Setuju?
 
-----------------------------------------
 
Aisy dengan Afif pula macam adik-beradik yang lain. Time dia orang elok, tidur sebantal pun boleh. Tapi kalau time dia orang bergaduh, aku pula yang pening!
 
 
Afif pula dah dekat dua minggu tak sekolah!
 
Sebab pertama dia tak sihat yang disebabkan tonsil. Sebab kedua pula jerebu yang agak teruk lately! Lagipun sekolah memang bagi cuti dari Isnin sampai semalam.
 
Sebab ketiga dah terakhir, Afif memang tak mahu pergi sekolah!
 
Seribu alasan dia bagi! Tadi sebelum tidur pun dia sempat kata, "Mama besok Afif tak mahu sekolah sebab kaki Afif sejuk!"
 
So macam mana nak buat tu? Layan or buat tak tahu aje?
 
-----------------------------------------
 
Rasanya semua dah tahu juara MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua adalah milik Syura! 
 
Aku sebenarnya dah tahu dia menang melalui blog Kjee beberapa hari sebelum actual siaran.
 
Mula-mula tu memang mood agak tak syok bila tahu Syura menang sebab aku suka Celina! Boleh kata frust lah juga!
 
Tapi bila dok tengok kesungguhan Syura dalam beberapa episod sebelum peringkat akhir Selesa lepas, aku dengan jujurnya rasa she deserve to win!
 
Anyway, tahniah Syura! Daripada underdog, dia bergelar JUARA! Siapa sangka REZEKI manusia!
 
Boleh klik sini kalau nak baca cerita Kjee.
 
 -----------------------------------------
 
Adik aku si Annur pula dah pergi menyambung pelajaran di Bentong Pahang. Dia dah pecahkan tradisi adik-beradik kami sebab setakat ni kami yang atas dia semua graduan UiTM.
 
Tapi tak kisahlah dekat mana belajar pun, yang penting ilmu yang diperolehi!
 
Anyway Annur, all the best! Strive for excellent ya!
 
Paling penting ingat yang kami semua SAYANG sangat dekat kamu tu! Jangan lupa tu ye (^_^)
 
 
 -----------------------------------------
 
Dan begitulah mood seminggu aku! Lain kali kita sambung cerita lagi, itupun kalau dapat pegang laptop lagilah! Hehe!
 
Apapun thanks pada readers yang still datang jenguk blog ni walaupun tak ada new entry!
 
Thank you for the support
 

4 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

This Is Life! (^_^)

12:33:00 pm Yana Yani 4 Comments

Aku dah berniat nak post entry dah berapa hari dah tapi tak berkesempatan. Ada aje aktiviti nak dibuat. Bila badan dah penat, mulalah tak ada mood nak menulis. Hehe!

---------------------------------------------

Anyway hari Jumaat hari tu merupakan hari terakhir manager aku berkhidmat. Setelah beberapa bulan berkhidmat di bawah satu bumbung yang sama, akhirnya dia mengucapkan selamat tinggal.

Jujurnya aku rasa ia merupakan satu kerugian. Pada pandangan aku dia merupakan seorang yang mudah untuk bekerja bersama, bukan yang macam sebelum ni! Kaki bodek!

So kami mengadakan farewell party untuk dia. Hopefully dia akan berjaya di tempat baru.

Anyway, thanks for all the knowledge and guidance. Definitely will miss you!

Menu "wajib" tiap kali ada apa-apa majlis dekat office ni!
Pn Fiza Ismail jadi pemerhati Veren, our former manager melahap! 

Balik dari kerja Encik suami bawa kami anak beranak makan dekat luar. Aku memang teramat suka bila tiap kali dia ajak makan dekat luar! Memang confirm senyum lebar!

Encik suami pun kebetulan baru aje bawa Afif jumpa doktor sebab demam. Afif dah berapa hari tak bersekolah sebab demam.

Biasanya dia demam disebabkan masalah tonsil yang memang dia dah hidapi sejak dari usia 3 tahun!Lama juga dia dah tak demam ni, so bila dia demam tu aku agak risau jugalah.

Nasib baik selera makan dia tak berkurangan walaupun dia demam.

Tiap kali order, dia mesti minta ais kosong dengan nasi kosong plus telur dadar goreng! Kicap jangan lupa ye! Ni lah menu favourite Afif!


Pagi tadi pula time Encik suami nak pergi kerja dia kata jerebu teruk! So aku jenguk keluar rumah bila dia kata macam tu. Wah, tak nampak jalan!

Kalau tak silap aku kali terakhir jerebu teruk macam ni tahun 2005. Time tu belum kahwin lagi! Tengah cantik menarik lagi time tu! Err, tapi tak kena mengena dengan cerita ni. Hehe!

