Part 2: Jalan Aje! (^_^)

11:26:00 pm Yana Yani 2 Comments

Pagi tadi time tengah bersiap nak pergi kerja, Afif time tu yang baru bangun tidur bertanya "Hari ni sekolah ke Mama?"

"Kan cuti lagi" jawab aku tanpa langsung memandang ke arah dia.

"Habis tu kenapa Mama bersiap ni?" tanya dia lagi.

"Abang aje yang cuti, Mama kerja" jawab aku. Soalan tu memang kerap Afif tanyakan sejak dia mula bercuti. Nak tahu sebab apa?

Dulu time dia tak mahu pergi sekolah aku selalu cakap "Kalau Mama kerja, Abang pun kena pergi sekolah. Bila Mama cuti, baru Abang cuti!"

Time bercakap dulu, tak teringat langsung akan ada cuti sekolah panjang macam ni. Bila anak dah tanya, baru terkebil-kebil nak menjawab. Kan ke padan muka? Hehe!

----------------------------------

Anyway hari ni aku nak sambung cerita semalam. Siapa yang belum baca cerita semalam dan terasa nak baca, boleh klik di sini.


Kalau tengok gambar dekat atas, rasa-rasa readers tahu kot dekat mana adik aku Annur belanja kami sekeluarga malam tu.

Thanks tu Annur, malam tu kami sekeluarga dapat makan besar!Alhamdulillah! Lepas ni sudi-sudikanlah untuk belanja lagi kami lagi ye Annur! Hehe!

Malam tu aku lah pelahap nombor satu! Habis semua yang di order aku pulun! Macam manalah tak besar badan, ye dak? Hehe!

Sebab utama aku berselera makan malam tu adalah, orang belanja! Hehe! Kalau duit sendiri rasa tak pulun banyak macam tu kot.

Dia ada rasa macam perasaan sengan sikit kalau duit sendiri! Hehe!

Say cheese!
Bukan main berselera Afif makan malam tu!
Muka-muka dah kenyang! Erk, Alhamdulillah!
"Pelabur" terhebat! Thanks Annur! Lain kali jangan serik ajak kami lagi ye! Hehe

Lepas dah kekenyangan tu, Annur ajak pula kami ke Uptown Shah Alam. Kami layankan aje! Setakat pergi Uptown tu, tak ada hal lah! Kamikan "hantu" berjalan! Hehe!

Tapi malam tu dah macam musim perayaan pula. Penuh gila orang dekat Uptown! Kali terakhir kami kena parking kereta jauh macam tu adalah time aku mengandungkan Afif.

Time tu flyover tu still under construction. This time pun kami kena parking sikit punya jauh! Tapi semangat nak meronda punya kuat, sampai lupa letih berjalan.

Ditambahkan pula melayan anak bujang cari baju Ultraman. Malam tu nak dijadikan cerita Uptown dah macam kota sesat bagi kami sebab biasa masuk pintu lain, kali ni masuk ikut pintu lain!

So tak jumpalah kedai yang kami beli baju Ultraman untuk Afif sebelum ni. Entah berapa kali "tawaf" Uptown tu semata-mata nak melayan anak bujang seorang ni!

Dia pula tak mahu balik selagi tak jumpa baju Ultraman! So kami terpaksa masuk sekali lagi ikut pintu kami biasa masuk, barulah jumpa kedai tu!

Dah masuk kereta baru terasa "skru" kaki bergetar! Sampai aje rumah, bantal yang kami cari dulu! Tak sedar apa dah! Lagipun kena tidur awal, esoknya ada projek lain menanti!

Jalan lagi! Hehe! Ke mana arah kami kali ni? Nantikan episod akan datang! Eceh, dah macam program Jalan-Jalan Cari Pasal pula! Hehe!

(^_^)

Baju ni lah yang buat kami terpaksa pusing satu Uotown Shah Alam! Baju tu, color dan corak adalah atas pilihan Afif sendiri!

2 comments:

  1. amboi beli baju otomen siap ngn topeng hokey !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jam sekali! gambar blur, tak nampak jam ultraman tu...hehe =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...