18 Bulan: Cucuk Time! (^_^)
Siapa tahu hari ni adalah hari apa, angkat tangan macam ni \o/Hari Khamis tu dah betul, cer try lagi. Apa dia? Ye betul! 100 markah!
Hari ni adalah Isra' dan Mikraj di mana ia diingati setiap 27 Rejab.
Anyway 2hb hari tu, Aisy dah cukup 18 bulan. Tapi entah macam mana aku tak teringat langsung yang dia nak kena cucuk lagi at this age.
Nak pergi kerja pagi tadi baru teringat bila terpandang kalendar. Encik suami kerja petang pula, so terpaksa pergi pagi. Takut pula nak tangguh-tangguh bab imunisasi anak ni.
Time nak pergi klinik tadi bukan main lagi Aisy seronok. Mungkin dia ingat nak pergi berjalan. Tu yang dia excited semacam aje! Siap tolong tengok enjin kereta Papa, okay ke tak.
Bersungguh-sungguh Aisy dok tolong Papa |
Bertambah excited bila dia nampak Papa dia hidupkan enjin kereta. Afif bila nampak Adik dia yang over excited tu terus kata, "Aisy suka-sukalah sekarang, nanti nak kena cucuk tau! Sakit!"
Sampai dekat klinik, masih lagi dalam mood excited! Berlari sana, berlari sini. Tengah dok seronok berlari tu, tiba tiba aku ternampak dia tersungkur dekat meja. Tak sempat nak sambut.
Apa lagi, menangis kesakitan! Satu klinik dengar suara dia aje! Afif jadi panik sebab dia yang tolak Adik dia. Berulang kali dia hulur tangan pada Aisy nak minta maaf.
Aisy langsung tak mahu menyambut tangan yang Abang dia hulur. Merajuklah konon! Sambil menangis tu, mulut tak berhenti dok kata, "Abang buat!"
Tapi dia cakap tu dalam pelat budak! Aku tak reti pula nak mengajuknya. Hehe! Bila dah reda menangis, baru aku perasaan pipi dia merah. Malam ni nampak lebam pula.
Lepas tu dia tetap juga main macam tak ada yang berlaku!
Kalau dah namanya budak, apa dia tahu ye dak? Dunia dia orang penuh dengan keseronokan aje! Sakit menangis, lepas tu sambung main lagi!
Merah pipi terlanggar meja! |
Di meja ni lah Aisy jatuh. Tapi tengoklah tu, tak serik langsung! |
Bila masuk aje bilik doktor, dia dah start menangis lagi. Dia dah dapat "hidu" doktor nak buat apa dekat dia. Lagi kuat dia menjerit bila dia nampak jarum.
Tapi dia menangis kejab aje. Sempatlah juga aku bergosip dengan doktor yang aku dah kenal sejak dari zaman muda belia ni. Hehe!
Nasib baik juga aku pergi pagi sebab doktor tu yang membahasakan diri dia "akak" dengan aku kata dia buka klinik separuh hari aje hari ni. Nak balik kampung ada kenduri katanya.
Keluar aje dari bilik doktor, Aisy menangis lagi bila nampak Papa dia. Nak mengadulah tu kononnya!
Selalunya Aisy menangis macam mana pun, dia mesti senyap bila dapat hisap jari! |
Lepas tu aku terus rushing pergi kerja. Sempat pesan dekat Mak suruh bagi ubat demam dekat Aisy sebab doktor ada kata budak biasanya demam kalau kena cucuk ni.
Anyway, tu lah dia cerita Aisy pada usia 18 bulan 4 hari! Timbang tadi, naik 500g aje! Last timbang masa dia 12 bulan hari tu, 7kg. Sikit aje naiknya! Mama aje yang naik mendadak! Hehe!
Tak kisahlah naik sikit ke banyak, janji anak-anak Mama sihat!
adik abang sama2 lasak...bagus la dorang aktif, tanda dorg sihat..kalu dorang diam je kita plk yg risau kn...
ReplyDeletetu lah...alhamdulillah lega sikit tengok perkembangan dia org. hujung thn lepas dgn awl thn aritu, dia org kerap sangat sakit
Delete