So nak pergi kerja time tu kenalah naik bas. Disebabkan jerebu teruk, ada pegawai Kementerian Kesihatan dok hulur topeng percuma dekat stesen bas.

Masalah jerebu ni memang setiap tahun timbul disebabkan pembakaran terbuka yang dilakukan oleh petani-petani di Indonesia untuk ladang atau kebun mereka.

Cuma kali ni ia paling teruk daripada tahun-tahun sebelum ni.

So disebabkan risaukan kesihatan Encik suami, aku bekalkan dia topeng muka yang memang ada dalam simpanan aku.


So itulah dia kehidupan! Yang datang pasti akan pergi, yang sihat pasti akan sakit dan cuaca cerah pasti akan mendung. Apapun semoga kita kuat dalam menghadapi setiap ujian yang diberikan oleh-Nya.

4 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Better Luck Next Time! (^_^)

10:26:00 pm Yana Yani 6 Comments

Dua tiga hari ni mood nak post entry down sebab laptop kegemaran aku tak boleh nak display. Ada lagi laptop lagi satu, tapi aku tak suka guna sebab guna Windows 8.

Aplikasi Windows 8 ni aku rasa lebih sesuai untuk user yang guna touch screen. User yang pakai keyboard macam aku ni memang terkebil-kebil nak guna. Aku kata aku lah, orang lain aku tak tahu!

Tapi Afif expert!

Dia suka tengok movie Ice Age 3: Dawn of the Dinosours. Sebab utama adalah kewujudan dinosour dalam movie tu!

Time 4th birthday dia pun aku order kek yang ada dinosour daripada movie ni. Reaksi muka dia time tengok kek tu memang priceless!

Boleh klik sini kalau nak tengok kek tu.

Anyway berbalik kepada cerita tadi, semata-mata nak tengok movie tu, Afif tahu macam mana nak switch on.

Lepas tu nak pergi desktop, lepas tu klik folder yang ada movie tu. Then klik button play!

Dahsyat budak-budak zaman sekarang!

----------------------------------

Anyway hari ni aku kena ambil rekod kemajuan Afif di sekolah dia untuk peperiksaan pertengahan tahun hari tu. Aku agak suspen juga siap terbawa dalam mimpi!

Nasib baik time aku sampai parents tak ramai, so boleh dengar lama sikit cikgu-cikgu Afif membebel pasal Afif. Bila cikgu Afif tunjuk rekod kemajuan dia, honestly aku memang dah boleh agak result tu.

Lagipun aku kan memang dah nampak result tu dalam mimpi aku malam tadi! Hehe! Boleh macam tu ye! Apapun aku tahu dia dah cuba, lagipun aku memang tak memaksa!

Aku nak dia enjoy dulu this year. Next year baru ada sedikit kekerasan. Lagipun cikgu dia ada cakap yang memang kebiasaan budak peringkat usia macam dia yang lebih kepada dunia khayalan.

Anyway sebelum balik aku dibekalkan oleh cikgu dengan satu file penuh dengan kertas soalan peperiksaan yang telah dijawab oleh Afif.

Paling menarik adalah gambar muka badut yang diwarnakan hitam.


Sampai rumah aku tanya, "Kenapa Afif warnakan dia hitam?"

"Yelah, Afif kan hitam! Afif warnalah dia hitam macam Afif!" jawab dia selamba.

Jawapan dia yang selamba tulah yang buat perut aku senak ketawa! Tak apalah sayang oi, hitam-hitam si tampok manggis, walaupun hitam ku pandang manis!


P/S - Sambungan entry Port Dickson Here I Come terpaksa ditangguhkan dulu sebab semua gambar dalam laptop lama. Hopefully tak hilang! Harap maklum ye! (^_^)

6 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Kekuatan Dah Hilang! (^_^)

11:20:00 am Yana Yani 4 Comments

Hari ni aku terpaksa ambil EL sebab Mak nak temankan Angah ke HUKM. Hopefully doktor-doktor dekat sana dapatlah cari jalan penyelesaian untuk Angah. Dah lama dia suffer!

Angah dah pernah pergi HTAR, dan pergi PPUM, HKL pun dah pergi. Majoriti doktor yang dia jumpa semua kata itu hanya halusinasi. Kepala otak dia orang! Angah still suffer juga!

Apapun be strong girl! Allah hanya uji insan yang terpilih aje!

------------------------------------------

Anyway pagi tadi tengah dok leka mengosok baju sekolah Afif di bilik sebelah, aku terdengar Afif memanggil aku dari bilik tidur.

"Mama dekat sini!" jerit aku dari dalam bilik. Aku masih lagi meneruskan kerja mengosok aku. Terdengar bunyi tapak kaki Afif menuju ke bilik di mana aku berada.

"Mama, Afif rasa mulut Afif macam lainlah! Tak boleh tutup" kata Afif.

Aku memberhentikan sekejab kerja mengosok. Dalam hati terfikir mugkin ini salah satu alasan Afif untuk tak nak ke sekolah. Sekilas aku memandang Afif yang ketika itu leka memandang cermin.

"Mari Mama tengok. Lailahaillallah! Bibir Afif dah macam alien dah!" kata aku dengan nada hampir menjerit. Terus aku teringat peristiwa awal pagi tadi yang menjadi punca bibir Afif bengkak macam tu.


Aku terjaga dari tidur bila terdengar bunyi berdentum disusuli dengan tangisan yang amat kuat! Aku jenguk ke bawah katil bila ternampak Afif dalam posisi meniarap menjerit kesakitan.

Jatuh katil budak ni! Kali terakhir dia jatuh katil masa dia umur 6 bulan. Bersusah payah aku nak mengangkat dia sebab katil dia dan aku bersebelahan, di mana kedua-duanya bersaiz queen.

Ruang tempat Afif jatuh adalah muat-muat untuk kami bergerak aje. Aku memujuk Afif dalam keadaan aku yang masih mamai. Memikirkan tiada apa-apa kecederaan, aku sambung tidur bila tangisan dia dah reda.

Pagi ni baru nampak ada sikit kesan melecet pada bibir dia yang menyebabkan bibir dia bengkak. "Tak apalah! Sikit aje! Afif kan kuat" kata aku sambil mengusup rambut dia.

"Tapi kekuatan Afif dah hilang!" kata dia dengan nada minta disimpati.

Aku hampir tergelak dengan jawapan tu. Nasib baik juga dia tak gunakan alasan tu untuk tak nak ke sekolah. Alhamdulillah mood dia cukup baik despite dari kecederaan di bibir dia tu.

Si Aisy pula lepas dah hantar Abang dia pergi sekolah, dah pandai minta air sejuk. Kalau bagi air suam dia tak nak. Siap cuba buka peti sejuk sendiri lagi semata-mata nak minum air sejuk.


Macam-macam karenah anak-anak ni. Kadang-kadang tu terasa pening juga, tapi sebenarnya aku seronok! Entah selama mana Allah nak bagi aku melalui semua kenangan indah dengan dia orang ni.

Baca paper pagi tadi buat aku terasa maut boleh datang pada bila-bila masa dan dalam pelbagai bentuk! Cuba diri kita aje, ready atau tidak?

4 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Penangan MasterChef Selebriti (^_^)

11:09:00 pm Yana Yani 4 Comments

Siapa yang dok rajin baca coretan-coretan aku mesti tahu yang aku ni menghidap penyakit malas masak! Tapi kalau dok tengok blog masakan atau rancangan memasak, aku suka! Suka tengok!

Kalau tengok rancangan memasak, siap boleh bayangkan aku ni sehandal tukang masak tu! Tapi berangan ajelah! Belum sampai level tu lagi!

Terbaru rancangan yang aku tak pernah miss setakat ni, MasterChef Selebriti 2! Dapat tengok ulangan pun jadilah, janji tengok!

Yang first dulu aku tengok juga, tapi tak sesetia macam yang second ni

Entah kenapa "drama" terancang dalam rancangan ni buat aku setia melekat!

Sampaikan anak bujang aku dah tahu hobi baru Mama dia. Habis aje Buletin Utama dia dok jerit, "Mama MasterChef dah start!"

Semalam time tengok episod penyingkiran, rasa terharu pula bila dok tengok Che Ta menangis. Aku bukanlah kategori minat sangat dengan dia!

Tapi bila tengok dia tersedu-sedan macam tu, tersentuh juga hati aku! Jujurnya aku setuju dengan apa yang Michael Ang kata.

Siapalah kita nak judge seseorang hanya kerana personaliti dia yang macam tu atau lebih tepat berbeza dari kita.

Pun begitu adalah lebih elok untuk mengelak daripada memberi ruang atau peluang untuk orang bercakap tentang kita.

Sebabnya yang sakit dan terluka tu adalah diri kita sendiri! Bukan orang lain! Mulut orang tak boleh tutup macam mulut tempayan!

Bak kata Kjee:
Che Ta sendiri mengundang 'cakap2 belakang' apabila membuat keputusan 'berdandan sedemikian rupa'.

Readers boleh klik sini kalau nak baca pendapat Kjee tentang episod penyingkiran MasterChef semalam.

So sekarang tinggal lima orang aje lagi bila Michael Ang dah terkeluar semalam. Yang tinggal sekarang Celina, Syanie, Che Ta, Syura dan Kenchana.

Siapa yang akan menang for this season? Rasanya lebih elok kita tunggu dan lihat aje nanti! Tapi aku paling suka Celina! Harap-harap dia menang! Go girl!

  

4 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Part 1: Port Dickson Here I Come! (^_^)

11:13:00 pm Yana Yani 4 Comments

Sebenarnya perancangan untuk ke Port Dickson adalah agak last minute. Asalnya Encik suami ajak pergi balik hari aje. So semua ahli keluarga sebelah aku diangkut kecuali Syafie.

Last minute dia tukar plan kata nak tidur sana pula. Pagi hari nak pergi tu baru dok sibuk Google mana resort atau apartment yang boleh kami sekeluarga mengidap.

Sebenarnya semua antara kami kecuali Encik suami, first time menjejakkan kaki ke Port Dickson. So bila tanya cost apartment untuk disewa memang boleh buat senak jantung!

Tapi tak apalah, janji ada tempat nak mengidap!

Sempat lagi budak-budak ni dok main dinosour sebelum pergi. 

Perjalanan kami hari tu adalah berdasarkan "redah" sebab Encik suami tak berapa nak ingat perjalanan ke sana. Aku dengar orang cerita perjalanan nak ke PD ni dekat aje.

Tapi hari tu aku rasa macam dah jauh sangat! Dah rasa sama macam nak balik ke Kuala Lipis. Jauh betul rasanya! Mungkin sebab kami tak familiar dengan suasana keliling tu yang buat rasa jauh.

Layan budak berdua ni kejab dekat R&R Seremban
Trademark Afif, Peace!

Time sampai tu dah petang, agak excited jugak bila nampak pantai sepanjang perjalanan tu. Sebelum pergi ke apartment yang kami nak mengidap tu, kami singgah sekejab ke pasar. Cari benda untuk di makan!

Apartment kami terletak di Teluk Kemang. Harga dia RM350 untuk satu malam dan ada dua bilik sahaja. Kalau compare dengan apartment lain yang pernah kami sewa di tempat lain, memang agak berbeza.

Nak cerita banyak juga yang tak puas hati tentang kemudahan yang disediakan. Contoh paling ketara adalah semua bantal, cadar dan tilam lebih ada extra charge dan paling teruk kena ambil sendiri!

Tapi malas nak spoil kan mood untuk bercuti, kami just terima seadanya!

Nasib baiklah ada nice view, boleh ubat "panas hati" 

Lepas dok berehat kejab, kami keluar nak tengok keadaan sekeliling. Ada fuction dekat Pantai Teluk Kemang tapi aku lupa apa nama function tu.

Ramai juga orang time tu. Aku nampak macam-macam aktiviti juga yang ada. Time tu dah agak lewat petang dan dah menunjukkan tanda-tanda nak hujan.

So kami tak bercadang nak berada lama dekat situ. Malam tu cadang nak keluar lagi nak tengok TATU. Sebelum ni tengok dekat TV aje, mesti best kalau dapat tengok LIVE abang-abang tentera in action.


Afif pula terlalu excited nak mandi laut. Berapa kali dia dok merengek minta mandi laut. Lagilah bila Aunty dia dok belikan pelampung, mulalah dia!

Disebabkan cuaca yang tak elok tu, terpaksalah kami semua dok pujuk dia. Walaupun dengan muncung yang boleh sangkut hanger baju, Afif masih boleh dipujuk! Luckily!

Tak dapat mandi laut, tengok pun jadilah!
Tengah dok buat muka comel minta dibagi pelepasan mandi laut

Malam tu hujan turun pula. So hasrat nak tengok TATU secara live terpaksa di cancel. Wah, kecewa sungguh rasanya tak dapat tengok abang-abang tentera buat aksi akrobatik!

So malam tu masing-masing tidur awal. Nak tengok TV buat sakit mata aje sebab dia punya saluran tak berapa clear! Lagipun kami punya plan untuk aktiviti besoknya macam banyak aje!

Nak tahu apa dia, tunggu next entry ye. Chow (^_^) 

4 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Back to School: Bosan! (^_^)

11:31:00 pm Yana Yani 2 Comments

Hari ini bermulalah sesi persekolah selepas cuti pertengahan tahun. Aku memang dah dapat ramalkan yang Afif akan buat perangai bila bermulanya sesi persekolahan.

Bermula Rabu minggu lepas dia dah start gelisah bila teringat pasal sekolah. Tak senang duduk dia bila kita beritahu, "Sekolah tak lama lagi tau!"

Semalam lagilah teruk! Bermulalah episod di mana segala macam alasan tercipta. Semua tu semata-mata sebab tak mahu pergi sekolah aje!

Pagi tadi bangun aje dari tidur, dia dah sediakan alasan! "Mama, kaki Afif ni sejuk sangat! Tak boleh berjalan!" kata dia sambil memegang bahagian kaki yang dimaksudkan.

"Hari ni Papa kan cuti. Nanti Papa hantar naik motor. Tak payah jalan kaki. Tak adalah sakit kaki" jawab aku sambil mencuit Encik suami minta dia bagi sokongan

"Ye nanti Papa hantar. Cepat pergi mandi!" kata Papa dia pula.

Afif start meraung time tu sambil menjerit, "Afif tak mahu pergi sekolah! Sekolah bosan!"

Apabila aku tak layan alasan dia tu, dia tukar alasan lain pula. "Afif rasa tak cukup tidur. Afif penat!" kata Afif dengan esak tangis.

Aku masih buat tak tahu! Sekali sekala aku tukar atau twist topik perbualan kami. Bila dia cukup "pasti" yang aku tak akan layan permintaan dia, dia berhenti menangis.

"Mama Afif nak makan kentang goreng. Mama masaklah" kata dia.

Mata aku hala ke arah jam, "Sempatkan ke nak masak ni. Dah dekat pukul 8, nanti lambat!" kata aku sambil membetulkan baju sekolah Afif.

"Sempat! Mama masaklah pakai api besar!" jawab Afif sambil menunjuk ke arah dapur gas.

"Ewah budak ni, main order aje!" bebel aku dalam hati. Layankan ajelah! Janji dia nak pergi sekolah! Tu yang paling penting!

Mata bengkak sebab dok menangis tak mahu pergi sekolah. Nasib baik ada kentang goreng. Boleh jadi "penyejuk"
Aisy pun sibuk nak join sama

Settle sudah episod hari ni! Esok tak tahu apa pula ceritanya. Tadi sebelum tidur dia dah bangkitkan lagi isu tak mahu pergi sekolah. Sabar ajelah!

--------------------------------------

Aku nak selitkan sikit cerita pasal ahli baru keluarga sebelah Encik suami. Aku tak sempat nak melawat dia lagi. Lagipun aku memang plan nak tengok time Mama dia dah betul-betul sihat.

Aku sendiri rasa tak selesa bila ada orang datang ziarah bila kita baru aje lepas bersalin.

Agak-agaklahkan kalau nak datang pun. Orang tu baru aje gunakan seluruh tenaga bertarung nyawa nak lahirkan seorang lagi insan di atas muka bumi Allah ni!

Tunggulah dia dapat balik tenaga yang hilang tu kot ye nak datang ziarah pun. Nasihatkan aku kepada readers kalau nak tengok orang selepas bersalin, seeloknya selepas dua minggu ke atas.

Anyway ni lah dia ahli baru dalam keluarga sebelah Encik suami. Nama dia Rayna Zaara Binti Khairil Anwar. Di lahirkan pada 5 Jun 2013 pukul 2017 atau 8:17 malam.

Tunggu Acik datang ye Rayna! (^_^)

Gambar ni cilok dari Mama Rayyan and Rayna punya Facebook! Hehe!

2 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Aisy, Afif plus Rayyan! (^_^)

8:06:00 pm Yana Yani 4 Comments

Biasanya seminggu sekali kami akan balik ke kampung Encik suami. Afif akan keep on asking kalau tak balik ke rumah Atuk dan Nenek dia.

Bukannya apa, dia "bebas" dekat sini. Tapi dia lebih prefer weekend! Kalau balik hari biasa dia tak gemar! Dia akan asyik minta cepat balik aje kalau balik kampung time weekdays.

Tapi kalau balik time weekend, dia tak ingat rumah dah! Tahu sebab apa? Dia nak main dengan sepupu dia, Rayyan. Kalau dia cukup "bertuah", Khalis dan Baihaqi pun akan ada sama!

Maka akan jadi riuh rendahlah rumah Nenek dan Atuk bila semua cucu berkumpul. Jujurnya aku suka tengok dia orang main macam tu walau kadang-kadang rasa macam nak pecah rumah!   

Aku biarkan aje dia orang enjoy moment tu! Lantaklah dia orang nak melompat ke, berlari ke! Asalkan dia orang tak mencederakan diri sendiri atau orang sekeliling!

Pada aku, time kecil macam ni lah akan rasa seronok tiap kali main dengan sepupu. Nanti bila dah besar, masing-masing dah buat haluan sendiri!

Silap haribulan dah tak bertegur sapa! Walhal time kecil, sikit punya close!

Anyway Afif dan Aisy baru aje dapat sepupu baru minggu ni. Adik kepada Rayyan. Aku belum tengok lagi! Tunggulah Mama Rayyan dah sihat sikit baru pergi ziarah.

Rayyan dapat baby gegurl! Adalah kawan Aisy! Lagi seorang coming soon end of August! Dengar cerita girl juga! Meriahlah rumah Nenek dengan Atuk lepas ni! Hehe!

Aku nak share few photos dengan readers. Check it out!

Aisy dah get ready nak pergi rumah Atuk dan Nenek. Tak lupa Pinky!
Afif dengan Rayyan tengah sibuk main bola. Atuk dok jadi goalkeeper
Aisy kononnya nak main sama, tapi tak dapat!
Afif dan Rayyan dah conquer game!
Alah-alah, seronoknya Rayyan!
Aisy buat muka sedih sebab tak dapat join main! Kesian dia!

4 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Part 3: Jalan Aje! (^_^)

11:36:00 pm Yana Yani 4 Comments

Hari nak sambung cerita pasal berjalan hari tu. Sambil dok melayan anak bujang dok tengok Jurassic Park dekat TV2 ni, post lah entry kejab.

Ni bahagian akhir untuk title nitak larat pula nak membebel panjang-panjang! Hehe! Anyway pada siapa yang belum baca cerita sebelum ni, sudi-sudikanlah untuk klik di sini.

Pagi esoknya iaitu hari Sabtu, kami sekeluarga bersiap nak ke Kuala Lumpur pula. Nak pergi kenduri bertunang sepupu Encik suami. Aku tak berapa ingat nama tempatnya.

Tapi kalau tak silap Kampung Dato Keramat. Hampeh betullah aku ni, nak bercerita tapi tak ingat nama tempat! Hehe! Seriously aku memang fail bab nak mengingatkan nama tempat.

Anyway time sampai tu, panas terik! Tapi yang peliknya tak terasa panas! Encik suami kata dekat Kuala Lumpur ni memang macam ni! Panas tapi tak rasa panas. Boleh ke macam tu?

Peace! Afif tengah dok makan cupcake 
Aisy pun join sama!
Hantaran dari pihak lelaki dan perempuan
Sebenarnya aku mati-mati ingat kakak dia yang bertunang (yang pakai baju biru tu). Rupanya adik dia!

Dalam perjalanan balik tu, Abah Encik suami sempat bercerita tentang Kuala Lumpur ni. Abah pernah menghabiskan zaman bujang dia dekat sini.

Setiap bangunan lama yang ada sepanjang perjalanan kami balik tu, habis semua dia cerita sejarahnya. Sempat juga tanya dia dekat mana jalan TAR.

Aku tak pernah sekali pun menjejakkan kaki ke situ. Tapi tengok jalan aje hari tu, nak singgah tak boleh sebab Aisy dengan Afif tengah sedap berdengkur. 

Tak apalah, lain kali boleh pergi. Lagipun dah tahu jalan ni senang sikit! 

Abah mentua dengan Aisy

Time lalu dekat Shah Alam berhampiran dengan i-City, terpandang orang ramai dok beratur panjang semata-mata nak beli cendol. Terus ajak Encik suami singgah sekejab.

Aku tak pernah rasa cendol dekat sini, tapi aku sedia maklum yang cendol ni pernah keluar dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Kalau tak silap time Iqram Dinzly jadi host.

In fact ada tergantung signage tertera, Pilihan Jalan-Jalan Cari Makan TV3!


Jujur aku katakan, cendol ni lagi sedap daripada cendol durian Borhan yang aku pernah cerita dalam entry sebelum ni. Siapa yang belum baca boleh klik di sini.

Walaupun cendol biasa, maksud aku tak ada tambahan perasa lain, ia tetap memikat tekak aku ni! Confirm aku akan datang lagi! Mak mentua aku kata, laksa dia pun sedap!

So for those yang belum rasa especially yang tinggal dekat-dekat aje, boleh lah try! Ditambah pula dengan musim panas macam sekarang ni, memang "mengancam" selera! 

Begitulah ending cerita aku sepanjang last weekend. Memang kalau sebut aje weekend, kami jarang lekat dekat rumah. Weekend ni pun kita orang nak berjalan lagi!

Ke mana? Tungguuu! (^_^)

4 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

18 Bulan: Cucuk Time! (^_^)

11:29:00 pm Yana Yani 2 Comments

Siapa tahu hari ni adalah hari apa, angkat tangan macam ni \o/

Hari Khamis tu dah betul, cer try lagi. Apa dia? Ye betul! 100 markah!

Hari ni adalah Isra' dan Mikraj di mana ia diingati setiap 27 Rejab. 

Anyway 2hb hari tu, Aisy dah cukup 18 bulan. Tapi entah macam mana aku tak teringat langsung yang dia nak kena cucuk lagi at this age.

Nak pergi kerja pagi tadi baru teringat bila terpandang kalendar. Encik suami kerja petang pula, so terpaksa pergi pagi. Takut pula nak tangguh-tangguh bab imunisasi anak ni.

Time nak pergi klinik tadi bukan main lagi Aisy seronok. Mungkin dia ingat nak pergi berjalan. Tu yang dia excited semacam aje! Siap tolong tengok enjin kereta Papa, okay ke tak.

Bersungguh-sungguh Aisy dok tolong Papa 

Bertambah excited bila dia nampak Papa dia hidupkan enjin kereta. Afif bila nampak Adik dia yang over excited tu terus kata, "Aisy suka-sukalah sekarang, nanti nak kena cucuk tau! Sakit!"

Sampai dekat klinik, masih lagi dalam mood excited! Berlari sana, berlari sini. Tengah dok seronok berlari tu, tiba tiba aku ternampak dia tersungkur dekat meja. Tak sempat nak sambut.

Apa lagi, menangis kesakitan! Satu klinik dengar suara dia aje! Afif jadi panik sebab dia yang tolak Adik dia. Berulang kali dia hulur tangan pada Aisy nak minta maaf.

Aisy langsung tak mahu menyambut tangan yang Abang dia hulur. Merajuklah konon! Sambil menangis tu, mulut tak berhenti dok kata, "Abang buat!"

Tapi dia cakap tu dalam pelat budak! Aku tak reti pula nak mengajuknya. Hehe! Bila dah reda menangis, baru aku perasaan pipi dia merah. Malam ni nampak lebam pula.

Lepas tu dia tetap juga main macam tak ada yang berlaku!

Kalau dah namanya budak, apa dia tahu ye dak? Dunia dia orang penuh dengan keseronokan aje! Sakit menangis, lepas tu sambung main lagi!

Merah pipi terlanggar meja!
Di meja ni lah Aisy jatuh. Tapi tengoklah tutak serik langsung!

Bila masuk aje bilik doktor, dia dah start menangis lagi. Dia dah dapat "hidu" doktor nak buat apa dekat dia. Lagi kuat dia menjerit bila dia nampak jarum.

Tapi dia menangis kejab aje. Sempatlah juga aku bergosip dengan doktor yang aku dah kenal sejak dari zaman muda belia ni. Hehe!

Nasib baik juga aku pergi pagi sebab doktor tu yang membahasakan diri dia "akak" dengan aku kata dia buka klinik separuh hari aje hari ni. Nak balik kampung ada kenduri katanya.

Keluar aje dari bilik doktor, Aisy menangis lagi bila nampak Papa dia. Nak mengadulah tu kononnya!

Selalunya Aisy menangis macam mana pun, dia mesti senyap bila dapat hisap jari!

Lepas tu aku terus rushing pergi kerja. Sempat pesan dekat Mak suruh bagi ubat demam dekat Aisy sebab doktor ada kata budak biasanya demam kalau kena cucuk ni.

Anyway, tu lah dia cerita Aisy pada usia 18 bulan 4 hari! Timbang tadi, naik 500g aje! Last timbang masa dia 12 bulan hari tu, 7kg. Sikit aje naiknya! Mama aje yang naik mendadak! Hehe!

Tak kisahlah naik sikit ke banyak, janji anak-anak Mama sihat!

2 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Patin Masak Tempoyak: Pujaan Hatiku! (^_^)

11:24:00 pm Yana Yani 10 Comments

Minggu ni Encik suami kerja petang. So aku agak kelam kabut sikit dok uruskan anak-anak plus menguruskan kerja rumah bila time dia tak ada ni.

Semalam time dok kelam kabut tu, tiba-tiba telefon berbunyi. "Long, Mak tanya kau nak tak ikan patin masak tempoyak? Dia lupa nak bagi tadi!" kata adik aku Anis.

Tanpa berfikir panjang aku terus jawab, "Nak!"

"Alright, nanti lepas pergi mengaji Anis hantar ye" kata Anis lagi sebelum memutuskan talian telefon.

Lepas aje talian diputuskan, baru aku teringat Mak baru balik daripada kampung. Biasa tiap kali balik dari sana memang dia akan beli ikan patin! Walaupun setakat ikan patin kolam aje!

Bukannya dekat sini tak ada ikan patin! Cuma dekat sana lebih segar dan "kesucian" tidak diragui! Tak kisahlah kalau terpaksa bayar lebih pun, janji puas hati!

Kalau nak beli ikan patin sungai, memang bukan dalam skop kemampuan kot! Aku pernah dengar cerita dulu ada seorang manusia ni terpaksa gadai jam Rolex lepas makan ikan patin sungai dekat Temerloh.

Tapi bila fikir logik akal, tak akanlah pakai jam Rolex tak mampu bayar bil ye dak? Agaknya dia lupa bawa cash kot! Tu yang agaknya terpaksa gadai jam Rolex dia tu!

Anyway, berbalik kepada cerita tadi, ikan patin masak tempoyak memang favourite all the time aku! Teringat aje boleh buat meleleh air liur ni!

Memang aku suka sangat especially hasil dari air tangan Mak! Terbaik! Pada aku orang lain buat tak sedap! Nak kena air tangan Mak juga baru laju aje makan!

Kalau dapat makan ikan patin masak tempoyak, memang confirm tak toleh kiri kanan dah!

Masa newly married dulu, Encik suami tak reti makan masak tempoyak ni. Biasa kalau ikan patin Mak dia masak asam pedas. Tapi sekarang, bukan main berselera lagi dia!

Jujurnya aku tak suka makan durian! Tekak tak boleh "blah" dengan buah durian! Tapi apa-apa sahaja benda yang berasal dari durian, aku confirm makan! Salah satunya adalah tempoyak!

Ikan patin masak tempoyak - air tangan Mak!

Rupa gambar dekat atas mungkin agak nampak buruk bagi certain people, tapi trust me dia punya test lebih better dari dia punya look!

Siapa yang tak makan tempoyak memang rugilah! Hehe!

10 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Part 2: Jalan Aje! (^_^)

11:26:00 pm Yana Yani 2 Comments

Pagi tadi time tengah bersiap nak pergi kerja, Afif time tu yang baru bangun tidur bertanya "Hari ni sekolah ke Mama?"

"Kan cuti lagi" jawab aku tanpa langsung memandang ke arah dia.

"Habis tu kenapa Mama bersiap ni?" tanya dia lagi.

"Abang aje yang cuti, Mama kerja" jawab aku. Soalan tu memang kerap Afif tanyakan sejak dia mula bercuti. Nak tahu sebab apa?

Dulu time dia tak mahu pergi sekolah aku selalu cakap "Kalau Mama kerja, Abang pun kena pergi sekolah. Bila Mama cuti, baru Abang cuti!"

Time bercakap dulu, tak teringat langsung akan ada cuti sekolah panjang macam ni. Bila anak dah tanya, baru terkebil-kebil nak menjawab. Kan ke padan muka? Hehe!

----------------------------------

Anyway hari ni aku nak sambung cerita semalam. Siapa yang belum baca cerita semalam dan terasa nak baca, boleh klik di sini.


Kalau tengok gambar dekat atas, rasa-rasa readers tahu kot dekat mana adik aku Annur belanja kami sekeluarga malam tu.

Thanks tu Annur, malam tu kami sekeluarga dapat makan besar!Alhamdulillah! Lepas ni sudi-sudikanlah untuk belanja lagi kami lagi ye Annur! Hehe!

Malam tu aku lah pelahap nombor satu! Habis semua yang di order aku pulun! Macam manalah tak besar badan, ye dak? Hehe!

Sebab utama aku berselera makan malam tu adalah, orang belanja! Hehe! Kalau duit sendiri rasa tak pulun banyak macam tu kot.

Dia ada rasa macam perasaan sengan sikit kalau duit sendiri! Hehe!

Say cheese!
Bukan main berselera Afif makan malam tu!
Muka-muka dah kenyang! Erk, Alhamdulillah!
"Pelabur" terhebat! Thanks Annur! Lain kali jangan serik ajak kami lagi ye! Hehe

Lepas dah kekenyangan tu, Annur ajak pula kami ke Uptown Shah Alam. Kami layankan aje! Setakat pergi Uptown tu, tak ada hal lah! Kamikan "hantu" berjalan! Hehe!

Tapi malam tu dah macam musim perayaan pula. Penuh gila orang dekat Uptown! Kali terakhir kami kena parking kereta jauh macam tu adalah time aku mengandungkan Afif.

Time tu flyover tu still under construction. This time pun kami kena parking sikit punya jauh! Tapi semangat nak meronda punya kuat, sampai lupa letih berjalan.

Ditambahkan pula melayan anak bujang cari baju Ultraman. Malam tu nak dijadikan cerita Uptown dah macam kota sesat bagi kami sebab biasa masuk pintu lain, kali ni masuk ikut pintu lain!

So tak jumpalah kedai yang kami beli baju Ultraman untuk Afif sebelum ni. Entah berapa kali "tawaf" Uptown tu semata-mata nak melayan anak bujang seorang ni!

Dia pula tak mahu balik selagi tak jumpa baju Ultraman! So kami terpaksa masuk sekali lagi ikut pintu kami biasa masuk, barulah jumpa kedai tu!

Dah masuk kereta baru terasa "skru" kaki bergetar! Sampai aje rumah, bantal yang kami cari dulu! Tak sedar apa dah! Lagipun kena tidur awal, esoknya ada projek lain menanti!

Jalan lagi! Hehe! Ke mana arah kami kali ni? Nantikan episod akan datang! Eceh, dah macam program Jalan-Jalan Cari Pasal pula! Hehe!

(^_^)

Baju ni lah yang buat kami terpaksa pusing satu Uotown Shah Alam! Baju tu, color dan corak adalah atas pilihan Afif sendiri!

2 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...